Rabu, 29 Oktober 2014

CARA MENCEGAH OSTEOPOROSIS (TULANG RAPUH)

Tahukah anda apa itu penyakit osteoporosis? Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Penyakit ini biasa berlaku kepada orang tua dan wanita selepas monopaus apabila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia anda meningkat, anda akan mengalami kekurangan kepadatan tulang menyebabkan tulang menipis. Oleh itu, tulang akan menjadi rapuh dan mudah patah terutama tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.


Vivix mampu merawat osteoporosis
Sumber : Google

Faktor faktor yang meningkatkan risiko Osteoporosis.


Menurut hasil pembacaan saya, antara faktor yang menyumbang ke arah risiko penyakit ini adalah apabila anda menggunakan tenaga di tahap maksimum seperti atlet pelari marathon. Selain itu, faktor kurang bersenam dan jarang mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kalsium yang tinggi juga antara penyebab penyakit ini. Jika anda kurang bersenam, badan anda tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun mempunyai nutrient yang cukup.

Selanjutnya, jika anda seorang wanita, kebarangkalian untuk anda mengidap penyakit ini adalah tinggi berbanding lelaki. Untuk pengetahuan anda, lelaki mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi berbanding wanita di mana lelaki hanya hilang 0.3% sahaja kepadatan tulang setiap tahun berbanding wanita yang hilang 0.5% setiap tahun!


Seterusnya, orang Asia adalah orang yang mudah terkena penyakit ini. Hasil kajian menunjukkan orang Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi berbanding orang Asia dan orang Eropah. Faktor selanjutnya adalah jika anda mempunyai keluarga yang mengidap penyakit ini. Seandainya ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang terkena penyakit ini, risiko untuk anda terkena penyakit yang sama amat tinggi.

Kepada wanita yang menopause (putus haid) anda juga berisiko untuk terkena penyakit ini. Wanita mudah kehilangan sehingga 4% kepadatan tulang setiap tahun dalam tempoh menopause tersebut. Yang terakhir, jika anda seorang perokok dan gemar mengambil minuman beralkohol serta minuman ringan, anda juga mudah untuk terkena penyakit ini.

Cara merawat Osteoporosis


Sebenarnya ada banyak cara untuk merawat penyakit ini namun saya akan senaraikan beberapa sahaja. Pertama, anda boleh cuba rawatan terapi gentian hormon (HRT). Rawatan ini mampu membantu wanita yang bakal menopaus dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang. Walaubagaimanapun, saya tidaklah menggalakkan anda untuk mencuba rawatan ini kerana risiko untuk anda terkena strok, penyakit jantung dan kanser payudara amat tinggi.

Kedua, bagi lelaki yang mengalami penyakit ini, rawatan testosteron sangat digalakkan kerana hormon testosterone dapat dihasilkan memandangkan lelaki yang sudah lanjut usia kurang dapat menghasilkan hormon ini.

Ketiga, anda juga boleh mengambil ubat Bisfosfonat yang boleh membantu untuk mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Keempat, anda boleh mengambil ubat Selective Receptor Modulators (SERMs) yang merupakan ubat yang mampu mengurangkan kepatahan tulang terutama tulang belakang.

Vivix mampu merawat Osteoporosis


Sebagai seorang pengedar sah Shaklee, saya mencadangkan anda agar mencuba produk keluaran Shaklee iaitu Vivix Liquid Dietary Supplement yang mempunyai kalsium dan vitamin D yang tinggi yang mampu untuk merawat dan mencegah penyakit Osteopororsis ini. Oleh itu, jika anda mahu membuat rawatan alternatif selain daripada rawatan yang saya sebutkan di atas, anda boleh cuba mengambil produk keluaran Shaklee ini. Marilah sama sama kita berikhtiar sambil berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar menyembuhkan kita dari penyakit tersebut.

Vivix mampu merawat osteoporosis


Jika anda mahu mendapatkan produk ini dengan saya, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
PM FB : Muhammad Nurhaziq
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.



















5 ulasan:

  1. Banyak juga khasiat Vivix ni..macam nak cuba je..

    BalasPadam
  2. Osteoporosis nie silap sikit je boleh patah :)

    BalasPadam
  3. wanita sangat berisiko tinggi hilang kalsium sebab mengandung dan menyusukan anak..so sgt2 kena jaga lebih..

    BalasPadam
  4. mencegah lebih baik dari merawatnya

    BalasPadam
  5. as salam..harapnya kalau bersenam pun boleh membantu masalah ini serba sedikit ya

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.