Rabu, 15 Julai 2015

MELAYU : BANGSA PENAKUT, LEMAH, DAN BACUL!

Sumber : Google

Entri ini masih berkisar tentang pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat dua hari yang lalu. Saya tertarik dengan kata kata seorang remaja Melayu yang dipukul secara beramai ramai oleh peniaga Cina di plaza itu iaitu ‘Melayu tengok je ke?’ apabila dia dan kumpulannya yang seramai tujuh orang itu mendapati tidak ada seorang pun orang yang berbangsa Melayu di situ membantu mereka yang dipukul secara beramai ramai.

Saya tidak berniat untuk menghina bangsa saya sendiri tetapi sebagai orang Melayu, saya amat sedih melihat anak Melayu dipijak beramai ramai oleh orang Cina tanpa orang Melayu dapat berbuat apa apa sekalipun kejadian itu berlaku di hadapan mata mereka. Jadi tidak salahlah jika saya menggelar orang Melayu di situ sebagai penakut, lemah lagi bacul!

Sepatutnya sebagai orang yang sebangsa juga seagama, mereka sewajarnya membantu menyelamatkan remaja Melayu itu dari dipukul secara beramai ramai. Ataupun setidak tidaknya mencari cara untuk menenangkan keadaan bukannya sekadar memerhati atau mengangkat telefon pintar untuk merakam setiap inci kejadian yang berlaku.


Jika keadaan seganas itu pun, orang Melayu diam tidak berkutik tanpa mampu berbuat apa apa, saya tertanya tanya jika ada bangsa asing menghina agama Islam, bangsa Melayu, Raja Raja Melayu, Bahasa Melayu, Nabi Muhammad, Allah dan sebagainya seperti yang biasa kita lihat di media media sosial, apakah orang Melayu akan berani untuk mempertahankannya?

Melihat kepada situasi yang berlaku, saya percaya orang Melayu hanya akan berpeluk tubuh sahaja kerana mereka adalah bangsa yang lemah, penakut dan bacul! Jangan hairan bin terkejut jika nasib bangsa Melayu akan terus malang oleh kerana kebaculan anak bangsanya sendiri.

Orang Melayu pada zaman ini tidak lagi seberani orang Melayu zaman dahulu memandangkan perasaan cinta pada agama dan bangsa mereka semakin pudar. Orang Melayu pada zaman ini suka untuk berhibur, menyanyi dan berpolitik daripada memahami segenap sendi bangsa dan agama Islam itu sendiri. Akibatnya, orang Melayu telah tertindas dan akan terus ditindas sampai bila bila.

Saya teringat satu kata kata daripada datuk tok guru saya yang berbangsa Cina Muslim : ingatlah, Cina tidak akan sesekali jadi Melayu tetapi Melayu yang suka menjadi Cina. Pada awalnya saya tidak berapa faham apa yang cuba disampaikan oleh tok guru saya itu tetapi apabila saya merenungi secara mendalam akan perkara yang menimpa bangsa saya pada hari, barulah saya mampu memahaminya.

Di dalam dunia ekonomi, orang Melayu terpaksa melutut dan menyembah kaki orang Cina untuk mendapatkan keperluan harian mereka seperti beras, gula, tepung dan sebagainya. Bukan itu sahaja, untuk mendapatkan telefon pintar berjenama Oppo dan Lenovo pun orang Melayu terpaksa menyembah kaki orang Cina untuk mendapatkannya. Oleh sebab itulah, penipuan, barangan tiruan, kegiatan sorok barang, dan percampuran makanan haram dalam makanan orang Melayu masih berlaku pada hari ini.

Seandainya orang Melayu ramai yang terlibat dalam dunia perniagaan, saya yakin masalah ini tidak akan berlaku. Jika orang Melayu mampu untuk menguasai perniagaan perniagaan penting seperti pembuatan makanan misalnya, saya yakin isu gelatin babi dan kilang kotor tidak akan kedengaran. Tetapi, oleh kerana orang Melayu lebih gemar berpolitik, berhibur dan berpecah belah, maka untuk orang Melayu menguasai ekonomi negara sukar untuk dilaksanakan.

Kuasa politik adalah satu satunya harta untuk orang Melayu terus bertahan di bumi Malaysia ini. Sekiranya kuasa politik ini hilang, saya yakin orang Melayu akan merempat di negara mereka sendiri. Jika dilihat daripada tindak tanduk orang Melayu itu sendiri, merekalah yang sebenarnya adalah salah satu punca kuasa politik Melayu ini semakin terhakis. UMNO terpaksa menyembah MCA dan MIC untuk terus kekal berkuasa manakala PAS pula terpaksa menyembah DAP untuk bersemayam di Putrajaya.

Oleh sebab itulah, apa pun yang orang kafir lakukan terhadap orang Islam pada hari ini termasuk membuat penghinaan terhadap Islam di media sosial, orang Melayu yang beragama Islam terutama pemimpin mereka hanya berpeluk tubuh sahaja. Mereka takut dan bacul untuk bertindak kerana khuatir kuasa politik mereka akan hilang. Lebih parah lagi ada yang menyokong perbuatan laknat itu.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa orang Melayu dari pemimpin hinggalah ke anak buahnya adalah bangsa yang penakut, lemah dan bacul! Mereka tidak mampu untuk mempertahankan Islam dan Allah yang suci itu apatah lagi untuk mempertahankan anak bangsanya daripada dipijak beramai ramai oleh orang orang Cina.

Wujud persoalan di benak saya, sekiranya orang Melayu terpaksa memilih antara Islam dan rasa takut pada orang kafir, manakah pilihan orang Melayu? 


4 ulasan:

  1. Layu tak layu ,mekar pn tak mekar lah sngat..lemahnya semangat melayu? jadi apa yg di gembar gembur dlm hikayat lama melayu/ hang tuah tu adalah mitos semua nya bukan kebenaran sebagai sandaran tapi satu pembohongan sejagat untk keturunan melayu am nya...sungguh sedih skali

    BalasPadam
  2. Faktor2 Melayu lemah :

    1. Org2 Melayu tinggalkan agama Islam.. bermaksud, Islam hanya tinggal pada nama.

    2. Org melayu juara maksiat..budak2 mlayu skrg lbih suke abiskan mase dgn motor bapak merempit sana sini, berbanding belajar menuntut ilmu sungguh2

    3. Dengki sesama melayu..pantang bangsa sndiri berjaya, sifat hasad mule berputik..mule la cari jalan nk menjahanamkan org tu.. hantar sihir lah , hntr tu la ni la

    4. Wujudnya sifat kasar sesama Melayu.. melayu dengan bangsa lain punyalah hormat dan penyantun, tapi bersifat keras dan kasar dengan sesama melayu..berlagak ala mafia, taiko sesama Melayu..tapi dengan bangsa lain pengecut ..takut dengan cina..macam article kat atas..

    5. Org Melayu taknak bersatu..suke berpecah belah dan berpuak puak.. bergaduh mcm lembu bodoh sesama Melayu hanya pasal berbeza pendapat dlm politik( tak sehaluan )..

    Ada bnyk lagi, anda kne fikir2kn..so mari kita sama2 doakan keselamatan dan kesejahteraan utk negara kita yg kita cintai ini.. semoga Allah yg Maha Perkasa melindungi kita semua Amin

    BalasPadam
  3. Saya Melayu dan sgt setuju Melayu bangsa bacul, penakut dan tak pandai bersaing. Bukti jelas ada di sekeliling kita. Tapi saya tolak anggapan Melayu lemah kerana tinggalkan agama Islam yg sebenar. Jika Melayu bukan majority Islam sekalipun dah memang jelas DNA orang Melayu ni lemah. Ada tokoh hebat yg 2 3 kerat tapi majoritinya tetap lemah. Semua bermula dari sifat yg diwarisi dari ibu keturunan tu.. lemah, akal pendek, pasif agressif hinggalah terlihat dlm sosio politik dlm masyarakat Melayu itu sendiri sejak turun temurun. Bandingkan sendiri dengan kaum lain.. Allah dah takdirkan mereka ni bersama dengan kita dlm negara ni utk kita guna akal untuk bandingkan, cuba buat perbandingan perempuan Melayu vs perempuan kaum lain yg lebih progresif. Nilai2 juang sejak berzaman tu diturunkan melalui sifat mereka walaupun dunia semakin canggih. Memang benar org kata Melayu tunggang kemuliaan Islam sahaja, kalau Melayu ni tak beragama Islam lagilah hampas di mata orang.
    Sikap yg paling ketara dlm majoriti orang Melayu ialah berpolemik, beretorik, malas berfikir, menunggang Agama. Dalam hidup nak kerja mudah shj.. sampai jadi ikutan majority.. ada yg bijak pandai tapi in the end tenggelam jugak dek majoriti kaum dia sendiri.
    Kalau ada yg mengatakan bahawa org Melayu turun temurun berpegang teguh pada Islam hinggakan byk sikap pasif yg diwarisi sebab orang Melayu ni bersikap mengejar keharmonian dan kejar akhirat. Itu cuma alasan utk melengah2kan perubahan kearah yg lebih kompetitif dan baik, sama mcm nak melengah2kan kerja org lain. Sikap PHD paling halus dalam tak sedar. Cth, bila org pegi kedai atau nak dapatkan servis dia, mcm pelanggan tu la pulak yg mengemis. Kalau bekerja dalam GLC tak boleh menilai pekerja berdasarkan merit. Bangsa lain dah lama praktik speak up policy in the workplace tapi kita masih lagi dgn senior junior relationship yg tak bertempat. Perkara2 diatas ni lah yg membuatkan org Melayu disiplin rendah, jatidiri murah dan akhirnya lahirlah bacul dan penakut. Tak perlu petik agama, kaum lain, kolonialisasi, budaya kuning sebagai punca semua ni... majoriti lemah dan pengecut so kaumnya dichop begitulah.. that's just fair, thats how nature works. Serupa mcm kita associate keling dan ular which is memang betul pun for majority of them. Natural born lawyers.. selagi boleh pusing, pusing lagi Halim!
    Org Cina pula rata2 di seluruh dichop sebagai rajin sebab majoriti mereka mmg rajin pun.
    Aku Melayu, earning 6 figures, boleh kata berjaya lah dlm hidup. Tuntutan agama ditunaikan tanpa miss.. kacang. Tapi bila nak tolong sesama Melayu dlm pekerjaan cthnya, ibarat melepaskan anjing tersepit.. makan diri, makan dalam kita dibuatnya.
    ~minoriti dlm majority~

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.