Sumber |
Apabila
kita berbual atau bercakap dengan sesiapa sahaja, kita perlulah saling berkomunikasi
secara dua hala. Terdapat perkara-perkara tertentu yang perlu dijaga untuk
memastikan orang yang sedang bercakap atau berbual dengan kita berasa selesa.
Ini bagi memastikan hubungan kita dengannya akan terus menjadi baik. Terdapat
empat perkara yang perlu dijaga dalam perbualan iaitu kualiti, kuantiti,
relevan dan perlakuan.
Kualiti
Kuantiti
Apabila kita berbual atau bercakap,
pastikan kita bercakap dengan seadanya sahaja. Tidak perlulah kita menyampaikan
sesuatu perkara secara berlebihan seperti menunjukkan kehebatan diri sendiri
ketika berbual. Sekiranya kita bercakap sesuatu perkara secara berlebihan,
pasti orang yang sedang bercakap dengan kita tidak berasa selesa dan tidak mahu
bercakap dengan kita lagi. Relevan
Pastikan kita bercakap perkara yang relevan dengan topik perbualan. Jangan sesekali bercakap perkara yang berada di luar konteks perbualan. Apabila orang bercakap tentang kereta, maka kita pun perlulah bercakap tentang kereta juga. Janganlah orang bercakap tentang kereta, kita bercakap tentan makanan pula. Oleh sebab itulah kita perlu memilih topik yang sesuai dan dapat dibualkan oleh kedua-dua belah pihak.
Perlakuan
Semasa berbual, elakkanlah daripada
bercakap perkara-perkara yang kabur atau mampunyai double meaning. Kita perlu meringkaskan percakapan kita untuk
memberi peluang kepada orang yang sedang berbual dengan kita bercakap pula.
Kita juga perlulah menyusun maklumat atau perkara yang hendak kita sampaikan
supaya orang yang sedang berbual dengan kita dapat memahami apa yang hendak kita
sampaikan.
Setiap
perkara di dunia ini mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Dalam kita berbual
semasa rakan pun, terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu kita jaga.
Kualiti, kuantiti, relevan dan perlakuan adalah perkara-perkara penting yang
perlu kita jaga supaya orang yang bercakap atau berbual dengan kita berasa
selesa.
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.