Sumber : Google |
Setiap penulis pasti ada tempat yang
mereka suka untuk mereka menulis dan mengarang. Blogger juga seorang penulis –
penulis blog – dan sudah pasti seorang blogger mempunyai tempat kegemaran
mereka untuk mereka mencurahkan idea atau menggarap cerita.
Saya ada terbaca tentang seorang
penulis yang mempunyai bilik atau pejabat sendiri untuk mereka menulis di
rumah. Di dalam bilik itulah mereka meghasilkan penulisan mereka yang hebat
hebat itu.
Sebagai penulis – penulis blog – saya
tidak mempunyai tempat yang khusus untuk saya menulis. Tempat menulis saya di
rumah ibu bapa saya ini adalah di mana mana sahaja atau dengan kata lain saya
tidak mempunyai tempat menulis yang tetap.
Ada kalanya saya menulis di dalam
bilik saya yakni di atas lantai. Di tempat inilah saya banyak mengarang cerita
(termasuklah puisi) atau menulis artikel untuk dimuatkan di dalam blog ini. Ada
kalanya juga saya menulis di meja makan dan di meja kecil yang terletak di
ruang tamu. Setelah menghadapi beberapa masalah, sekarang saya menulis di atas
meja bulat yang terdapat di bilik adik perempuan saya.
Pendek kata, saya tidak mempunyai
tempat khusus untuk saya menulis. Di mana mana pun saya boleh menulis asalkan
tempat isu bersih dan selesa.
Berbeza pula ketika saya berada di
kolej. Di kolej, jika saya tidak menulis di atas meja, saya akan menulis di
atas katil dalam keadaan duduk.
Mengapa saya tiada tempat khusus
untuk saya menulis? Mungkin kerana ibu bapa saya tidak menyediakan sebarang
meja yang khusus untuk saya mengulangkaji pelajaran, membaca, dan menulis, jadi
saya tidak mempunyai tempat yang khusus untuk saya menulis.
Mempunyai bilik atau ruang yang
khusus dan selesa untuk menulis adalah suatu perkara yang perlu untuk seorang
penulis terutama bagi penulis sepenuh masa atau blogger sepenuh masa. Mempunyai
tempat yang khusus untuk menulis ini memudahkan seseorang penulis itu untuk
mendapatkan idea yang bernas bagi menghasilkan penulisan yang bermutu.
Namun, sebagai penulis yang serba
kekurangan, jadi saya menulis di mana mana sahaja. Oleh kerana saya menulis
tidak kira tempat, maka komputer riba – pena saya – dilanda kerosakkan yang
bukan sedikit. Oleh sebab berkata pertolongan Allah, komputer riba saya ini
tidak mudah ‘mampus’ seperti mana komputer riba milik kawan kawan saya yang
lain. Amin…
Artikel ini mungkin remeh bagi
sebilangan anda yang membacanya. Namun bagi saya ia bukan remeh. Sangat penting
untuk seorang penulis mempunyai ruang yang betul untuk mereka menulis. Kerana
karya yang hebat bukan sahaja lahir daripada tangan penulis yang hebat, malah
lahir juga dalam bilik menulis yang hebat!
Saya menaip dan mengedit artikel dimana-mana. Asalkan ada kesempatan dan tak penat.
BalasPadam