Sumber : Google |
Ramai orang menuduh Prof. Dr. Ridhuan
Tee Abdullah, seorang ahli akademik, kolumnis dan pendakwah terkenal sebagai
lebih Melayu dari Melayu. Tanggapan itu dicampakkan kepada beliau kerana beliau
sering membela agama Islam dan orang Melayu (kerana majoriti orang Melayu
beragama Islam) di dalam setiap penulisannya di akhbar Sinar Harian. Pelbagai
tuduhan dilemparkan kepada beliau antaranya lebih Melayu dari Melayu, Cina lupa
diri, agen UMNO, pengkhianat dan sebagainya. Kemaluan beliau yang tidak
berkulup itu pun menjadi sasaran media ultrakiasu untuk menghentam dan menghina
beliau.
Tuduhan lebih Melayu dari Melayu yang
dilontarkan kepada beliau itu datangnya daripada ultrakiasu yang tidak dapat
menerima kebenaran dan teguran di dalam setiap penulisannya di Sinar Harian.
Mereka menjadi gerun dengan beliau kerana berani mendedahkan rahsia, helah, dan
kebobrokkan ultrakiasu yang selama ini tersimpan rapi. Sebagai orang Cina,
beliau lebih mengenali bangsa Cina ultrakiasu lebih daripada bangsa Melayu
sendiri. Penulisan beliau itu sedikit sebanyak menggugah agenda jahat
ultrakiasu yang mahu menjahanamkan Islam dan Melayu di Malaysia maka ultrakiasu
pun membuat pelbagai cara termasuklah memfitnah beliau di dalam akhbar akhbar milik
mereka bagi mematahkan pena beliau yang tajam itu.
Bukan hanya ultrakiasu, orang Melayu
yang beragama Islam sendiri pun ramai yang membenci beliau. Biasanya orang
Melayu yang berfikiran liberal sahaja yang sangat sangat membenci kepada
beliau. Orang Melayu yang buta mata hati, kurang iman, kurang ilmu dan tidak
sedar diri ini akan mencari cara untuk menjatuhkan reputasi beliau sebagai
seorang pendakwah dengan membuat pelbagai fitnah seperti beliau adalah agen
UMNO supaya masyarakat memandang hina kepada beliau seterusnya
membakul-sampahkan penulisan penulisan dan teguran teguran yang dibuat oleh
beliau.
Sebenarnya Dr. Ridhuan Tee bukanlah
lebih Melayu dari Melayu. Beliau sebenarnya hanya mengasimilasikan diri beliau
dengan penduduk pribumi di negara ini. Seperti mana bangsa Cina di Thailand,
Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia, Filipina, dan banyak lagi tempat
tempat lain di dunia, mereka mengasimilasikan diri mereka dengan penduduk
tempatan seperti menghormati hak bangsa pribumi, memakai nama bangsa pribumi,
bercakap dalam Bahasa bangsa pribumi, memakai pakaian rasmi bangsa pribumi dan
tidak membuat sesuka hati di negara yang mereka berhijrah. Apa yang dilakukan
oleh bangsa Cina di tempat tempat lain itu, telah diikuti oleh Dr. Ridhuan Tee di
negara ini.
Thaksin Shinawatra dari Thailand dan
Corazon Aquino dari Filipina adalah contoh contoh pemimpin berbangsa Cina di
negara masing masing. Mengapa mereka boleh diterima oleh penduduk pribumi
sebagai pemimpin? Kerana mereka mengasimilasikan diri mereka dengan penduduk
pribumi. Identiti kecinaan yang ada dalam diri mereka mereka buang sedikit demi
sedikit supaya mereka boleh bergaul mesra dan tinggal harmoni di negara mereka
berhijrah.
Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh
semua ultrakisu di Malaysia, mengasimilasikan diri mereka dengan penduduk
pribumi. Tetapi oleh kerana mereka ini tidak sedar diri dan terlalu diberi muka
oleh pihak kerajaan, mereka menjadi besar kepala lalu membuat sesuka hati
terhadap penduduk pribumi khususnya orang Melayu. Mereka bukan sahaja menindas
bangsa pribumi dalam bidang ekonomi, malah mereka mempertikai pula hak bangsa
pribumi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Malah ada pula diantara
mereka yang berani mendakwa Melayu pun bangsa pendatang!
Oleh kerana sikap keras kepala dan
besar kepala yang ditunjukkan oleh mereka, maka masalah perkauman masih tidak
dapat dibasmi secara menyeluruh di Malaysia walaupun Malaysia sudah hampir 60
tahun mengecapi kemerdekaan. Masalah perkauman memang tidak akan selesai selagi
ultrakiasu masih berdegil, tidak mahu mengasimilasikan diri mereka dengan
penduduk pribumi seperti orang Melayu serta penduduk pribumi di Sabah dan
Sarawak.
Dr. Ridhuan Tee memang tidak patut
dipersalahkan jika dia mengambil sikap lebih Melayu dari Melayu kerana itulah
sikap yang mesti diambil oleh semua ultrakisu jika masalah perkauman mahu di
atasi di negara ini. Mana mana pemimpin Melayu dan orang Melayu yang menuduh
Dr. Ridhuan Tee dengan tuduhan semacam itu, jelas mereka adalah penjilat nombor
wahid kepada ultrakiasu. Mereka masih lagi tidak membuka minda mereka supaya
berwaspada dengan agenda jahat ultrakiasu yang mahu menghancurkan Islam dan
Melayu di Malaysia.
Kita sebagai umat Melayu dan Islam
mesti memandang berat akan segala teguran yang dibuat oleh Dr. Ridhuan Tee di
dalam tulisan tulisannya supaya minda kita boleh terbuka agar lebih berwaspada
dengan segala agenda agenda jahat yang mahu dilakukan oleh ultrakiasu di negara
ini. Kita jangan sesekali percaya dengan ultrakisu kerana mereka akan mengambil
apa sahaja peluang untuk menghancurkan kita. Tidak mustahil nasib umat Islam di
Malaysia akan sama dengan nasib umat Islam di Singapura.
Kesimpulannya, marilah kita berdiri
teguh di belakang Dr. Ridhuan Tee supaya agama Islam dan bangsa Melayu dapat
dipertahankan sampai bila bila dengan mengambil cakna akan setiap penulisan dan
tegurannya. Jika kita tidak berwaspada dari sekarang, jangan menyesal seumur
hidup apabila Islam dimusnahkan oleh tangan tangan jahat yang dimiliki oleh
ultrakiasu. Bukan hanya Islam, Melayu pun akan turut dimusnahkan oleh ultrakisu
yang sangat benci dengan kita!
Bila hati telah mencintai Islam, segala-galanya akan kita utamakan. Saya suka Dr Rhiduan Tee ni.. Moga semangatnya dapat membuka hati-hati kita semua.
BalasPadamTeruk betul mereka kutuk Dr Ridzuan. Zumal suka dengar ceramah Dr Ridzuan
BalasPadam