Assalamualaikum kepada semua pengikut dan pengunjung blog MNH Sastera Melayu. Pertama sekali saya mahu ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi mengikuti blog saya yang mempunyai banyak kelemahan di sana sini ini. Tanpa sokongan anda, siapalah saya sebagai seorang blogger. Kesudiaan anda untuk menjadi pengikut blog saya ini amat saya hargai kerana anda adalah sumber kekuatan untuk saya terus menulis dan berkarya. Insha Allah... saya akan terus blogwalking ke blog anda sekiranya saya ada masa terluang. Saya juga sudah mengikuti blog anda semula sekiranya anda telah mengikuti blog saya. Kepada mana mana blog yang saya belum ikuti itu, sila beritahu kepada saya kerana mungkin saya tidak jumpa link untuk ke blog anda atau mungkin anda tidak meletakkan widget follower di blog anda.
Kepada pengunjung yang saya hormati, terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Tidak kira sama ada anda adalah silent reader atau pengkritik dan pemuji blog saya ini, terima kasih kerana sudi singgah. Anda juga adalah sumber kekuatan saya untuk terus menulis dan berkarya. Jangan segan atau silu untuk terus datang lagi ke blog ini untuk membaca cerpen, novel, puisi dan isu isu semasa yang saya tulis dalam blog ini. Kalau rajin, silalah tinggalkan komen kerana komen anda amat saya harapkan.
Buat masa ini, saya tidak dapat mengemaskini entri dan blog saya untuk bacaan anda semua. Ini kerana saya sedang bertarung dengan peperiksaan akhir semester 5 sekarang. Tumpuan saya sekarang sudah pasti beralih kepada buku, nota dan soalan soalan peperiksaan. Maaf sekiranya ada di antara anda yang ternanti nanti entri baru dari saya. Maaf sekali lagi kerana saya tidak dapat memenuhi permintaan anda. Tambahan pula, kuota internet saya semakin berkurang. Mahu buka blog pun sekadar di telefon pintar sahaja. Saya hanya boleh blogwalking tetapi tidak boleh mengemaskini entri. Maaf diucapkan...
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengikut dan pengunjung yang saya sayangi. Mahu sebut satu demi satu tidak ada kudrat pula saya untuk menulis nama blog anda di ruangan ini. Di hari baik dan bulan baik ini, saya titipkan doa kepada Allah Azza Wajalla agar memberi kesejahteraan kepada anda semua di dunia dan di akhirat. Amin...
Wah! Selamat berjuang di medan peperiksaan! Semoga berjaya!! :)
BalasPadamTerima kasih Amirul
PadamSenior ouh senior.. salam AidilAdha dan good luck for ur final exam ye.. jap leklok paper nanti..
BalasPadamnanti kalu free2 jom singgah sini..
http://aienlieyrusli.blogspot.com/2014/10/encik-idham-cik-myra-part-5.html
Terima kasih... : )
Padamya. selamat hari raya.
BalasPadammeh turun banting. makan cendol plak.