Sumber : Google |
Sedih benar rasa hati saya apabila
melihat artis yang berbahagia dengan pasangan yang dikahwininya secara besar
besaran tiba tiba bercerai tanpa diketahui apa sebab musabab yang membawa
kepada penceraian itu. Saya langsung tidak dapat menerima penceraian tersebut
tetapi apalah yang boleh saya lakukan. Mungkin pada pandangan mereka bercerai
adalah jalan terbaik untuk menemui kebahagiaan di dalam hidup mereka.
Tidak kira penyanyi, pelakon, pemuzik
mahupun pengacara, hampir 90% daripada mereka telah mengalami kegagalan dalam
perkahwinan mereka. Masyarakat Malaysia terutama yang sangat fanatik terhadap
dunia hiburan, sentiasa mahu mencari tahu mengapa artis artis ini boleh
bercerai berai? Apakah yang menyebabkan rumahtangga mereka yang bahagia pada
awalnya namun berpisah pada pengakhirannya?
Sebagai blogger, saya cuba membuat
pemerhatian di atas masalah ini supaya saya boleh membuat teguran agar perkara
yang sama tidak akan berulang lagi. Mungkin hasil daripada pemerhatian saya ini
tidak 100% tepat tetapi bolehlah menjadi sandaran untuk mencari jawapan kukuh
di atas kemelut yang berlaku.
Sudah ada beberapa entri yang telah
saya tulis yang mengkritik dunia seni dan hiburan di Malaysia. Saya acapkali
menulis dan memberi peringatan agar dunia hiburan di Malaysia ini yang
merangkumi lakonan, nyanyian, perfileman, muzik dan sebagainya mesti mempunyai
pemikiran dan roh Islam di dalamnya.
Apa maksud saya dunia hiburan mesti
mempunyai pemikiran dan roh Islam di dalamnya? Maksudnya adalah kita mesti
berlakon, menyanyi, mengarah, bermain muzik dan sebagainya mengikut lunas lunas
Islam. Ini membawa maksud artis perempuan mestilah bertudung serta tidak boleh
menyanyi kerana rambut dan suara itu adalah aurat untuk orang perempuan.
Ini juga bermaksud tidak ada sentuhan
serta tidur sekatil antara artis lelaki dan artis perempuan di dalam filem
ataupun drama. Di dalam bidang nyanyian pula, tidak boleh berlaku percampuran
antara lelaki dan perempuan di dalam sesebuah konsert. Dan yang paling penting
sekali setiap artis yang mengaku dirinya sebagai anak seni itu mestilah
menggunakan seni tersebut untuk tujuan dakwah.
Saya faham memang sukar untuk
melaksanakannya namun kita perlu berusaha ke arah itu. Jika kita tidak pernah
cuba walaupun sekali, bagaimana untuk kita berjaya untuk mencapainya? Ingat,
tiada satu perkara pun yang betul betul senang di dunia ini.
Jika dunia hiburan kita tidak punya
pemikiran dan roh Islam di dalamnya, maka kita sebenarnya sudah melanggar hukum
Allah. Saya khuatir jika rezeki yang diperolehi oleh artis artis ini tidak
berkat kerana mereka bekerja dengan melanggar hukum Allah seperti bersentuhan
di antara lelaki dan perempuan. Apabila artis artis ini bekerja dengan
melanggar hukum Allah, keredhaan Allah itu tidak datang lalu Allah menghukum
mereka di atas dunia lagi antaranya berlakulah penceraian dan kegagalan
rumahtangga.
Kita jangan sesekali menyalahkan
Allah di atas semua yang berlaku. Sebab itulah Allah menurunkan hukum hukum
tersebut untuk menjaga kemaslahatan hidup seorang manusia. Cuba bayangkan
apabila seorang isteri yang bertugas sebagai seorang pelakon filem, kemudian
dia perlu membawa watak yang memerlukan dirinya berpeluk dan bersentuhan dengan
lelaki lain, tidakkah akan timbul rasa cemburu di hati seorang suami? Walaupun
itu sekadar lakonan namun ia tetap haram di dalam Islam. Ia tetap boleh
mendatangkan dosa kepada si isteri tadi juga si suami kerana bersikap dayus
membiarkan isterinya dipeluk oleh lelaki lain di hadapan matanya sendiri.
Walaupun sekadar lakonan, namun
apabila penghayatan berlebihan dilakukan, maka pelukkan itu bukan lagi pelukkan
sebagai pelakon tetapi sudah menjadi pelukan seorang suami kepada seorang
isteri. Perkara semacam inilah yang menimbulkan rasa cemburu di hati si suami
kepada si isteri yang bergelar artis ini lalu berlakulah pertengkaran
sehinggalah membawa kepada kes penceraian.
Seandainya roh dan pemikiran Islam
diletakkan di dalam filem tadi, maka tiada lagi istilah bersentuhan antara
lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di dalam filem tersebut dan sudah
pastilah kes penceraian dapat dielakkan. Mungkin hujah hujah saya ini kelihatan
agak dangkal pada pandangan sesetengah orang namun jika tidak dicuba dari
sekarang, bagaimana kita boleh tahu hasilnya?
Justeru itu, wajarlah setiap anggota
seni dalam dunia hiburan di Malaysia menanam pemikiran dan roh Islam di dalam
dunia hiburan itu sendiri supaya kita boleh membawa perubahan yang besar dalam
kehidupan anak seni kita antaranya kes penceraian dalam kalangan artis dapat
dielakkan. Wallahualam.
Memang benar pun, lakonan filem @ drama Melayu sekarang nampak seperti Filem Inggeris. Bila ada artis yang letakkan batasan ketika berlakon, dikatakan artis itu pula kolot. Memang jadi terbalik.
BalasPadamSetuju dengan pandangan saudara.. Nampak skrg macam dah mula ada perubahan walaupun belum drastik tapi dah ada yang mengikut lunas2 Islam dalam berkarya..
BalasPadamRasanya cemburu dan kesibukan jadi faktor utama. Maklumlah diorang tu 'milik' peminat kan..
BalasPadamRasanya cemburu dan kesibukan jadi faktor utama. Maklumlah diorang tu 'milik' peminat kan..
BalasPadamkadang diorg ni selalu guna alasan...atas arahan pengarah....soalannya...arahan daripada Allah SWT xnak pulak ikutkan?? niat xmenghalalkan cara
BalasPadam