Khamis, 11 Ogos 2016

PUISI : ADIK

Sumber : Google


Adik,
Hidup ini memang pedih,
Kehidupan ini memang sedih,
Tetapi kita perlu melaluinya dengan tabah,
Hinggalah riwayat kita masuk ke tanah.

Adik,
Hidup ini memang tidak adil,
Kehidupan ini memang sentiasa dibedil,
Oleh manusia manusia yang tidak punya hati,
Yang telah memegang kuasa monopoli.

Adik,
Sikapmu memang mengundang benci ramai orang,
Kerana dibentuk oleh manusia manusia songsang,
Tetapi mereka tidak pernah mahu mengaku kesilapan diri,
Kerana ego besar sudah menguasai sanubari.


Adik,  
Bertabahlah selagi kau mampu,
Bagi menuju hidup yang lebih bermutu,
Usah kau dendami mereka,
Kerana ia dilarang oleh agama.

Adik,
Bukan agama yang salah,
Tetapi mereka yang jijik bagai penjenayah,
Menggunakan agama dengan sewenang-wenangnya,
Supaya mereka terus kekal berkuasa.

Adik,
Bila kau sudah mampu berdikari,
Segeralah mencari kehidupan sendiri,
Jangan ditagih pada tangan yang keji,
Yang bertopengkan wajah yang suci,
Kelak kau dicaci sampailah kau mati.

Adik,
Dapat ku rasa kesusahanmu,
Dapat ku hidu kesedihanmu,
Sabarlah wahai adik,
Kelak kau bebas dari diherdik.

Adik,
Aku tahu kau tidak pandai,
Janganlah sedih hingga jatuh ke lantai,
Ku doakan mu menjadi manusia yang tidak menyusahkan,
Agama, bangsa, dan sekalian watan.  

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.