Selasa, 16 Ogos 2016

PAS ANGKUH WALAUPUN SUDAH RAPUH!


Sumber : Google


Membaca tulisan terbaru Haji Subky Latif (penulis utama PAS) di laman portal Harakah Daily jelas menunjukkan yang beliau masih lagi berada dalam sindrom keangkuhan yang tidak berkesudahan. Keangkuhan wartawan veteran itu lewat tulisan tulisannya memang tidak pernah padam baik ketika PAS berada dalam Pakatan Rakyat ataupun selepas PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Ketika PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat, usah dicakap betapa angkuhnya beliau memperkatakan isu itu dan isu ini. Beliau begitu yakin yang Pakatan Rakyat mampu untuk menawan Putrajaya dengan memberikan ‘teori teori politik’ yang dangkal. Oleh kerana beliau terlalu angkuh (termasuklah pemimpin PAS yang lain), Allah gagalkan cita cita sekalian penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UMNO pada PRU13. UMNO tetap berkuasa waima masalah tetap banyak membelengu mereka.

Keangkuhan beliau yang paling lantang adalah mengecam UMNO seolah olah PAS itu terlalu baik. Saya tiada masalah beliau mengecam UMNO kerana itu memang sudah menjadi tradisi masyarakat pada masa kini, tetapi nada angkuh dalam penulisannya itu yang tidak saya gemari. Beliau mengecam UMNO begitu dan begini pada saat PAS sudah tidak lagi relevan untuk disokong dalam PRU nanti.


PAS sudah tidak lagi disokong oleh sekalian umat Melayu. Jika mahu diharapkan pengundi bukan Melayu, jangan bermimpi PAS untuk mendapat undi mereka. Melayu sekarang pakat pakat ramai yang pergi kepada PAN dan BERSATU yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Yang sokong PAS hanya pengundi yang taksub pada ulamak sahaja.

Haji Subky sepatutnya berusaha membetulkan parti PAS daripada dalam dan bukannya mengkritik UMNO seolah olah PAS tidak akan padam. Beliau sepatutnya menyumbangkan ‘idea idea bernasnya’ untuk membolehkan PAS mengaut sebanyak banyaknya undi dalam PRU nanti supaya boleh menawan Putrajaya dan bukannya sibuk tentang pilihan raya negeri Pulau Pinang yang tidak jadi. Tulisan Haji Subky Latif ini tidak ubah seperti memanaskan kuah yang telah basi!

Mengkritik UMNO itu tidak salah tetapi kritik parti sendiri adalah lebih afdhal lagi. Jangan hanya pandai kritik parti orang tetapi parti sendiri yang tunggang langgang. PAS ternyata sudah rapuh tetapi bekas pemimpinnya masih lagi kelihatan angkuh!

Haji Subky perlu berhenti bermimpi yang PAS masih lagi diterima oleh DAP. Zaman Subky bermimpi di siang hari sudah tiada lagi. Tidak guna Haji Subky memuji-muji atau memberi sokongan moral kepada pemimpin DAP kerana ia hanyalah satu politik buluh kasap. Yang Haji Subky perlu lakukan adalah berfikir bagaimana untuk selamatkan PAS agar pada PRU akan datang, agar ia tidak lesap.  

Haji Subky jangan terlalu angkuh untuk mengecam UMNO begitu dan begini di saat partinya berada dalam keadaan yang rapuh. Jika partinya terlalu ampuh, sudah pasti tidak berlaku perpecahan sehingga membuatkan seluruh warga PAS menjadi heboh!

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.