Selasa, 2 Ogos 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 22




Apabila matahari sudah meninggi, barulah Hafizah tersedar dari tidurnya. Dia terpisat pisat di atas katil di biliknya. Matanya terkelip kelip kerana silau disimbah cahaya matahari pagi nan garang. Dia bangkit dari pembaringannya. Dia melihat jam yang terletak di dinding bilik itu. Jam sudah menunjukkan pada pukul sepuluh pagi.

          Dia benar benar buntu pagi itu. Dia menjadi sungguh keliru. Tersangat keliru. Kepalanya berdenyut serta merta. Tiba tiba dia teringat yang hari itu adalah hari Rabu. Dan dia sepatutnya perlu berada di kelas sekarang, mengajar pelajar pelajarnya subjek bahasa Melayu. Tetapi dia masih buntu mengapa dia masih berada di bilik itu? Apa yang telah berlaku kepadanya semalam sampai dia boleh jadi begitu? Tidak pernah sekalipun sepanjang dia bergelar guru, dia boleh terlajak tidur seperti itu.  Dia benar benar buntu dan keliru. Kebuntuan dan kekeliruan diadun cantik dalam kotak pemikirannya saat itu.

          Dia memandang di sekitar biliknya. Dia melihat kain bajunya yang terlipat kemas di dalam almari telah bertaburan di atas lantai. Dia menjadi bingung dengan keadaan itu. Dia juga melihat kad pengenalan dan kad banknya juga bertaburan di atas lantai. Isi isi yang sentiasa ada dalam beg tangannya juga bertaburan di atas lantai. Melihat keadaan itu, dia bukan lagi menjadi buntu ataupun keliru, tetapi juga sudah mula menjadi bingung. Bingung sebingung bingungnya. Apa yang dah terjadi semalam? Bisik hati kecilnya yang dilanda kata tanya yang tidak henti henti.
 
          Tiba tiba dia berasa sangat sakit di pergelangan tangannya. Dia meneliti pergelangan tangannya itu. Ada kesan biru pada pergelangan tangan tersebut. Kemudian pandangannya singgah di kakinya yang terdedah bermula dari peha hinggalah ke ibu jari kaki. Kemudian dia melihat kesan tompokan darah pada cadar katil miliknya. Dan tidak semena-mena, pengalaman pahit dan ngeri pada malam tadi akibat dirogol dan dirompak menerjah masuk ke dalam memorinya. Mengenang perkara itu, dia lantas menjerit. Menjerit sekuat-kuat hatinya. Menjerit dan dicampur dengan raungan yang paling kuat. Dia menangis teresak-esak di situ.    

          Agak lama juga dia berada dalam keadaan itu. Setelah segalanya reda, dia mencapai telefon pintarnya yang biasa dia letakkan di bawah bantal. Mujur kedua dua perompak itu tidak menjumpai atau mungkin terlupa akan telefon pintar itu. Jika tidak, telefon pintar berjenama Asus itu pun dikebas sama.

          Apabila dia membuka sahaja telefon pintarnya, terdapat sepuluh panggilan tidak dijawab terpapar di skrin sesentuh telefon pintar itu. Semuanya dari kerani di sekolah dan rakan rakan seguruannya. Sudah tentu mereka tertanya tanya, mengapa dia tidak datang mengajar pada hari itu tanpa memberi sebarang sebab. Bukan itu sahaja, terdapat beratus mesej dari aplikasi Whatsapp yang tidak sempat dibukanya. Dia tidak menghiraukan semua itu. Lantas dia mencari nombor telefon milik Norin. Dia segera menghubungi Norin untuk meminta bantuan. Apabila Norin menyambut panggilan telefon darinya, segera dia cerita pengalaman ngeri campur pahit yang terjadi kepadanya semalam.

.....................................................................................................................

          “Long, mari makan sikit. Pembantu rumah aku ada masak bubur untuk kau ni.” Kata Norin sambil meletakkan dulang yang di atasnya terdapat semangkuk bubur ayam yang menyelerakan dan segelas air masak. Dia duduk di sebelah Hafizah yang termenung jauh di tepi kolam renang yang terletak bersebelahan dengan rumah agam milik Norin itu. Hanya mereka berdua sahaja di situ. Shuib sedang sibuk di pejabat manakala Khairil pula sedang berada di universiti.

          “Long...kau okay tak?” Tegur Norin sambil menggerakkan sedikit badan Hafizah. Hafizah lantas tersedar dari lamunannya yang panjang itu. Dia mengukir sebuah senyuman terpaksa buat Norin. “Aku okay.” Jawabnya pendek.

          “Sabarlah long. Benda dah jadi, nak buat macam mana. Kita dah buat report polis. Pasti polis akan cari kedua dua perompak yang durjana tu.” Kata Norin untuk memulihkan semula semangat Hafizah yang hilang entah ke mana itu akibat peristiwa ngeri malam tadi. Hafizah hanya diam sahaja. Dia terus termenung sejak pulang dari hospital dan dari balai polis tadi. Dan apabila sudah sampai di rumah Norin pun, Hafizah masih begitu. Dia masih termenung.

          “Long, kau tak boleh macam ni long. Kau kena kuat. Kau tak boleh terus termenung je. Nanti makan diri kau nanti. Mari makan sikit meh.” Norin menasihati. Dia mengambil bubur ayam yang panas itu lalu diceduknya sikit dengan menggunakan sudu. Lalu disuanya ke mulut Hafizah namun Hafizah langsung tidak mahu membuka mulut sebaliknya wanita itu sekadar diam membisu.  

          “Aku dah mula sedar sesuatu Norin.” Tiba tiba Hafizah berkata.

          “Hmm...apa yang kau dah sedar?” Soal Norin.

          “Aku dah tahu kenapa semua ni jadi kat aku.” Ujar Hafizah lagi.

          “Hmm...kenapa?” Norin sudah mula bosan dengan kelakukan Hafizah. dia menarik semula tangannya yang memegang sudu itu dari mulut Hafizah.

          “Semuanya sebab dosa dosa aku pada ibu dan ayah. Aku derhaka pada diaorang Norin. Aku dah sakiti hati diaorang banyak kali. Aku berdosa pada diaorang.” Ucap Hafizah sambil menitiskan air mata. Norin yang memandang sekadar terpinga pinga. Dia tidak pasti apakah kata kata yang keluar dari mulut Hafizah itu ikhlas atau tidak. Adakah Hafizah sudah berubah? Jika ya, takkan sepantas itu? Bisik hati kecil Norin.

          “Kau janganlah fikir macam tu. Ini semua takdir la. Takde kena mengena dengan orang tua berdua tu. Lagipun kau fikirlah, diaorang buat kita teruk kot dulu. Memang padan pun kita buat macam tu pada diaorang. Kalau diaorang layan kita dengan baik dulu, aku yakin semua ni takkan berlaku. Kalau kita yang salah, diaorang pun salah juga. Diaorang pun kena minta maaf pada kita sebab layan kita macam sampah dulu. Apa yang kita buat ni sebagai balasan atas apa yang diaorang dah buat pada kita. Tu je.” Kata Norin dengan panjang lebar.

          “Aku tahu Norin, diaorang memang layan kita macam kita ni anak tiri tapi kita kena ingat, diaorang tu tetap ibu bapa kita. Walau macam mana jahat sekalipun diaorang tu, kita tak boleh kurang ajar dengan diaorang sebab diaorang dah lahirkan dan besarkan kita. Kita boleh berjaya sampai sekarang semua sebab diaorang. Ya, diaorang layan kita macam sampah tapi kita tak boleh sesekali balas apa yang diaorang dah buat pada kita dulu. Kita adalah anak dan tugas kita adalah berbakti kepada diaorang, bukannya buang diaorang macam yang kita buat sekarang.” Hafizah mengesat air mata yang mengalir di pipinya sebentar tadi.

          “Suka hati kau la long nak cakap apa. Aku malas la nak cakap pasal diaorang. Buang masa tahu tak. Lebih cakap pasal benda lain. Kalau kau dah insaf, rasa nak bertaubat, kau buat sorang sorang. Jangan ajak aku. Aku takkan sesekali maafkan diaorang dalam hidup aku setelah apa yang diaorang dah buat pada aku dulu. Bubur ni kau makan, lepas makan kau baliklah. Aku ada kerja, aku tak boleh lama lama kat sini.” Norin lantas meletakkan mangkuk yang berisi bubur ayam itu ke atas dulang. Kemudian dia masuk semula ke dalam rumah untuk bersiap siap keluar bekerja.    

          Hafizah sekadar memandang sahaja langkah Norin meninggalkan dirinya. Dan sekali lagi air matanya tumpah. Dia sedih akan nasib buruk yang menimpa dirinya. Dia sedih akan sikap derhakanya terhadap kedua dua orang tuanya dan dia sedih kerana keluaganya musnah kerana dendam. Ya, dendam kesumatlah yang menyebabkan diri dan keluarganya kucar kacir sehingga sekarang. 
   


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.