Jumaat, 13 Julai 2018

DIA YANG DIPERKOSA


Dia yang sedang merangkak-rangkak mencari bangsa,
Yang masih bersembunyi di balik tembok kepalsuan dalam negara,
Bangsa yang dihinggapi oleh barah leka dan penyakit lupa,
Adalah racun paling terbisa buat dirinya.

Negara yang kini menuju kemodenan dan demokrasi,
Dia lantas dipinggirkan oleh anak bangsanya sendiri,
Dia yang pernah gemilang suatu ketika dahulu,
Akhirnya terpukul dan dipukul dengan rasa malu yang melulu.  

Telah banyak peringatan diberi oleh para sasterawan,
Agar terus menjaga dan memelihara bahasa warisan,
Namun semua itu tidak pernah sesekali diendahkan,
Kerana tidak mahu dikata kolot, jumud, dan tiada kemajuan.

Sekarang dia berasa amat sakit sekali,
Setelah beberapa kali dia ditolak dan dilanggar ke tepi,
Dia yang pernah terkenal di seantero dunia,
Kini diludah dengan bangga oleh anak bangsanya.

Dialah bahasa yang sekarang telah beberapa kali diperkosa,
Oleh anak bangsa yang duduk di singgahsana kuasa,
Juga anak bangsa yang tidak mengenal erti pentingnya menjaga bahasa,
Agar tidak hilang ditelan pembangunan dunia.

Related Posts:

  • BICARA SEORANG SENIMAN Sumber : Google   Aku yang bergelar seorang seniman, Hanya mampu berlakon di pentas teater yang kurang tontonan, Engkau yang bergelar… Read More
  • HADIAH KEADILAN Sumber : Google  Ketika kau beri sejambak bunga cinta, Tubuh munggilku kau nikmati sepuasnya, Lalu kau kongsi bersama teman-teman, Yang… Read More
  • KENCING RAKYAT Sumber : Google Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE … Read More
  • MATINYA KEDAULATAN Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE … Read More
  • BERTEMAN DENGAN SENI Sumber : Google Sepi yang lena telah keluar dari kamar kalbu, Runsing yang pegun telah berdiri tanpa kaku, Petaka yang senyap sudah tidak la… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.