Isnin, 10 Ogos 2015

RAMAI PEMBODEK, NEGARA TERGOLEK

Sumber : Google

Keputusan Najib menggugurkan Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO) dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa mengumumkan barisan kebinet barunya telah menggemparkan seluruh negara lebih lebih lagi apabila dia melantik Zahid Hamidi (Naib Presiden UMNO) untuk menduduki jawatan itu. Jelas, Najib telah melanggar tradisi yang dipegang oleh UMNO selama ini iaitu Timbalan Perdana Menteri mestilah dari Timbalan Presiden UMNO kecualilah dalam kes kes tertentu.

Orang ramai menjadi keliru dengan tindakan Najib itu kerana yang bersalah dalam isu 1MDB dan pelbagai lagi isu adalah Najib tetapi mengapa Muhyiddin dan Shafie Apdal pula yang menjadi mangsa? Sepatutnya Najiblah yang perlu ‘dibuang’ dari kabinet, bukannya Muhyiddin mahupun Shafie.

Oleh kerana kedua dua tokoh politik UMNO ini telah tidak bersetuju dengan cara Najib menangani isu 1MDB, maka mereka pun dibuang. Itulah hakikat yang orang terima walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Najib dan kabilahnya. Maka, Najib telah menjadi sama seperti Mahathir dahulu iaitu ‘membunuh’ musuh politik dan pengkritiknya bagi menyelamatkan kuasa politik mereka berdua.


Tindakan Najib itu jelas tidak bijak dan memakan dirinya sendiri. Tindakan yang dibuat oleh Najib itu menyebabkan rakyat Malaysia tambah benci kepadanya. Tidak mustahil dengan tindakan dungu Najib itu akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional akan terhukum pada PRU akan datang.

Semua orang tahu bahawa menteri dan timbalan menteri yang berada dalam kabinet Najib sekarang adalah terdiri daripada kaki kipas dan kaki bodek. Mereka langsung tidak mahu menegur Najib yang jelas telah melakukan banyak kesalahan semasa pentadbirannya oleh kerana mereka takut kehilangan pangkat, jawatan dan kuasa. Segala kesalahan yang Najib lakukan mereka diamkan seribu bahasa. Maka, Najib terus bermaharajalela membuat apa sahaja untuk mengukuhkan kuasa politik sementaranya dan mengeluarkan kenyataan kenyataan dungu seperti mendakwa RM2.6 bilion yang terkandung dalam akaun peribadinya adalah daripada duit derma!    

Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin yang dianggap sebagai pemimpin pelapis yang berani, berkarisma dan berilmu juga sudah kehilangan bisa kerana telah ‘dikasi’ oleh Najib dengan jawatan Menteri Belia dan Sukan. Pemuda UMNO yang sepatutnya menjadi kumpulan pengimbang dan pendesak di dalam UMNO seperti di era Datuk Harun Idris dan Tan Sri Jaafar Albar telah tumpul perjuangannya kerana telah disumbatkan dengan pangkat dan harta.

Bukan itu sahaja, wartawan, blogger, ahli akademik, ketua ketua pertubuhan bukan kerajaan, pegawai tinggi kerajaan dan kebanyakkan ahli ahli UMNO juga menjadi kaki bodek dan kaki kipas Najib semata mata tidak mahu kehilangan jawatan dan pangkat. Mereka menghalalkan perbuatan Najib yang jelas salah itu dengan mengeluarkan pelbagai hujah hujah dangkal untuk menyatakan sokongan padu mereka terhadap pimpinan Najib yang lemah dan bermasalah itu. 

Sikap yang ditunjukkan oleh manusia manusia kaki bodek ini akan menyebabkan negara terus berada dalam keadaan bermasalah. Negara terus dihambat dengan pelbagai bala terutama dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana negara mempunyai Perdana Menteri yang jelas tidak bagus.

Sebagai manusia yang berilmu, mempunyai kuasa, dan mempunyai kepentingan dalam masyarakat, mereka perlu berani menentang segala kemungkaran yang dilakukan oleh Najib dan kabilahnya. Mereka tidak boleh takut kerana ketakutan mereka itu akan menyebabkan negara menjadi musnah dan jahanam. Adakah mereka mahu melihat negara ini musnah baru mereka mahu bertindak?

Saya angkat topi dengan sebilangan rakyat Malaysia yang masih berpihak kepada kebenaran dan terus melakukan kritikan kepada Najib terutama di media media sosial. Tindakan mereka itu, walaupun tidak memberi kesan besar bahkan tidak membawa apa apa perubahan dalam pentadbiran Najib, namun sedikit sebanyak mampu membuatkan Najib tersentak bahawa apa yang dilakukannya itu tidaklah mendapat sokongan daripada rakyat marhaen seperti yang didakwanya. Cuma dia sahaja yang masih ‘syok sendiri’ kerana menyangka bahawa ramai rakyat masih menyokongnya terutama ahli ahli UMNO yang berjumlah tiga juta orang itu.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, dan negara janganlah menjadi manusia yang kaki bodek dan kaki kipas. Nyatakanlah kebenaran jika benar pemimpin kita melakukan kesalahan. Kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan pemimpin kita terus bermaharajalela menjarah harta negara ini sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah. Kita mesti berani untuk menegur dan mengkritik pimpinan negara yang bermasalah supaya negara tidak ‘tergolek’ pada bila bila masa sahaja.


4 ulasan:

  1. bila pemimpin hanya pentingkan diri maka jadi la pengipas tegar.....tapi kita kena ingt....Allah itu Maha Adil....perkara yg busuk lama2 terbongkar jua...walaupun ditutup rapat sekali pun....

    BalasPadam
  2. Saya menyokong penuh mengenai apa yang ditulis ini. Semua menteri, timbalan menteri, pegawai-pegawai pengurusan tertinggi kerajaan dan ahli-ahli umno takut kehilangan jawatan,pangkat dan kemewahan sehingga mereka menghalalkan apa yang telah dan sedang terjadi scenario pentadbiran kerajaan masa kini.

    BalasPadam
  3. Apalah kesudahan nasib kita bila semua yang di atas adalah kayu...

    BalasPadam
  4. Lebih ramai yang mengambil pendirian tunggu dan lihat dengan 'kebodohan' najib dan para pemimpin negara. Sama ada dibalas dengan memangkah parti lain pada pru14 atau tunggu habuan lebih lumayan melalui kaedah politik kotor dan jijik najib dan rosma..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.