Ahad, 7 Ogos 2016

RAMAI GADIS GEDIK MAHU JADI ISTERI KETIGA ADI PUTRA



Apabila berita tentang Adi Putra yang berkahwin dua muncul dan tersebar di media media sosial, ramai gadis gadis muda mula memasang impian dan angan angan untuk jadi isteri ketiga kepada Adi Putra. Mereka ingin jadi isteri ketiga Adi Putra itu kerana pelakon itu kacak orangnya. Jika wajah Adi Putra setaraf wajah Hamid Gurkha, saya yakin tiada gadis muda yang memasang impian semacam itu.

Memasang impian untuk berkahwin dengan lelaki kacak itu tidak salah. Memasang impian untuk menjadi isteri kedua atau ketiga untuk seorang lelaki kacak itu juga tidak salah. Tetapi, sanggupkah kita menghadapi cabaran perkahwinan poligami itu? Tidak ramai yang sanggup walaupun Tuhan janjikan kepada isteri berpoligami itu payung emas di syurga.

Selalu benar kita dengar tentang kemanisan berpoligami itu. Tidak dinafikan bahawa ada perkahwinan poligami itu menemui banyak kebahagian tetapi yang tidak bahagia pun banyak juga.


Sebagi orang Islam dan lelaki, tidaklah saya menentang hukum poligami itu kerana ia sudah pun menjadi hukum Tuhan. Tetapi saya ingin memberi amaran bahawa bukan semua orang yang berpoligami itu boleh temui kebahagian. Jika tidak menderita secara fizikal, menderita mental pun boleh jadi juga.

Perkahwinan yang baik tidak didasari dengan wajah yang tampan sahaja. Iman adalah elemen terpenting dalam pembinaan sesebuah perkahwinan. Selain iman, sifat tolak ansur, kesabaran, kasih sayang dan sebagainya juga adalah elemen terpenting dalam sesebuah perkahwinan. Jika elemen elemen ini tidak subur dalam sesebuah perkahwinan, sukar perkahwinan itu untuk temui kebahagian.

Ramai lelaki suka berpoligami tetapi tidak ramai antara mereka mampu dan adil dalam perkahwinan poligami itu. Jika anda dapat suami yang benar benar faham tentang hukum poligami, dan dapat pula suami anda itu menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna, anda sangat sangat beruntung sebenarnya. Tetapi bagaimana pula jika anda dapat suami yang menegakkan perkahwinan poligami berdasarkan nafsu semata mata? Perkahwinan yang ditunjangi nafsu sahaja memang tidak akan ke mana mana.

Bukan mudah untuk jadi isteri kedua dan isteri ketiga. Jika anda bersedia mental dan fizikal, memang tiada masalah sebenarnya. Yang bermasalah apabila anda tidak bersedia. Maka penceraianlah jalan pemisahnya.









0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.