Selasa, 31 Julai 2018

10 FAKTA MENARIK TENTANG PIZZA


Image result for pizza
Sumber


Saya merupakan seorang penggemar pizza. Saya tidak ingat bila kali pertama saya makan pizza tetapi apa yang saya tahu, sejak kali pertama saya makan pizza, saya sudah menyukainya. 

Walau bagaimanpun, saya tidaklah makan pizza setiap hari kerana harga pizza bukanlah murah. 

Antara PizzaHut dan Domino Pizza, saya lebih suka PizzaHut kerana lebih tebal. Namun begitu, jika ada Domino Pizza di depan mata, saya tetap akan makan juga.

Oleh kerana saya penggemar pizza, maka saya ingin kongsikan kepada anda semua fakta-fakta menarik tentang pizza : 

1. Secara purata, sekeping pizza mengandungi 272 kalori, 12.7 protin, 1.8 gram serat, dan 9.8 gram lemak. 

2. Lebih 10% perkhidmatan makanan yang dijual di Amerika Syarikat adalah pizza.
  
3. Hari Sabtu merupakan hari yang paling ramai orang makan pizza. 

4. Lebih 5 billion pizza telah dijual di seluruh dunia setiap tahun.  

5. Penghantar pizza mendakwa perempuan lebih banyak memberi upah kepada mereka berbanding lelaki. 

6. Perempuan dua kali ganda menyukai ‘veggie pizza’ berbanding lelaki.  

7. Pizza yang paling mahal pernah dibuat berharga $2,745. 

 8. Bahan yang paling banyak digunakan untuk membuat pizza di Jepun ialah sotong, mayonis, kentang dan bacon. 

 9. 36% orang mengambil pizza semasa sarapan pagi.    

10. 9 daripada 10 pelajar universiti menyukai pizza.

Itulah fakta-fakta menarik tentang pizza yang saya telah kongsikan kepada anda. Adakah anda penggemar pizza? Jika ya, anda sama dengan saya. Perisa pizza apa yang anda suka? Saya menyukai semua perisa!

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today

2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.