Jika kita kata kita sayang akan
bahasa Melayu, maka semua kegiatan kita mesti dalam bahasa Melayu. Tidak boleh
sedikit kegiatan kita dalam bahasa Melayu, dan sedikit kegiatan kita yang lain
dalam bahasa Inggeris. Itu belum cukup menampakkan yang kita sayang apatah lagi
bangga dengan bahasa Melayu.
Ramai yang mendakwa mereka sayang
akan bahasa Melayu (saya lebih suka guna istilah bahasa Melayu kerana istilah
bahasa Malaysia hanyalah untuk pelajar sekolah rendah!) tetapi mereka hanya
guna bahasa itu dalam sebilangan sahaja aktiviti kehidupan mereka tetapi
sebilangan yang lain tidak menggunakan bahasa ibunda tersebut.
Golongan semacam ini adalah golongan
yang menggunakan bahasa Melayu hanya untuk kepentingan kepentingan tertentu.
Saya sama sekali tidak menjangka bahawa golongan semacam ini wujud - menggunakan
bahasa semata mata untuk meraih populari dan kepentingan peribadi. Sanggup memperkudakan
bahasa untuk mencapai tujuan itu.
Siapakah golongan yang saya maksudkan
ini? Sudah pastilah golongan artis – pengarah, pengacara, pelakon, penerbit,
dan penyanyi. Golongan ini sebenarnya tidak ramai yang suka akan bahasa Melayu.
Mereka menggunakan bahasa itu ketika mereka menjalankan aktiviti aktiviti
sampah seni mereka tetapi dalam kehidupan mereka yang lain, mereka tidak guna
pun bahasa Melayu.
Berapa ramai artis yang boleh kita
temui – ketika mereka berlakon, mereka fasih bercakap dalam bahasa Melayu
tetapi apabila mereka berada di rumah bersama ahli keluarga mereka, mereka
lebih selesa dan suka untuk bercakap dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa
Melayu. Sebab itu jangan sesekali berasa hairan apabila ramai anak anak artis
kita ini yang tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu!
Golongan artis adalah golongan yang
banyak mensampahkan bahasa yakni menggunakan bahasa itu kepentingan kerja,
duit, dan populariti. Mereka tahu yang mereka tidak boleh mencari makan di
negara ini jika menggunakan bahasa Inggeris, maka mereka menggunakan bahasa
Melayu untuk mencari sesuap nasi dengan cara berlakon, menyanyi, mengarah,
mengacara, dan sebagainya.
Dan sekarang barulah saya faham dan
sedar mengapa golongan sampah seni ini begitu heboh mempertikai kategori bahasa
Melayu dan kategori bukan bahasa Melayu dalam Festival Filem Malaysia.
Sangat lucu apabila mereka mengarah dan
berlakon filem dalam bahasa Melayu, tetapi mempertikai filem yang diletakkan
dalam kategori bukan bahasa Melayu. Sudah sewajarnya filem filem yang tidak
menggunakan bahasa Melayu diletakkan dalam kategori tersebut kerana negara yang
mereka tinggal ini, berakarumbikan bahasa Melayu. Mana mana filem yang tidak
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, wajarlah ia diletak dalam kategori
tersebut.
Ini bukan isu kaum atau isu
persaingan, ini adalah isu bahasa dan soal menjaga identiti kebangsaan.
Penganjur FFM bukannya tidak membenarkan filem kategori bukan bahasa Melayu itu
bertanding, cuma diasingkan sahaja kategorinya. Tetapi filem tersebut masih
lagi diiktiraf malah mendapat pencalonan terbanyak juga. Jadi apa masalahnya?
Masalahnya adalah golongan sampah
seni yang suka mencari publisiti murahan untuk mensampahkan bahasa. Inilah
masalah mereka. Isu ini tidak patut timbul kerana jelas dalam Perlembagaan
(undang undang tertinggi dalam sesebuah negara) memperuntukkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Tetapi oleh kerana golongan sampah seni ini mahu
menjadi adiwira dungu, maka mereka mensensasikan isu ini untuk mencari
publisiti. Golongan sampah seni adalah golongan yang paling banyak mensampahkan
bahasa!
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.