Sumber : Google |
Dosa yang engkau lakukan sudah terlalu
banyak,
Tetapi sengaja engkau pijak-pijak,
Menjatuhkan setitis demi setitis air
mani,
Ke dalam rahim seorang gadis suci,
Untuk melahirkan benih yang bakal mati.
Sudah banyak kesalahan yang sudah
engkau lakukan,
Malangnya tiada sedikit pun rasa
penyesalan,
Iman dan taqwa yang menjadi pegangan,
Telah lama engkau persetankan.
Engkau bukan hanya seorang penzina,
Tetapi adalah seorang pembunuh juga,
Sedikit pun di hati engkau tiada belas kasihan,
Tatkala riwayat bayi itu engkau
tamatkan.
Tuhan sering membuka pintu keampunan,
Supaya engkau boleh mengejar keinsafan.
Engkau yang bergelar seorang manusia,
Bukanlah binatang yang tinggal di rimba,
Usah sesekali engkau membakulsampahkan,
Bayi yang tidak mempunyai kesalahan,
Hanya kerana engkau yang bikin
kesilapan.
Zaman sudah semakin menggila, bukan naksalah kan zaman ataupun era sekarang ini. Tapi semakin ramai manusia yang tak berpandukan ajaran agama, buat dosa yang berganda-ganda...kemana lah hati nurani mereka...?? sedih tengok gambar baby tu, baby tu tak berdosa....syurga buatmu baby..
BalasPadammembunuh insan kecil begitu adalah tanda hatinya sudah mati dengan nilai kemanusiaan..
BalasPadamApabila zina dan dosa semakin berleluasa..
BalasPadam