Sumber : Google |
Dahulu blog adalah medium popular
untuk orang ramai menulis, menyampai pandangan, melontarkan kritikan, menjalinkan
persahabatan dan mendapatkan maklumat tetapi kini, peranan blog sudah mula
diambil alih oleh Facebook dan Twitter. Ini kerana, Facebook dan Twitter adalah
laman sosial terbaru yang mudah dikendalikan berbanding mengandalukan sebuah
blog.
Oleh sebab itu, pada masa kini,
penggunaan blog telah menjadi semakin mengecil sejak adanya Facebook. Ramai orang
berlumba lumba membuka akaun Facebook dan Twitter sehingga para blogger pun
sudah tidak lagi menulis di blog tetapi ‘ghairah’ menulis di Facebook. Bukan
sahaja ramai blogger yang sudah ‘lari’ ke Facebook dan menggelar diri mereka
sebagai Facebooker, penulis blog yang masih menulis di blog pun sudah mempunyai
akaun Facebook sendiri.
Orang suka menggunakan Facebook
kerana ia mudah untuk dikendalikan, dapat mewujudkan jaringan persahabatan yang
lebih luas (berbanding blog!), dapat mencari semula rakan rakan lama, dan
maklumat dapat disebarkan dengan lebih cepat. Berbanding dengan Facebook, blog
tidak dapat membuat semua itu walaupun peranan blog itu sudah diambil sedikit
demi sedikit oleh Facebook.
Meskipun Facebook dan Twitter
merupakan media sosial yang terhangat pada masa kini (mungkin ada yang lebih
hangat lagi tetapi saya tidak menggunakannya), namun masih ada ramai lagi
penulis blog di luar sana yang menggunakan blog untuk menulis dan menyampaikan
pendapat dan pemikiran mereka. Mereka lebih selesa untuk ‘berkarya’ melalui
blog berbanding Facebook.
Ini mungkin disebabkan kerana mereka
boleh menulis sepanjang mana yang mereka mahu di blog berbanding Facebook. Di
Facebook, memang kita boleh menulis sebuah karangan dalam sesuatu post
tetapi persoalannya berapa ramai yang mahu membaca tulisan kita yang panjang
berjela begitu? Orang yang melayari Facebook kebanyakkan tidak suka membaca
‘karangan’. Mereka suka menonton video, melihat gambar, dan membaca tulisan
yang ringkas dan padat.
Apabila kita menulis sesuatu maklumat
di blog, maklumat kita itu boleh diakses melalui enjin carian Google. Facebook
juga mungkin boleh diakses di enjin carian Google tetapi Google akan
mengutamakan blog dahulu berbanding Facebook untuk dikeluarkan pada muka surat
pertama enjin carian mereka.
Jika kita menulis di blog, kita boleh
mencari semula tulisan tulisan lama kita yang berusia sepuluh tahun dahulu.
Berbanding Facebook, kita mungkin boleh mencari semula tulisan tulisan lama itu
tetapi ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Walau bagaimanapun, menulis atau
mengendalikan sebuah blog bukan perkara yang mudah. Kita perlu menulis sesuatu
yang bermanfaat dan menarik serta mesti dilakukan secara konsisten (berterusan)
untuk menjadikan blog anda dikenali. Bagi menjadikan blog anda sebuah blog yang
terkenal, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pelbagai perkara yang perlu
anda lakukan untuk mempopularkan blog anda.
Seandainya anda seorang yang tidak
suka menulis, malas menulis, cepat berputus asa, tiada matlamat dan tidak berdisiplin dalam
menulis, blog bukanlah media sosial yang bagus untuk anda. Gunakan sahaja
Facebook untuk menyampaikan pendapat atau melontarkan pemikiran secara ringkas
dan padat kerana ia lebih sesuai dengan diri anda.
Blog mungkin agak ketinggalan zaman
bagi sesetengah orang tetapi ia masih melekat di hati ramai orang. Walaupun
Facebook menjadi pilihan, tetapi blog tetap tidak boleh ditinggalkan!
tulah lately ni blog tak meriah macam tahun tahun yang lepas..
BalasPadamfollow sini #195
follow back, keep in touch okay :)