Korea Selatan merupakan negara yang
sangat popular sejak lima hingga sepuluh tahun kebelakangan ini. Oleh sebab
negara Korea Selatan ini begitu popular, ramai rakyat Malaysia ingin pergi ke
negara tersebut. Di bawah ini saya senaraikan sebab-sebab rakyat Malaysia suka
melancong ke Korea Selatan.
Muzik
dan drama Korea
Muzik K-Pop memang sangat digemari oleh
remaja di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kemunculan kumpulan-kumpulan muzik
K-pop seperti BTS, EXO, Super Junior, Girls Generation, Big Bang, dan
sebagainya sangat digilai oleh remaja di Malaysia. Begitu juga dengan
drama-drama Korea yang popular seperti Winter Sonata, She Was Pretty, Goblin,
Descendants of The Sun, Legend of The Blue Sea, Full House dan sebagainya.
Drama-drama ini menjadi faktor penarik untuk rakyat Malaysia datang melancong
ke negara tersebut.
Pelakon
atau penyanyi yang kacak dan cantik
Antara sebab kumpulan muzik dan drama
Korea ini begitu popular adalah kerana dibarisi oleh para pelakon atau penyanyi
yang kacak dan cantik. Rakyat Malaysia yang suka melancong ke Korea Selatan
pasti berharap untuk bertemu dengan para pelakon dan penyanyi yang kacak dan
cantik ini. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk bertemu dengan mereka. Hanya
yang beruntung sahaja yang dapat bertemu dengan mereka.
Rancangan
RunningMan
Rancangan RunningMan merupakan rancangan
yang paling popular di Korea Selatan. Rakyat Malaysia suka menonton rancangan
ini bukan sahaja kerana barisan pengacaranya yang lucu, tetapi juga permainan
yang dihadapi oleh para pengacaranya dalam setiap episod sangat mencabar dan
kreatif. Gelagat barisan pengacaranya seperti Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, HaHa
dan sebagainya amat mencuit hati penonton. Penonton juga sentiasa ternanti-nanti
selebriti kegemaran mereka menjadi tetamu dalam rancangan tersebut. Rancangan
ini jugalah yang menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk ke Korea Selatan.
Makanan
yang sedap
Setiap kali apabila melihat orang Korea
menikmati makanan mereka di televisyen, kita pasti akan menelan air liur. Hal
ini kerana makanan mereka kelihatan amat sedap. Makanan-makanan Korea seperti
Tteokbokki, Bibimbap, Jjajangmyon, Kimbap, Kimchi dan sebagainya amat membuka
selera apabila kita menikmatinya. Minuman yang popular di Korea seperti susu
Banana Uyu sentiasa dicari oleh rakyat Malaysia.
Tempat
pelancongan yang menarik
Tidak dinafikan bahawa Korea Selatan mempunyai
banyak tempat yang menarik. Semua tempat-tempat ini dapat diketahui apabila
kita menonton rancangan RunningMan. Melalui rancangan tersebut, mereka
memperkenalkan tempat-tempat menarik di Korea Selatan. Antara tempat menarik
yang boleh dilawati ialah Myeong-dong, Gyeongbokgung, N Seoul Tower, Namiseom
dan sebagainya.
Mempunyai
salji
Korea Selatan merupakan negara empat musim. Salah
satu musim yang wujud di Korea Selatan ialah musim sejuk. Semasa musim sejuk,
pastilah salji akan turun. Memandangkan Malaysia bukanlah negara empat musim,
maka pergi ke Korea Selatan semasa musim sejuk pasti menyeronokan memandangkan
kita boleh bermain salji. Salji juga merupakan tarikan utama rakyat Malaysia
datang ke Korea Selatan.
Itulah
sebab-sebab pada pendapat mengapa rakyat Malaysia suka melancong ke Korea
Selatan. Ini hanya pendapat saya sahaja. Pendapat orang lain pastilah berlainan
pula. Sesiapa yang pernah pergi ke Korea Selatan memang sangat-sangat
beruntung.
pelakon/penyanyi kacak/cantik tu paling setuju.. hahaha
BalasPadamAda juga pengaruh filem dan drama korea yag banyak kat Malaysia ni.. itu pun satu punca juga.. done follow
BalasPadamPengaruh drama Korea.. Tapi tak dinafikan Korea tu cantik dan best.
BalasPadamZumal tengok pemandangan Korea tu memang akan buat orang jatuh hati...
BalasPadam