Sumber : Google |
Entri ini masih berkisar tentang
pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat dua hari yang lalu. Saya tertarik
dengan kata kata seorang remaja Melayu yang dipukul secara beramai ramai oleh
peniaga Cina di plaza itu iaitu ‘Melayu tengok je ke?’ apabila dia dan
kumpulannya yang seramai tujuh orang itu mendapati tidak ada seorang pun orang
yang berbangsa Melayu di situ membantu mereka yang dipukul secara beramai ramai.
Saya tidak berniat untuk menghina
bangsa saya sendiri tetapi sebagai orang Melayu, saya amat sedih melihat anak
Melayu dipijak beramai ramai oleh orang Cina tanpa orang Melayu dapat berbuat
apa apa sekalipun kejadian itu berlaku di hadapan mata mereka. Jadi tidak
salahlah jika saya menggelar orang Melayu di situ sebagai penakut, lemah lagi
bacul!
Sepatutnya sebagai orang yang
sebangsa juga seagama, mereka sewajarnya membantu menyelamatkan remaja Melayu
itu dari dipukul secara beramai ramai. Ataupun setidak tidaknya mencari cara
untuk menenangkan keadaan bukannya sekadar memerhati atau mengangkat telefon
pintar untuk merakam setiap inci kejadian yang berlaku.
Jika keadaan seganas itu pun, orang
Melayu diam tidak berkutik tanpa mampu berbuat apa apa, saya tertanya tanya
jika ada bangsa asing menghina agama Islam, bangsa Melayu, Raja Raja Melayu,
Bahasa Melayu, Nabi Muhammad, Allah dan sebagainya seperti yang biasa kita
lihat di media media sosial, apakah orang Melayu akan berani untuk
mempertahankannya?
Melihat kepada situasi yang berlaku,
saya percaya orang Melayu hanya akan berpeluk tubuh sahaja kerana mereka adalah
bangsa yang lemah, penakut dan bacul! Jangan hairan bin terkejut jika nasib
bangsa Melayu akan terus malang oleh kerana kebaculan anak bangsanya sendiri.
Orang Melayu pada zaman ini tidak
lagi seberani orang Melayu zaman dahulu memandangkan perasaan cinta pada agama
dan bangsa mereka semakin pudar. Orang Melayu pada zaman ini suka untuk
berhibur, menyanyi dan berpolitik daripada memahami segenap sendi bangsa dan
agama Islam itu sendiri. Akibatnya, orang Melayu telah tertindas dan akan terus
ditindas sampai bila bila.
Saya teringat satu kata kata daripada
datuk tok guru saya yang berbangsa Cina Muslim : ingatlah, Cina tidak akan
sesekali jadi Melayu tetapi Melayu yang suka menjadi Cina. Pada awalnya saya
tidak berapa faham apa yang cuba disampaikan oleh tok guru saya itu tetapi
apabila saya merenungi secara mendalam akan perkara yang menimpa bangsa saya
pada hari, barulah saya mampu memahaminya.
Di dalam dunia ekonomi, orang Melayu
terpaksa melutut dan menyembah kaki orang Cina untuk mendapatkan keperluan
harian mereka seperti beras, gula, tepung dan sebagainya. Bukan itu sahaja, untuk
mendapatkan telefon pintar berjenama Oppo dan Lenovo pun orang Melayu terpaksa
menyembah kaki orang Cina untuk mendapatkannya. Oleh sebab itulah, penipuan,
barangan tiruan, kegiatan sorok barang, dan percampuran makanan haram dalam
makanan orang Melayu masih berlaku pada hari ini.
Seandainya orang Melayu ramai yang
terlibat dalam dunia perniagaan, saya yakin masalah ini tidak akan berlaku.
Jika orang Melayu mampu untuk menguasai perniagaan perniagaan penting seperti
pembuatan makanan misalnya, saya yakin isu gelatin babi dan kilang kotor tidak
akan kedengaran. Tetapi, oleh kerana orang Melayu lebih gemar berpolitik, berhibur
dan berpecah belah, maka untuk orang Melayu menguasai ekonomi negara sukar
untuk dilaksanakan.
Kuasa politik adalah satu satunya
harta untuk orang Melayu terus bertahan di bumi Malaysia ini. Sekiranya kuasa
politik ini hilang, saya yakin orang Melayu akan merempat di negara mereka
sendiri. Jika dilihat daripada tindak tanduk orang Melayu itu sendiri,
merekalah yang sebenarnya adalah salah satu punca kuasa politik Melayu ini
semakin terhakis. UMNO terpaksa menyembah MCA dan MIC untuk terus kekal
berkuasa manakala PAS pula terpaksa menyembah DAP untuk bersemayam di
Putrajaya.
Oleh sebab itulah, apa pun yang orang
kafir lakukan terhadap orang Islam pada hari ini termasuk membuat penghinaan
terhadap Islam di media sosial, orang Melayu yang beragama Islam terutama
pemimpin mereka hanya berpeluk tubuh sahaja. Mereka takut dan bacul untuk
bertindak kerana khuatir kuasa politik mereka akan hilang. Lebih parah lagi ada
yang menyokong perbuatan laknat itu.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa
orang Melayu dari pemimpin hinggalah ke anak buahnya adalah bangsa yang
penakut, lemah dan bacul! Mereka tidak mampu untuk mempertahankan Islam dan
Allah yang suci itu apatah lagi untuk mempertahankan anak bangsanya daripada
dipijak beramai ramai oleh orang orang Cina.
Wujud persoalan di benak saya,
sekiranya orang Melayu terpaksa memilih antara Islam dan rasa takut pada orang
kafir, manakah pilihan orang Melayu?
Layukah Melayu???
BalasPadamLayu tak layu ,mekar pn tak mekar lah sngat..lemahnya semangat melayu? jadi apa yg di gembar gembur dlm hikayat lama melayu/ hang tuah tu adalah mitos semua nya bukan kebenaran sebagai sandaran tapi satu pembohongan sejagat untk keturunan melayu am nya...sungguh sedih skali
BalasPadamFaktor2 Melayu lemah :
BalasPadam1. Org2 Melayu tinggalkan agama Islam.. bermaksud, Islam hanya tinggal pada nama.
2. Org melayu juara maksiat..budak2 mlayu skrg lbih suke abiskan mase dgn motor bapak merempit sana sini, berbanding belajar menuntut ilmu sungguh2
3. Dengki sesama melayu..pantang bangsa sndiri berjaya, sifat hasad mule berputik..mule la cari jalan nk menjahanamkan org tu.. hantar sihir lah , hntr tu la ni la
4. Wujudnya sifat kasar sesama Melayu.. melayu dengan bangsa lain punyalah hormat dan penyantun, tapi bersifat keras dan kasar dengan sesama melayu..berlagak ala mafia, taiko sesama Melayu..tapi dengan bangsa lain pengecut ..takut dengan cina..macam article kat atas..
5. Org Melayu taknak bersatu..suke berpecah belah dan berpuak puak.. bergaduh mcm lembu bodoh sesama Melayu hanya pasal berbeza pendapat dlm politik( tak sehaluan )..
Ada bnyk lagi, anda kne fikir2kn..so mari kita sama2 doakan keselamatan dan kesejahteraan utk negara kita yg kita cintai ini.. semoga Allah yg Maha Perkasa melindungi kita semua Amin
Saya Melayu dan sgt setuju Melayu bangsa bacul, penakut dan tak pandai bersaing. Bukti jelas ada di sekeliling kita. Tapi saya tolak anggapan Melayu lemah kerana tinggalkan agama Islam yg sebenar. Jika Melayu bukan majority Islam sekalipun dah memang jelas DNA orang Melayu ni lemah. Ada tokoh hebat yg 2 3 kerat tapi majoritinya tetap lemah. Semua bermula dari sifat yg diwarisi dari ibu keturunan tu.. lemah, akal pendek, pasif agressif hinggalah terlihat dlm sosio politik dlm masyarakat Melayu itu sendiri sejak turun temurun. Bandingkan sendiri dengan kaum lain.. Allah dah takdirkan mereka ni bersama dengan kita dlm negara ni utk kita guna akal untuk bandingkan, cuba buat perbandingan perempuan Melayu vs perempuan kaum lain yg lebih progresif. Nilai2 juang sejak berzaman tu diturunkan melalui sifat mereka walaupun dunia semakin canggih. Memang benar org kata Melayu tunggang kemuliaan Islam sahaja, kalau Melayu ni tak beragama Islam lagilah hampas di mata orang.
BalasPadamSikap yg paling ketara dlm majoriti orang Melayu ialah berpolemik, beretorik, malas berfikir, menunggang Agama. Dalam hidup nak kerja mudah shj.. sampai jadi ikutan majority.. ada yg bijak pandai tapi in the end tenggelam jugak dek majoriti kaum dia sendiri.
Kalau ada yg mengatakan bahawa org Melayu turun temurun berpegang teguh pada Islam hinggakan byk sikap pasif yg diwarisi sebab orang Melayu ni bersikap mengejar keharmonian dan kejar akhirat. Itu cuma alasan utk melengah2kan perubahan kearah yg lebih kompetitif dan baik, sama mcm nak melengah2kan kerja org lain. Sikap PHD paling halus dalam tak sedar. Cth, bila org pegi kedai atau nak dapatkan servis dia, mcm pelanggan tu la pulak yg mengemis. Kalau bekerja dalam GLC tak boleh menilai pekerja berdasarkan merit. Bangsa lain dah lama praktik speak up policy in the workplace tapi kita masih lagi dgn senior junior relationship yg tak bertempat. Perkara2 diatas ni lah yg membuatkan org Melayu disiplin rendah, jatidiri murah dan akhirnya lahirlah bacul dan penakut. Tak perlu petik agama, kaum lain, kolonialisasi, budaya kuning sebagai punca semua ni... majoriti lemah dan pengecut so kaumnya dichop begitulah.. that's just fair, thats how nature works. Serupa mcm kita associate keling dan ular which is memang betul pun for majority of them. Natural born lawyers.. selagi boleh pusing, pusing lagi Halim!
Org Cina pula rata2 di seluruh dichop sebagai rajin sebab majoriti mereka mmg rajin pun.
Aku Melayu, earning 6 figures, boleh kata berjaya lah dlm hidup. Tuntutan agama ditunaikan tanpa miss.. kacang. Tapi bila nak tolong sesama Melayu dlm pekerjaan cthnya, ibarat melepaskan anjing tersepit.. makan diri, makan dalam kita dibuatnya.
~minoriti dlm majority~