Selasa, 3 Julai 2018

MATINYA KEDAULATAN

Image result for kedaulatan
Sumber : Google


Kita mencari kebebasan dalam keadaan gelita,
Ketika mereka datang menghunus taring haloba,
Kita mencari kebebasan yang sedang cedera,
Ketika mereka datang dengan rakus membakarnya.

Kedaulatan yang suci itu sengaja ditumpahkan,
Supaya anak watan basah dengan penindasan,
Kemakmuran yang indah itu sengaja dicalarkan,
Supaya anak watan terseksa dengan kesedihan.

Mereka datang untuk meludah keamanan,
Mereka datang untuk memperkosa kegembiraan,
Mereka menjirus kita dengan lahar penderitaan,
Mereka mencakar kita dengan kuku kemiskinan. 

Mereka mengikat kita dengan rantai kawalan,
Sehingga kita hilang takhta pemerintahan,
Mereka menembak kita dengan peluru kesusahan,
Sehingga kita tidak mampu bangkit dari kekalahan.

Merekalah penjajah yang sering kali kita lupa,
Tatkala ghairah merebut harta, pangkat, dan kuasa,
Matilah kedaulatan yang tidur bersama kita,
Lantas diri kita menjadi warga kelas dua,
Hanya kemerdekaan menjadi penyelamat kita.  


Related Posts:

  • RESAH Sumber : Google Aku resah berada di rumah itu, Kerana ada tugasan yang menanti diriku, Kerana ada tugasan yang belum ku urus, Dengan jitu.… Read More
  • BLOGGER AREA : PERJUANGAN YANG BARU BERMULA Blogger Area, Dirimu umpama payung terbuka, Menaungi ramai blogger, Yang baru juga yang lama, Untuk mencari tapak, Di dunia blogger, Yan… Read More
  • DATUK Sumber : Google Datuk, Dulu gelaran itu tinggi nilainya, Dulu gelaran itu tinggi darjatnya, Dulu gelaran itu tinggi martabatnya, Kini g… Read More
  • BILA SI KAYA MENUNJUK HARTA Sumber : Google Seorang bapa yang kaya raya, Membeli kereta mewah untuk anaknya, Menabur kemewahan kepada mereka, Mereka menunjuk kekayaan… Read More
  • AKU PELANGGAN MISKIN Sumber : Google Aku pelanggan miskin, Singgah ke kedai makan, Letaknya di tengah kota metropolitan, Untuk beli barang makanan, Bagi mengisi… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.