Sumber |
Bahasa merupakan alat komunikasi yang digunakan oleh manusia untuk
berinteraksi dalam kehidupan seharian. Selama ini, manusia hanya pandai
menuturkan bahasa tetapi mereka tidak mengetahui variasi bahasa yang
dituturkan setiap hari.
Di bawah disenaraikan beberapa variasi bahasa yang paling umum dituturkan oleh setiap manusia yang wujud di dunia ini.
Bahasa Vulgar
Maksud :
Variasi bahasa yang digunakan oleh orang yang kurang terpelajar atau tidak berpendidikan.
Contoh :
Bahasa-bahasa yang mencarut seperti ‘bodoh’, ‘babi’, ‘fuck’, ‘sial’ dan sebagainya.
Bahasa Slanga
Maksud :
Variasi bahasa yang digunakan oleh orang-orang tertentu yang
sangat terbatas dan tidak diketahui oleh orang yang berada luar
daripada kelompok itu.
Contoh :
- Kacang je masa aku jawab soalan soalan Matematik tadi.
- Sadonya mamat hensem tu.
- Jangan cakap abang tak payung.
- Pishang betul aku dalam kelas pensyarah ni.
Bahasa Kolokial
Maksud :
Variasi bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian.
Contoh :
- Kau dah makan belum?
- Kau nak gi mana?
- Aku nak pergi tandas.
Bahasa Jargon
Maksud :
Variasi bahasa yang digunakan secara terbatas dalam bidang-bidang pekerjaan tertentu.
Contoh:
Pedagogi (pendidikan), ortopedik (perubatan), semantik (bahasa), prima facie (undang-undang).
Bahasa Ken
Maksud :
Variasi bahasa yang manja, merengek-rengek, dan berpura-pura.
Contoh:
– Tolong encik… saya tak makan lagi hari ni.
– Sayang, jomlah kita makan sama sama…
– Baby…please….
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today
Pelbagai variasi dalam pelbagai situasi.
BalasPadam