Sabtu, 25 Oktober 2014

APA ITU GLAUKOMA?

Tahukah anda apa itu glaukoma? Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik mata. Panyakit ini boleh menyebabkan mata menjadi buta atau hilang daya penglihatan. Glaukoma juga adalah penyakit mata kedua yang boleh menyebabkan mata menjadi buta selepas katarak.

vivix mampu merawat glaukoma
Sumber : Google

Punca punca terjadinya glaukoma


Antara punca terjadinya glaukoma adalah saliran air yang keluar dari mata tidak lancar dan ini boleh menyebabkan tekanan pada mata naik. Tekanan yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf optik. Selain itu, punca ramai orang terkena penyakit ini adalah kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf opti dan juga kelemahan saraf optik itu sendiri.


Cara cara merawat glaukoma


Sekiranya kita menemui doktor jika kita terkena penyakit ini, kebiasaannya doktor akan menyarankan tiga cara rawatan untuk penyakit ini iaitu ubat titis, rawatan laser, dan pembedan trabeculoctomi.

Ubat titis adalah langkah pertama dalam rawatan penyakit ini. Anda perlu menggunakan ubat titis ini setiap hari seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan ubat titis, mata akan menjadi pedih. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat kesan sampingan lain seperti pertukaran rasa lidah, pertukaran warna iris, bulu mata akan menjadi lebih panjang dan lebat, sakit kepala serta kekaburan mata.

Rawatan laser juga boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Laser digunakan untuk membuka lubang di trabekular meshwork. Rawatan ini agak cepat dan tidak sakit. Rawatan ini juga tidak memerlukan ubat bius dan tidak perlu dimasukkan ke dalam wad.

Pembedahan trabeculoctomi pula adalah rawatan yang dilakukan sekiranya ubat titis dan rawatan laser tidak berjaya merawat penyakit ini. Pembedahan ini dilakukan untuk menghasilkan sebuah lubang yang kecil di dinding mata supaya air dilepaskan keluar dari mata di bawah bahagian conjunctiva. Dari situ, air akan masuk ke dalam saluran darah.

Vivix mampu merawat glaukoma


Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya mencadangkan kepada anda yang mengidap penyakit ini agar mengambil produk keluaran Shaklee iaitu Vivix Liquid Dietary Supplement. Produk ini mempunyai banyak vitamin dan mineral untuk mencegah penyakit ini seperti resveratrol, flavonoids, anthocyanins, antioksidan dan banyak lagi. Vitamin vitamin ini mampu untuk mencegah dan merawat penyakit glauoma ini selain daripada anda mengambil rawatan rawatan yang saya sebutkan di atas. 

vivix mampu merawat glaukoma


Jika anda mahu mendapatkan produk ini dengan saya, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.









2 ulasan:

  1. Macam tok zumal alami nie. Dia buat operation...

    BalasPadam
  2. menarik info ni..ramai penderita glaukoma sebenarnya..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.