Tan Lai Soon |
Sekali kali ultrakiasu membuat
onar dan menggemparkan negara dengan sengaja menyentuh sensitiviti perkauman. Kali
ini satu kenyataan telah dibuat oleh seorang perwakilan Gerakan Johor bernama
Tan Lai Soon dalam mesyuarat perwakilan partinya baru baru ini dengan
mengatakan bahawa bangsa Melayu juga adalah bangsa pendatang sama seperti
bangsa India
dan Cina di Malaysia.
Inilah contoh contoh
ultrakiasu yang buta mata, buta hati dan buta sejarah. Ultrakiasu seperti Lai
Soon ini sepatutnya dilucutkan kerakyatannya kerana tidak dapat menerima asas
asas pembentukan negara ini dan sengaja mempertikaikannya. Apa perlunya dia
mengeluarkan kenyataan seperti itu? Adakah dengan mengeluarkan kenyataan
seperti itu parti Gerakan yang hidup segan mati tak mahu itu boleh mendapat
semula kuasa mereka yang hilang pada PRU yang lalu?
Inilah masalahnya apabila
Najib menghapuskan ISA dan sekarang mahu menghapuskan Akta Hasutan. Orang bukan
Melayu seperti Lai Soon ini sudah tidak takut lagi untuk mengeluarkan kenyataan
yang bersifat perkauman kerana dia tahu tiada apa apa tindakan yang boleh
diambil terhadapnya. Tambahan pula, Najib lebih banyak memberi muka kepada
bukan Melayu sehingga orang Melayu sendiri terabai bak kata pepatah kera di
hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Siapa kata orang Melayu
pendatang? Orang Melayu sudah beribu tahun duduk di bumi Malaysia ini.
Kerajaan Kedah Tua yang diasakan oleh Merong Mahawangsa telah berusia seribu
tahun dan dipercayai kerajaan beraja paling lama di dunia dengan menewaskan
kerajaan beraja di China, Jepun, India dan Great Britain. Ini membuktikan
bahawa bumi Malaysia
ini sudah didiami oleh orang Melayu lebih awal lagi.
Jika benar orang Melayu ini
pendatang dari Indonesia,
itu bukan menjadi soal. Kita mesti ingat bahawa Tanah Melayu, Indonesia,
separuh daripada Thailand, separuh daripada Filipina, Brunei dan Singapura itu
dinamakan sebagai Gugusan Kepulauan Melayu. Bukan Gugusan Kepulauan Cina atau
Gugusan Kepulauan India!
Seandainya bangsa Melayu pendatang dari Indonesia, itu tidak mengapa kerana
tanah ini tetap tanah milik orang Melayu. Tanah ini jauh daripada daratan China dan India. Tanah ini tidak ada kena
mengena dengan bangsa Cina ataupun bangsa India. Tambahan pula, Melayu di Indonesia, Malaysia,
Singapura dan Brunei
mengamalkan budaya yang sama, bahasa yang hampir sama dan berwajah yang hampir sama.
Dahulu tidak ada passport
seperti sekarang. Orang Melayu bebas bergerak ke mana mana mereka suka. Mereka
boleh masuk ke Malaysia, Indonesia, Brunei,
Singapura, dan selatan Thailand
tanpa ada sekatan daripada sesiapa. Apabila British dan Belanda laknatullah itu
datang, mereka telah menyekat kebebasan orang Melayu untuk ke mana mana dengan
mewujudkan sempadan negara.
Oleh itu, orang Melayu tidak
boleh lagi sesuka hati untuk keluar masuk ke negara orang tanpa ada kebenaran.
Jika benar sekalipun kita
pendatang, kita pendatang yang mula mula sekali sampai dan kita sudah mendiami
tanah ini sejak sekian lama. Jadi tanah ini kita yang punya. Siapa yang dapat
dulu dialah yang punya. Cina dan India datang ke
sini dibawa oleh British. Orang Melayu tidak pernah sekalipun menjemput bangsa
Cina dan bangsa India
datang ke mari. Mengapa ketika British balik bangsa Cina dan bangsa India
tidak pulang ke negara asal mereka?
Sila beritahu kepada saya
berapa ramai bangsa Cina dan bangsa India mati untuk menuntut
kemerdekaan? Berapa ramai bangsa Cina dan bangsa India mati melawan penjajah? Siapa
dalam kalangan bangsa Cina atau bangsa India yang berjuang melawan penjajah
seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Mat Kilau dan ramai
lagi? Sila senaraikan sepuluh nama sekarang?
Saya yakin satu nama pun
orang Cina dan orang India
tidak dapat berikan kerana mereka tidak berjuang melawan penjajah. Mereka tidak
pernah anggap negara ini negara mereka kerana mereka ada negara mereka sendiri.
Hanya orang Melayu sahaja yang berjuang bermati matian untuk mempertahankan
tanah tercinta ini sedangkan mereka mengaut segala kekayaan negara ini menjadi
milik mereka.
Ingat, sebelum negara ini
bertukar menjadi Malaysia,
negara ini dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Mengapa bukan
Persekutuan Tanah Cina atau Persekutuan Tanah India? Kerana negara ini orang
Melayu yang punya. Kami sudah mendiami tanah ini sejak sekian lama dan mereka
hanya bangsa pendatang dan menumpang tuah di bumi hebat ini.
Jika anda tidak suka dengan
kami, apa kata anda buang kerakyatan anda dan pergi ke negara Cina atau India. Jangan
tinggal di sini. Ini negara kami. Anda hanya pendatang yang dibawa oleh British
sahaja. Jangan sesekali mencetuskan sensitiviti kaum di negara ini kerana akan
mengudang padah yang besar.
Kerajaan di bawah Najib
tidak boleh takut atau kecut perut untuk mengambil tindakan terhadap Lai Soon
ini. Jika saya Najib, sudah lama saya lucutkan kerakyatan manusia angkuh dan
tidak sedar diri seperti itu. Bukan kali ini sahaja ultrakiasu menyentuh sensitiviti
kaum di negara ini, sudah acapkali namun akibat daripada ketakutan Najib pada
pengundi Cina, maka mereka semakin naik tocang dan melakukan perkara yang sama
berulang ulang kali.
Buat ultrakiasu, saya
nasihatkan agar sedar diri dan tahu di untung sedikit. Jangan angkuh dan
sombong dengan sengaja mencetuskan sensitiviti orang Melayu. Kita tidak mahu
peristiwa 13 Mei 1969 meletus lagi. Cukup cukuplah tragedi berdarah itu telah
meragut banyak nyawa. Oleh itu, berhati hati ketika mengeluarkan sebarang
kenyataan.
Buta sejarah betul si tua sorang ni.
BalasPadamNampaknya dia sengaja cari isu perkauman.