Ahad, 22 Julai 2018

KALAU AKU PEMILIK DUNIA

Image result for dunia
Sumber


Kalau aku pemilik dunia,
Akan ku cabut rasa benci yang bersarang di hati setiap manusia,
Supaya dunia sentiasa dalam keadaan aman dan sentosa,
Tidak ada walau sekelumit pun rasa curiga,
Meski berbeza agama, bangsa, dan negara.


Tetapi itu hanyalah sekadar angan-angan,
Ramai manusia suka menyemai benih benih kebencian,
Supaya dunia dalam keadaan pergaduhan dan peperangan,
Kerana tidak dapat menerima banyak perbezaan,
Dan untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya keuntungan. 


Kalau aku pemilik dunia,
Akan ku halang segala peperangan yang melanda dunia daripada berlaku,
Supaya dunia berada dalam keadaan aman dan sentosa selalu,
Tidak ada manusia yang terbunuh dengan peluru,
Dan tidak ada seorang pun anak kecil yang kehilangan ibu.


Tetapi itu hanyalah sekadar angan-angan,
Ramai manusia suka mencetuskan peperangan,
Supaya mereka boleh mendapatkan sepenuh-penuh kekuasaan,
Dan mengaut sebanyak-banyaknya kekayaan,
Lebih lebih lagi bila dunia dilanda masalah ekonomi dan kewangan.


Kalau aku pemilik dunia,
Akan ku pastikan semua haiwan dan tumbuhan akan sentiasa terpelihara,
Supaya mereka tidak pupus atau hilang di atas muka dunia,
Agar boleh dilihat oleh anak cucu seluruh umat manusia,
Khazanah alam ciptaan Tuhan yang indah tidak terkira.


Tetapi itu hanyalah sekadar angan-angan,
Semua hutan ditebang untuk mengenyangkan keperluan,
Dan semua haiwan dibunuh rakus untuk memuaskan pembangunan,
Semakin dunia beranjak menuju ke usia tua,
Semakin menjerit alam yang manusia perkosa.


Kalau aku pemilik dunia,
Akan ku pastikan tidak seorang pun manusia yang diancam kebuluran,
Semua manusia boleh menikmati sebersih-bersih makanan,
Tidak perlu mereka menelan makanan yang disaluti kotoran,
Bagi menghilangkan sakit dan perit kelaparan.


Tetapi itu hanyalah sekadar angan-angan,
Dunia mempunyai begitu ramai jutawan dan hartawan,
Tetapi sedikit sahaja di antara mereka yang melabur untuk kebajikan,
Selebihmya ramai di antara mereka melabur untuk hiburan melalaikan.
Demi meraih dan mendapatkan populariti murahan.


Inilah dunia,
Tempat tinggal seluruh umat manusia,
Tempat lahirnya anak semua bangsa,
Tempat manusia hidup bahagia dan menderita.


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.