Sabtu, 20 Ogos 2016

SIAPA PENGARUH PENULISAN SEORANG BLOGGER?

Sumber : Google


Untuk menjadi seorang penulis, kita perlu ada rasa minat untuk menulis. Jika tidak ada minat menulis, maka sukar untuk seseorang penulis itu menjadi seorang penulis yang baik atau menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Dalam proses untuk menjadi seorang penulis (terutama penulis yang berjaya), pasti ada sesuatu yang menggerakkan kita untuk menulis. Menjadi seorang penulis memang tidak dapat lari daripada menjadi seorang pembaca. Menurut A. Samad Said, seorang penulis mesti membaca sebanyak banyaknya. Penulis yang lebih banyak menulis daripada membaca adalah penulis yang muflis!

Seperti yang telah saya sebut di atas tadi, untuk menjadi seorang penulis, pasti ada sesuatu yang menggerakkan kita untuk menulis. Sesuatu itu boleh jadi berbentuk orang, keadaan, persekitaran, pemikiran dan sebagainya.


Seperti saya, oleh sebab saya banyak membaca novel ketika saya berada di sekolah rendah dan sekolah menengah, maka dari situ timbullah minat saya untuk menulis. Entah mengapa, dengan melihat kulit buku (novel) yang terdapat pada rak di kedai buku atau di perpustakaan sekolah, ia begitu mendesak saya untuk menulis. Tambahan pula, dengan melihat ramai penulis novel boleh menjadi jutawan dengan hanya bergelar seorang penulis, seperti J.K.Rowling misalnya, ia terus mendorong saya untuk menulis. Dan disebabkan itulah pada usia saya lapan belas tahun, saya telah berjaya menyiapkan naskhah manuskrip novel saya yang pertama berjudul Abdul Ghaffar, tetapi sayang, ia hilang di tangan penerbit.

Saya menghasilkan dua jenis penulisan yang berbeza – fiksyen dan bukan fiksyen. Fiksyen di sini bermaksud novel, cerpen, dan puisi manakala bukan fiksyen pula adalah rencana rencana ataupun artikel artikel seperti yang anda sedang baca ini.

Kebanyakkan daripada penulis, penulisan mereka pasti akan dipengaruhi oleh seseorang penulis yang lain. Maksud dipengaruhi di sini adalah seseorang penulis itu akan terikut ikut (mungkin juga meniru) teknik, gaya, cara, bahasa, dan laras yang digunakan oleh penulis yang mereka terpengaruh itu.

Dalam kedua dua jenis penulisan itu, baik fiksyen ataupun bukan fiksyen, saya dipengaruhi oleh orang atau penulisan yang berbeza. Saya tidak tahu penulis mana yang mempengaruhi penulisan fiksyen saya tetapi setahu saya, saya terikut ikut dengan gaya penulisan Haji Subky Latif – kolumnis dan bekas editor akhbar Harakah.

Mungkin agak janggal apabila saya mengatakan bahawa saya terpengaruh dengan penulisan Haji Subky Latif sementelahan beliau bukanlah seorang penulis novel atau pengarang sastera. Beliau adalah seorang wartawan, kolumnis, dan penulis politik yang tajam. Penulisan politik dan penulisan sastera adalah dua genre yang berbeza.

Tetapi oleh kerana saya banyak membaca tulisan tulisan beliau di akhbar Harakah Daily, maka gaya penulisan beliau itu telah dipengaruhi oleh saya. Bagaimana gaya beliau menulis? Cuba baca kolum beliau di laman portal berita Harakah Daily itu.

Dalam penulisan bukan fiksyen pula, saya kadang kadang terpengaruh denga gaya menulis Syed Hussein Al-Attas, seorang penulis buku politik yang terkenal. Kadang kadang saya terpengaruh juga dengan gaya penulisan Haji Subky Latif dan kadang kadang pula saya terpengaruh dengan gaya penulisan Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad. Dan entah mengapa, buat masa sekarang ini, saya cuba dipengaruhi dengan gaya penulisan Hishammuddin Rais!

Mungkin anda yang membaca artikel ini, anda beranggapan bahawa saya adalah penulis yang tidak mempunyai identiti penulisan sendiri. Saya boleh bersetuju dengan anda berkenaan dengan soal tetapi bukan semua penulisan saya dipengaruhi dengan gaya penulisan penulis penulis yang saya sebutkan di atas. Artikel yang sedang anda baca ini adalah gaya penulisan saya sendiri.

Mengapa saya boleh terpengaruh dengan gaya penulisan penulis penulis itu? Itu semua berlaku kerana gaya penulisan mereka sedap dibaca dan saya sendiri banyak membaca penulisan penulisan mereka.

Seorang penulis yang baik mesti mempunyai gaya penulisan sendiri. Ia adalah penting supaya kita boleh membuat kelainan dan mencipta identiti penulisan kita sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Penulis yang terpengaruh dengan gaya penulisan orang lain, mungkin boleh berjaya tetapi ia tidak mempunyai identiti diri sendiri.         


Menulis adalah sesuatu yang seronok dilakukan jika kita minat. Tetapi penulis yang baik mesti mempunyai gaya penulisan yang boleh mencipta identiti diri sendiri. 

2 ulasan:

  1. Aku menulis bkn kerna nama kerna sifat kasih mcm lagu lak

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.