Khamis, 23 Julai 2015

PEMUDA ISLAM

Sumber : Google


Engkau bagai lahar yang panas,
Di dalam gunung berapi yang bisu,
Biasanya keberanian itu terlihat,
Dan ketakutan pun terlindung jua.

Keberanian bukan hanya pada jiwa,
Keberanian hanya untuk agama,
Biarlah salah di mata mereka,
Itulah perbezaan antara kita dengan mereka.

Ku minta kau kan berjuang,
Walaupun di pandang hina,
Membela bangsa dan agama,
Agama Islam dan bangsa Melayu namanya.
 
Suatu hari nanti,
Islam akan ditindas,
Tiba tika itu,
Angkatlah senjata,
Dan lawanlah mereka,
Di situ kita lihat,
Siapa penakut dan siapa pejuang,
Penjilat akan jadi si penakut,
Pembela akan jadi si pejuang,

Bukan rekaan yang aku nyatakan,
Tetapi keyakinan yang amat mendalam.

Kerana Islam pada waktu ini,
Bagai menggengam,
Seketul bara yang sedang menyala.


3 ulasan:

  1. Sangat benar kalimah terakhir itu. Semoga umat Islam diberikan kekuatan menghadapi dunia yang begitu mencabar ini.

    BalasPadam
  2. Mudah-mudahan umat Islam tetap teguh dan berjuang demi agama yang Benar ini, Amin.

    BalasPadam
  3. semoga kita sntiasa genggam Islam sebagai pegangan...spya tidak terpesong..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.