Sabtu, 28 Julai 2018

CARA PINDAH RUMAH DENGAN MUDAH


Image result for senangpindah.com
Sila klik pada gambar


Berpindah rumah itu adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Kita mungkin berpindah daripada rumah ibu bapa ke rumah sewa. Kita mungkin juga berpindah dari rumah sewa ke rumah kita sendiri. Pendek kata, berpindah rumah itu bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. 

Apabila kita berpindah rumah, pastilah kita memerlukan lori. Lori adalah sesuatu yang sangat penting untuk mengangkut barang-barang kita untuk dibawa ke rumah baru. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencari lori sewa sekarang ini. Kita perlu memilih lori sewa yang benar-benar dapat menjalankan perkhidmatan mereka dengan baik dan berkesan.

Oleh itu, pada hari ini, saya ingin kongsikan kepada anda satu perkhidmatan lori sewa yang benar-benar memudahkan diri anda dan keluarga untuk pindah ke rumah baru.

Senang Pindah merupakan sebuah laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan lori sewa secara profesional, berpatutan dan pantas. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat menyediakan pemandu-pemandu lori yang berpengalaman, amanah, boleh dipercayai, kompeten, berkelayakan dan bertanggungjawab.

Mereka pasti dapat menghantar barang-barang anda dengan baik di di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti Pandan Indah, Ara Damansara, Taman Bukit Ampang, Bandar Utama, Shah Alam, dan Bangi.

Sekiranya anda tidak tahu jenis lori apa yang sesuai dengan barang anda, anda boleh hubungi mereka pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan lain seperti pekerja (manpower) tambahan untuk pemindahan, perkhidmatan pembungkusan, pembongkaran dan pemasangan perabot, pembuangan barangan lama dan sebagainya dengan dikenakan sedikit caj tambahan.

Apa yang bagus tentang Senang Pindah ini adalah, selain menawarkan harga yang berpatutan, mereka mempunyai beberapa kelengkapan untuk mengangkut barang-barang anda seperti troli tangan, tali, kanvas dan kotak pembungkusan.

Selain dapat membantu anda untuk pindah rumah, mereka juga boleh membantu anda untuk pindah pejabat, pembuangan barang, pindah piano dan sebagainya. Lokasi mereka juga berhampiran dengan anda seperti di Kuala Lumpur, Klang, Putrajaya dan Selangor.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan lori sewa mereka seperti harga, pakej, terma, syarat dan sebagainya, anda boleh layari laman sesawang mereka iaitu https://www.senangpindah.com/ atau hubungi mereka di talian  016-879 1415.

Sesungguhnya perkhidmatan yang ditawarkan oleh Senang Pindah ini sangat bagus kerana dapat memudahkan ramai orang untuk melakukan pemindahan barang-barang mereka sama ada di rumah atau di pejabat.

Bagi anda yang memerlukan perkhidmatan lori sewa, segeralah hubungi mereka untuk mendapatkannya. 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.