Khamis, 16 Julai 2015

HAJI HADI LEBIH DEMOKRATIK DARIPADA NAJIB



Baru baru ini, Presiden UMNO, Najib Tun Razak telah membuat pengumuman bahawa pemilihan UMNO yang dijangka akan dibuat pada tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Ini bermakna, UMNO akan mengadakan pemilihannya pada tahun 2018. Mungkin PRU 14 akan berlangsung pada waktu itu dan pemilihan UMNO saya fikir akan berlangsung selepas pilihanraya.

Jika kita memahami lekak lekuk politik, jelas menunjukkan Najib sengaja menangguhkan pemilihan UMNO untuk menjaga kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri. Sekiranya pemilihan UMNO dijalankan juga pada tahun hadapan, semua orang tahu jawatan Najib itu akan dicabar. Bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, Najib telah meminta Majlis Tertinggi UMNO supaya membuat penangguhan terhadap pemilihan itu.

Sebagai Perdana Menteri paling bermasalah, Najib tahu kedudukan beliau tidak pernah selamat. Mungkin dia ada terdengar bisik bisik dari orang orang tertentu yang mengatakan bahawa jawatan Presiden UMNO itu mahu dicabar bagi menyingkirkannya sebagai Perdana Menteri, maka dia terpaksa mengambil keputusan menangguhkan pemilihan tersebut.


Bukan hanya rakyat marhaen, ahli UMNO dan pemimpin UMNO juga tidak sukakan Najib. Mereka sentiasa mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan Najib secara senyap senyap. Jika Najib kekal berkuasa, UMNO pula yang akan terluka.  Bagi menyelamatkan UMNO, Najib perlu disingkirkan dari singgahsana kuasa. Jalan terbaik menyingkirkan Najib adalah melalui pemilihan UMNO. Namun, dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Najib itu, maka matilah impian besar mereka. 

Najib tahu segala masalah yang membelengu dirinya menyebabkan dirinya dicabar. Maka, suka atau tidak, Najib perlu berbuat sesuatu untuk mengekalkan kuasanya. Najib tahu jika dia dicabar, dia pasti akan kalah teruk. Jalan terbaik untuk mengelakkan dirinya daripada dicabar, dia perlu membuat pengangguhan.

Jika dipandang secara tembus, apa yang terjadi pada Najib kini hampir terjadi kepada Haji Hadi – Presiden PAS. Hadi dianggap sebagai ‘Pak Lah versi PAS’ oleh Dr. Aziz Bari, seorang ahli akademik pro pembangkang dan seorang Pakar Perlembagaan kerana kelemahan kepimpinannya. Sudah tentulah anggapan tersebut sedikit sebanyak mencemarkan imej Haji Hadi selaku Presiden lalu membuatkan ahli ahli PAS mula berkira kira untuk menggantikan Hadi dengan orang lain. 

Bukan itu sahaja, ketegasan Hadi terhadap pelaksanaan hukum Hudud, keterbukaan Hadi untuk bersama dengan UMNO, ketidakpatuhan Hadi dalam Pakatan Rakyat, serangan pemimpin DAP dan pelbagai perkara lagi telah menyebabkan Hadi ingin dicabar. Maka, keluarlah Ahmad Awang untuk mencabar Hadi merebut jawatan Presiden PAS dalam muktamar PAS yang lalu. Semua orang dapat merasakan bahawa Hadi mungkin kalah dalam pertarungan itu namun tuah masih berpihak kepada diri Hadi, dia menang jawatan Presiden PAS menewaskan Ahmad Awang.

Jika ditelusuri politik Hadi dan politik Najib, jelas politik Hadi lebih terbuka walaupun Hadi dituduh sebagai pemimpin dan ulamak yang konservatif. Hadi tidak menangguhkan pemilihan partinya dan dia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menentangnya. Jelas Hadi lebih berani, demokratik, terbuka dan telus berbanding Najib yang penakut itu.

Keputusan Najib menangguhkan pemilihan UMNO itu telah membuatkan rakyat bertambah meluat kepadanya. Ramai yang tidak sabar sabar mahu Najib berundur dan cara terbaik untuk mencapai maksud itu adalah melalui pemilihan UMNO. Rakyat ternanti nanti siapakah pemimpin UMNO yang mahu menjadi ‘jebat’ dengan melawan Najib merebut jawatan Presiden UMNO. Namun, harapan rakyat berkecai dengan keputusan Najib dan MT UMNO itu.

Najib juga tahu UMNO umpama kapal mahu karam pada waktu ini. Mungkin UMNO akan tenggelam dalam gelombang kemarahan rakyat pada PRU akan datang. Mungkin Najib berfikir dengan menangguhkan pemilihan itu, UMNO dapat diperkukuhkan untuk menghadapi PRU. Sebenarnya, Najib sudah terlepas pandang terhadap satu perkara, untuk memperkukuhkan UMNO adalah dengan cara beliau berundur dari jawatan Presiden UMNO. Sekiranya beliau masih berdegil, UMNO pasti akan terkuluhum pada PRU 14.

Sikap Najib yang kepala batu itu akan menyebabkan UMNO dilihat semakin tidak relevan untuk memerintah negara ini. Rakyat marhaen sudah tidak sabar sabar untuk mengkuluhumkan UMNO pada PRU akan datang lebih lebih lagi pelbagai masalah telah menghambat parti itu seperti GST, 1MDB, MARA dan sebagainya.

Oleh itu, pada pandangan saya, keputusan yang diambil oleh Najib dan MT UMNO itu memperlihatkan ketidakbijaksaan mereka kerana keputusan itu pasti akan membunuh UMNO. Jangan menangis tidak berlagu apabila UMNO sudah tidak lagi mendapat mandat daripada rakyat pada PRU 14.    




3 ulasan:

  1. Dh terang lg bersuluh,terbentang luas pekong di dada..apa lg yg dinanti?hanya undur diri untuk bukti,bahawa masih punya harga diri...

    BalasPadam
  2. Rasanya kalau pemilihan diadakan tahun depan, samada najib akan kalah atau berlaku perpecahan yang serius pada parti umno.

    BalasPadam
  3. setiap keaiban makin galak dibongkar satu persatu...menampakkan lagi kelemahan yg cuba ditutup selama ini...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.