Selasa, 9 Ogos 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 25



          "Mana pula laki aku ni? Dah pukul dua pagi tak balik balik? Biasa pukul enam petang dah sampai rumah dah. Call pun tak angkat angkat. Hishh...risau aku.” Norin bermonolog sambil merungut. Puas dia meninjau-ninjau ke luar jendela untuk melihat bayang kereta suaminya namun tetap juga tidak kelihatan. Dia yang sedang berada dalam keadaan risau waktu itu sekadar duduk di salah sebuah sofa yang ada di ruang tamu rumah agam itu. Televisyen yang tidak dipasang dihadapannya itu ditatap dengan penuh rasa bimbang. Hatinya sejak petang tadi sudah mula berasa tidak sedap.

          Sedang dia asyik melayan rasa bimbangnya itn, tiba tiba dia terdengar bunyi ketukan pada pintu rumahnya. Hatinya sedikit lega. Segera dia berlari ke muka pintu untuk menyambut suaminya pulang. Pelbagai soalan yang hendak ditanya kepada suaminya yang pulang lewat pada hari itu. Dia khuatir jika ada apa apa perkara yang buruk berlaku kepada suaminya. Atau adakah suaminya melakukan perkara perkara lain dibelakangnya seperti bermain perempuan contohnya di kelab kelab malam? Ya, dia perlu menyoal suaminya dengan soalan soalan sebegitu persis seorang peguam yang memang menjadi kerjayanya.

          Tatkala dia membuka pintu rumah untuk menyambut kepulangan Shuib, suaminya, yang terpacul di muka pintu itu bukan suaminya sebaliknya anak terunanya, Khairil. Dia menjadi bingung melihat Khairil di muka pintu itu dalam keadaan pucat lesi, tidak bermaya, dan ketakutan. Pelbagai persoalan menujah-nujah kotak fikirannya waktu itu.


          “Eh, ni kan malam Jumaat, kenapa Ril balik? Biasakan Ril balik pagi Ahad? Ril ada tinggal apa apa barang ke?” Soal Norin yang sememangnya berada dalam keadaan bingung.

          Khairil yang semamangnya masih terkejut dan trauma itu tidak terus menjawab soalan Norin sebaliknya dia melangkah masuk ke dalam rumah dan terus memanjat tangga untuk ke biliknya di tingkat dua. Norin yang masih bingung melihat keadaan Khairil itu terus menutup pintu dan mengekori Khairil yang terletak di tingkat tiga rumah agam itu.  

          “Ril, Ril kenapa ni? Ril sakit ke nak?” Tanya Norin lagi setelah dia masuk ke dalam bilik Khairil. Dia melihat Khairil hanya bungkam sahaja duduk di birai katil. Dia melihat Khairil seperti orang yang sedang dirasuk. Jika tadi dia bimbang akan suaminya, sekarang dia bimbang pula melihat keadaan Khairil.

          “Ril, cuba Ril cakap dengan mama, Ril kenapa ni? Ril sakit ke? Ada orang pukul Ril ke? Apa dah jadi kat Ril ni? Kenapa Ril nampak pucat? Ril, please jangan diam je macam ni. Cuba cakap dengan mama.” Norin mendesak dengan bertanya soalan bertubi tubi. Dia lebih risau apabila melihat Khairil yang diam membisu itu. Dia yang duduk di sebelah Khairil di atas katil itu segera menggoncang goncang tubuh Khairil dengan lembut.

          Tidak semena-mena, air mata lelaki Khairil tumpah di situ juga. Segera dia sembamkan mukanya ke dada Norin sambil memeluk wanita itu. Dia sangat sedih, kecewa, dan kesal pada waktu itu. Kelelakian dan maruahnya dicabul dalam masa satu malam sahaja. Duburnya sakit tidak terperi. Dia sememangnya tidak dapat menerima segala ujian yang maha dahsyat itu. Dia sama sekali tidak menyangka, orang yang selama ini dia sanjung dan dia sangka baik, rupa rupanya seorang gay. Dan orang itu juga telah merobek keterunaannya.

          “Ril, kenapa ni sayang? Apa dah berlaku ni? Cuba cerita kat mama please.” Ujar Norin sambil mengangkat kepala Khairil dari dadanya. Dia memandang wajah jambu anak lelakinya yang sememangnya digilai oleh ramai gadis gadis cantik itu.    

          “Ma, Ril kena liwat ma. Ril kena liwat dengan Abang Faiz. Ril dah rosak ma. Ril dah jadi gay.” Khairil lantas memberitahu ibunya tentang apa yang berlaku pada dirinya saat itu. Beberapa titik air jernih menitis dari tubir matanya.

          “What?! Ril kena liwat?! Siapa yang liwat Ril? Cakap, siapa yang liwat Ril?!” Segala apa yang keluar dari mulut Khairil sebentar tadi benar benar mengejutkan Norin. Dia tidak menyangka sama sekali yang anak lelakinya sendiri telah menjadi mangsa kekejaman manusia yang bernafsu songsang.

          “Abang Faiz ma. Abang Faiz!” Jawab Khairil sambil menangis tersedu-sedan.

          “Abang Faiz? Siapa abang Faiz tu? Cakap Ril cakap!” Desak Norin lagi. Suara sudah mula kuat dan keras. Hatinya yang berasa bimbang tadi telah mula diganti dengan rasa marah dan geram.

          “Orang yang selalu ajar Ril tu. Orang yang Ril tumpang tidur bilik dia tiap tiap hujung minggu tu.” Khairil menjawab dengan tangisan yang seolah olah tidak mahu berhenti. Dia benar benar sedih atas apa yang berlaku pada dirinya saat itu.

          “Ya Allah...” Itu sahaja yang mampu keluar dari bibir Norin. Dia tidak mampu berkata apa apa kerana terkejut. Sebelum sebelum ini, Khairil ada menceritakan tentang seniornya yang pandai dan baik hati kerana sering membantunya dalam pelajaran. Sebagai seorang ibu, apabila mendengar cerita cerita sebegitu, dia sangat bersyukur kerana dia beranggapan yang Khairil berkawan dengan orang yang baik baik dan mampu membantunya dalam pelajaran. Namun, dia tidak sangka sama sekali, orang yang dia sangka baik selama ini walaupun mereka tidak pernah bersua muka, telah merosakkan anak lelaki kesayangannya pada malam itu.

          “Ma, bontot Ril sakit ma. Bontot Ril rasa pedih. Ril rasa bontot Ril dah koyak dan berdarah. Ril tak tahu Ril boleh berak ke tak.” Kata Khairil sambil menangis tidak henti henti. Air matanya bercucuran membasahi pipinya yang putih dan licin itu.

          “Ya Allah...” Norin tidak mampu untuk berkata apa apa selain hanya berupaya untuk menarik Khairil dalam pelukannya. Dia mahu mententeramkan anak itu. Dia mahu Khairil berasa selamat di dalam pelukannya.

          “Takpe Ril, Ril jangan risau okay. Jom mama bawa Ril pergi klinik lepas tu kita pergi buat report polis. Biar polis tangkap dia dan masukkan dia ke dalam lokap. Kemudian mama akan buat pendakwaan ke atas dia. Biar dia meringkuk dalam penjara atas segala perbuatan dia terhadap Ril.” Kata Norin dengan penuh rasa marah dan dendam sambil mengusap kepala Khairil. Dia memang marah benar dengan budak yang bernama Faiz itu. Ya, dia akan melunaskan dendamnya pada budak itu kerana telah merosakkan anak lelakinya.

          “Tak payah la ma.” Kata Khairil sambil meleraikan pelukan Norin. Dia memandang wajah Norin dengan pandangan sayu.

          “Kenapa pula tak payah? Dia dah buat Ril macam ni Ril nak biarkan dia lepas macam tu je? No way!” Kata Norin dengan rasa sedikit bingung dengan sikap Khairil.

          “Bukan ini ke yang mama nak? Mama kan pejuang hak asasi manusia. Mama kan nak mengiktiraf golongan gay macam abang Faiz tu. Jadi kenapa mama nak dakwa dia?” Balas Khairil. Dia yang kelihatan lemah tadi tiba tiba kelihatan seperti bersemangat untuk bercakap tentang perkara tersebut dan Norin telah terpempam dengan segala apa yang keluar dari mulut Khairil tadi.

          “Mama tahu tak sebab orang macam mama la golongan macam abang Faiz tu semakin banyak kata Malaysia ni. Mama tahu tak sebab mama la orang macam abang Faiz yang gay tu berani untuk masukkan ‘batang’ dia dalam bontot Ril. Mama sedar tak yang semua ni balasan Tuhan pada mama. Sebab mama sokong perkara yang Allah larang, sekarang Allah timpakan balasan pada Ril, anak mama sendiri. Mama tak rasa ma, tapi Ril yang tanggung sekarang. Terima kasih ma sebab iktiraf dan sokong golongan gay yang lahanat macam abang Faiz tu. Ini kan yang mama nak selama ni? Sekarang Ril dah jadi gay ma. Mama puas hati sekarang?” Ujar Khairil dengan berani. Matanya yang berkaca tadi bersinar garang. Tidak semena-mena, satu tamparan singgah ke pipi Khairil dengan kuat sehingga merah pipi putih milik jejaka berwajah baby face itu.

          “Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Aku ni mama kau tau!” Kata Norin dengan kuat dan segera dia keluar dari bilik itu. Dia benar benar tergamam dan terkejut dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulut Ril itu. Tubuhnya menggigil. Segera dia masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia bersandar di pintu bilik tidurnya lalu terduduk jatuh. Dia benar tidak tentu arah sekarang kerana dia sudah mula menerima hakikat, bahawa apa yang dia lakukan bersama NGO bernama CUCI itu sebenarnya salah. Dan dia juga mula mengerti, bahawa balasan Tuhan kerana telah derhaka padaNya dengan menyokong golongan yang dilaknat olehNya telah sampai kepada dirinya saat itu. Dia benar benar buntu dan keliru sekarang.

          Tiba tiba dia terasa getaran pada poket seluarnya. Dia mengeluarkan telefon pintar canggihnya dari poket seluar itu. Kelihatan ada satu panggilan masuk. Kelihatan nombor suaminya terpapar di skrin sesentuh telefon pintar itu. Segera dia menekan butang JAWAB untuk menjawab panggilan telefon itu.

          “Hello abang! Abang kat mana? Kenapa tak balik balik lagi ni?! Err...ya ya saya isteri dia. Kenapa ye? Siapa ni?... Hah? What?! Ya Allah...!!!!” Norin terus menangis di situ. Dia bukan sahaja menangis tetapi juga meraung. Ya, dia mendapat khabar berita yang buruk dari si pemanggil. Orang yang menghubunginya sebentar tadi bukanlah suaminya sebaliknya anggota polis yang mengurus jenazah suaminya yang mati kemalangan di jalan raya. Dia benar benar sedih. Sedih yang teramat sangat. Lelaki yang dicintainya dan sentiasa menjadi pelindung dirinya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Lelaki itu telah pergi menemui Ilahi buat selama lamanya.

          Norin terus bersandar dan duduk di pintu itu sambil menangis tanpa henti. Dia benar benar rasa kehilangan sekarang. Kehilangan yang sangat berharga dalam hidupnya. Orang yang dia cinta separuh mati telah tiada lagi untuk dirinya. Dia benar benar buntu. Buntu sebuntu-buntunya saat itu. Dan dia terus menangis sampai ke pagi.            

.....................................................................................................................

          Setelah dua hari ditahan di hospital kerana ingin dilakukan bedah siasat, akhirnya jenazah milik Shuib telah selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam yang terletak di ibu kota. Ramai kenalan dan keluarga datang untuk melihat persemadian Shuib di tanah perkuburan itu termasuklah Norin dan Khairil. Sepanjang menerima berita kematian Shuib akibat kemalangan jalan raya itu, Norin tidak henti henti menangis. Begitu juga dengan Khairil namun dia cuba mengawalnya. Sebagai lelaki, dia perlu kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan hidup itu walaupun dia merasakan bahawa separuh hidupnya telah hancur berkecai akibat dinodai oleh seniornya sendiri.

          Setelah semuanya selesai, semua yang hadir ke tanah perkuburan itu pulang ke rumah masing masing. Sebelum pulang, mereka tidak lupa untuk mengucapkan takziah kepada Norin dan Khairil. Mereka juga menasihati Norin supaya bersabar kerana itulah  takdir Tuhan Yang Maha Kuasa. Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah ketentuan Tuhan sejak azali lagi.

          Setelah berteleku di tepi kubur milik arwah Shuib beberapa ketika, Norin pun mengajak Khairil pulang. Walaupun terasa berat untuk melangkah bagi meninggalkan lelaki yang dicintainya di situ, namun dia perlu gagah juga untuk pergi di tanah perkuburan itu. Dia mahu dan dia berharap agar Shuib dapat bersemadi dengan tenang di alam barzakh sana. Dan dia sangat berharap agar Allah dapat mengampunkan segala dosa dosa arwah suaminya itu ketika arwah masih di dunia.  

          Ketika Norin dan Khairil sedang berjalan untuk menuju ke kereta, tiba tiba ada seseorang menegur mereka dengan memberi ucapan salam dari arah belakang. “Assalammualaikum.” Ucap suara itu.

          Segera Norin dan Khairil menoleh ke belakang. Mereka melihat Hafizah sedang berdiri menghadap mereka. Dan tanpa ditunggu tunggu lagi, Norin lantas berlari ke arah Hafizah dan memeluk kakak sulungnya itu. Air matanya tumpah lagi saat itu di atas bahu Hafizah. Hafizah yang sememangnya memahami keadaan itu cuba untuk mententeramkan Norin dengan cara menggosok-gosok belakang adiknya itu.

          “Sabarlah dik. Ini semua ujian tuhan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah yang tertulis buat kita sejak azali lagi.” Hafizah menasihati namun pelukkan tetap tidak dia lepaskan. Dia mahu bersama dengan adiknya di saat saat sedih dan rawan sebegitu.

          Setelah beberapa ketika berada dalam pelukan Hafizah, Norin pun meleraikan pelukan itu. Segera dia mengesat air matanya yang tumpah tadi. “Aku ingat kau tak datang.”

          “Aku datang tapi lambat sikit. Aku kena minta cuti kecemasan kat pengetua aku dulu. Lepas tu baru aku gerak ke sini. Aku sampai masa jenazah Shuib tengah masuk liang lahad. Aku ada nampak kau tadi tapi malas nak pergi kat kau. Aku nak bagi kau masa tengok jenazah Shuib buat kali terakhir.” Balas Hafizah.  

“Ibu dan ayah tak mana? Kau tak bawa diaorang sekali?”

          “Ibu ada bagitahu kat aku yang dia nak datang tadi tapi kau tahu je la keadaan ayah yang berkerusi roda tu. Susah orang tua tu nak bergerak ke mana mana. Jadi aku cakap tak payahlah datang.”

          “Mmm...Hafreez dengan Haliza?”

          “Hafreez pun nak datang sebenarnya tapi tu la, company dia tak bagi cuti. Kalau Hafreez tak datang, Haliza pun tak datang la. Dia mana pandai bawa kereta. Aku nak menjemput pun malas. Kalau aku gi jemput dia, confirm aku tak sempat nak tengok jenazah Shuib dikebumikan. Kau tahu je la rumah aku dengan rumah diaorang kan jauh.” Hafizah memberitahu dan dan Norin sekadar mengangguk.

          “Kau ada bagitahu kat Hamad tak?” Soal Hafizah setelah bersalam dengan Khairil.

          “Dah tapi dia tak balas apa apa pun. Aku call tak angkat. Aku whatsapp tak balas.”

          “Dia sibuk la tu. Kau tahu je la kerja Hamad sebagai pemandu teksi tu. Dia kerja tak macam kita. Ada gaji bulan bulan. Dia sekali bawa teksi, tak makan dia anak beranak.”

          “Yalah, aku faham. Dia tu bukan orang senang.” Kata Norin.

          “Kau tak nak jumpa ibu dan ayah? Jom la kita gi rumah Hafreez. Jumpa ibu dan ayah kat sana.”

          “Nanti dululah long. Aku tengah letih ni. Sedih pun tak hilang lagi. Aku dah okay sikit aku pergi.”

          “Takpelah. Kau rehat la dulu. Tenangkan fikiran. Aku faham keadaan kau. Tapi kau kena kuat Norin. Kau kena tabah. Kau tak boleh lemah. Hidup kau dengan anak kau kena teruskan juga.” Hafizah memberi nasihat.

          “Aku faham long. Terima kasih atas nasihat tu dan terima kasih sebab sudi datang.”

          “Takde apa la. Kita kan adik beradik. Kalau adik beradik tak saling sokong menyokong, siapa lagi? Okaylah, aku nak balik dulu. Kau hati hati ye. Jangan sedih sangat. Jaga kesihatan diri. Ada masa nanti aku datang lagi lawat kau. Dan jangan lupa lawat ibu. Dia selalu sangat tanya pasal kau.”

          “Insha Allah long. Ada masa nanti aku pergi.”

          “Okaylah. Aku balik dulu. Assalammualaikum.” Ucap Hafizah. kemudian dia berjalan meninggalkan Norin dan Khairil di tanah perkuburan itu untuk ke keretanya yang dipakir jauh dari tempat itu. Sebenarnya dia mahu berlama lama di situ dengan Norin namun melihat keadaan Norin yang masih dalam keadaan sedih itu, dia membatalkan hasrat tersebut. Dia tidak mahu mengganggu Norin yang baru sahaja kehilangan suami itu.  

          “Waalaikumussalam.” Balas Norin sambil menghantar Hafizah dengan pandangan mata untuk ke kereta. Kemudian dia dan Khairil berjalan ke keretanya untuk pulang ke rumah.     


           

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.