Sabtu, 21 Julai 2018

JANGAN KELIRU GUNA PERKATAAN INI!

Image result for keliru
Sumber
 

   Hemah dan Hemat

Maksud Hemah : Budi pekerti yang mulia
Contoh Ayat : Mimi adalah seorang pelajar yang mempunyai hemah yang tinggi.

Maksud Hemat : Tidak boros atau membazir dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu, cermat, jimat, pemerhatian, pengamatan, teliti, hati-hati, dan berjaga-jaga.  
Contoh Ayat : Pada hemat saya, mesyuarat ini perlu ditangguhkan terlebih dahulu kerana malam sudah larut.

Tafsir dan Taksir 
 
Maksud Tafsir : Keterangan yang menjelaskan, pengertian, pemahaman, pendapat dan ulasan.
 Contoh Ayat : Ucapan ahli politik itu disalah tafsir oleh pihak media. 

Maksud Taksir : Nilaian, anggaran atau kiraan.
Contoh Ayat : Ali tersalah taksir jumlah wang simpanan yang wajib dikeluarkan zakatnya.

 
   Satu dan Suatu 

Maksud Satu : Bilangan yang bererti tunggal dan digunakan untuk menunjukkan bilangan.
Contoh ayat : Satu daripada keruntuhan masyarakat ialah kelemahan peribadi pemimpin.

Maksud Suatu : Menyatakan benda, tempat, masa dan hal yang tidak tentu atau tidak dapat dipastikan.
Contoh Ayat : Pada suatu hari, Siti dan rakan-rakannya pergi ke sebuah rumah usang di atas bukit itu. 

Tahu dan Faham 
 
Maksud Tahu : Maklum akan keadaan yang sebenarnya, kenal, cekap dan pandai melakukan sesuatu, bijak, mengambil peduli, sedar akan perkara sebenar, insaf, pernah melakukan sesuatu, dan sudah biasa. 
Contoh Ayat : Bapak tidak tahu bahawa kakak sudah pun berkahwin dengan Burhan di luar negara.

Maksud Faham : Tahu dan mengerti benar akan sesuatu, kepercayaan atau pegangan individu atau masyarakat tentang sesuatu.
Contoh Ayat : “Apa yang kamu faham tentang topik yang saya ajar tadi?” Soal Cikgu Mahmud kepada Laili.  

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.