Selasa, 24 Julai 2018

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG ANT MAN


Image result for Ant Man
Sumber

Siapa yang telah pergi menonton filem Ant Man yang kedua iaitu Ant Man and The Wasp? 

Saya tidak pergi lagi menonton filem tersebut kerana sedikit terpenuh dengan beberapa tugasan. 

Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi kepada anda semua fakta-fakta menarik tentang adiwira bernama Ant Man ini sebagai ‘pembakar semangat’ untuk anda yang belum lagi menonton filem tersebut. 

Di bawah ialah fakta-fakta menarik tentang Ant Man : 

1.     Scott Lang merupakan Ant Man yang kedua iaitu seorang pencuri yang kacak. Hank Pym merupakan Ant Man yang sebenar. Walau bagaimanpun, sut milik Pym itu telah dicuri oleh Lang. 

2.     Ant Man merupakan salah seorang ahli yang mengasaskan Avengers. 

3.     Kekuatan fizikal Ant Man ialah empat kali ganda daripada kekuatan dirinya. 

4.     Filem Ant Man telah memenangi Anugerah Best Comic To Film Motion Picture pada tahun 2016 di Saturn Awards.

5.     Selain pencuri, pekerjaan lain Scott Lang ialah pengembara dan juruteknik elektronik.

6.     Kemunculan pertama Ant Man ialah dalam siri komik Avengers ke 181 iaitu pada tahun 1979. 

7.     Nama sebenar Scott Lang ialah Scott Edward Lang.  

8.     Keuntungan filem Ant Man yang pertama pada tahun 2015 ialah $180,202,163.  

9.     Ant Man mengalami tiga kali penggantian watak iaitu Hank Pym, Scott Lang dan Eric O’Grady. 
10.  Kemampuan Ant Man yang paling menonjol adalah mengecilkan diri dengan bantuan Pym Particle. 

Itulah fakta-fakta menarik tentang Ant Man yang perlu anda tahu. Jadi, janganlah berlengah lagi untuk menonton filem Ant Man yang kedua ini di pawagam. Bawa sekali anak-anak anda. Mereka pasti akan gembira. 

 Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today

Related Posts:

  • AKAR BALIK ANGIN  Sumber : Google Penerangan : Balik Angin merupakan tanaman yang memiliki ukuran sekitar 10-15 meter dan tumbuh di daerah yang memiliki ikl… Read More
  • AKAR TONGKAT ALI HITAM  Sumber : Google Penerangan : Tongkat Ali Hitam dikelompokkan di dalam keluarga yang sama dengan bunga Kenanga. Struktur daunnya hampir me… Read More
  • AKAR MACA  Sumber : GooglePenerangan : Maca telah dikenali sebagai tumbuhan herba beribu tahun yang lalu terutamanya dalam meningkatkan keupayaan seksual… Read More
  • AKAR UBI JAGA  Sumber : Google Penerangan : Ubi Jaga adalah sejenis herba dari keluarga Smilacaceae. Tumbuhan ini mempunyai lebih daripada 200 spesis ya… Read More
  • AKAR POKOK SEMALU  Sumber : Google Penerangan : Nama saintifik untuk Pokok Semalu adalah Mimosa Pudica. Pokok ini banyak tumbuh di dalam semak dan di kawasa… Read More

2 ulasan:

  1. hehe..suka jugak tgk ant man..tapi yang baru ni tak tengok lagi,,tggu suami cari dulu..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.