Ahad, 12 Julai 2015

LOW YAT, PERGADUHAN, DAN SENTIMEN PERKAUMAN

Sumber : Google

Hangat sekali video video pergaduhan antara tujuh orang lelaki Melayu dengan peniaga peniaga Cina di Plaza Low Yat. Semua pihak termasuklah wartawan, blogger dan Facebooker tidak putus putus memanaskan isu dan video tersebut di laman sosial masing masing. Pelbagai pendapat dan versi cerita berkenaan insiden itu berlegar legar dalam media sosial, media cetak dan media elektronik.

Saya tidak bercadang untuk mengulas seribu pendapat dan beberapa versi cerita itu. Cukuplah…saya tidak mahu lagi mengeruhkan suasana yang sedia keruh kerana keadaan tidak akan menjadi lebih baik sebaliknya akan bertambah parah. Munculnya tulisan ini adalah untuk mencari sisi jernih dalam kekeruhan yang berlaku.

Saya bersetuju dengan pendapat Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah bahawa kita perlu mencari apa yang betul dan apa yang salah bukannya siapa yang betul dan siapa yang salah. Pendek kata, kita perlu mencari jawapan yang konkrit dengan bukti yang kukuh tentang segala kemelut yang berlaku.

Isu penipuan oleh peniaga Cina bukanlah isu baru. Semua orang tahu bahawa penipuan adalah resam dalam perniagaan mereka walau di mana sahaja mereka berada. Oleh sebab itulah, peniaga Cina mudah untuk berjaya dan kaya dalam bidang perniagaan. Ini bukanlah satu pandangan rasis daripada saya cuma kita sebagai manusia mesti menerima hakikat akan kelemahan kita sendiri.   

Saya tertarik dengan lontaran pandangan Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang saya petik dalam blog beliau :

Masih teringat sewaktu kecil dahulu, saya disuruh oleh arwah bapa saya, seorang peniaga kedai runcit, di kampung Melayu, supaya mencampurkan minyak petrol dengan minyak tanah, beras putih + beras merah (perang), mengubah timbangan dan lain-lain lagi. Pendek kata, apa sahaja yang boleh memberikan keuntungan lebih, saya diminta melakukannya walaupun perbuatan itu salah.

Maka tidak hairan, jika ada peniaga keli atau patin memberikan makanan babi atau mencampakkan bangkai babi ke dalam kolam peliharaan, seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Belum termasuk lagi kilang bihun yang kotor, menggunakan logo-logo berbunyi Melayu dan Islamik, seperti cap masjid, cap Fatimah, cap rumah Melayu dan lain-lain.

Mungkin kenyataan ini akan menjauhkan diri mereka dari Islam, tetapi saya terpaksa bercakap benar, berdasarkan pengalaman, bagi mendedahkan kebobrokan, untuk berlaku adil kepada orang Islam yang kerap menjadi mangsa dan dimangsakan oleh kita sendiri.

Saya tidak memandang pandangan Dr. Ridhuan Tee ini sebagai rasis kerana beliau sendiri berbangsa Cina dan beliau sendiri pernah terlibat dalam penipuan perniagaan yang dilakukan oleh bapa beliau. Saya yakin beliau tidak berniat untuk mencerca perniagaan yang dilakukan oleh bangsa beliau sendiri tetapi pandangan ikhlas beliau ini adalah semata mata untuk membuka mata umat Islam supaya sedar bahawa kita ini sering sahaja tertipu dengan peniaga peniaga Cina.

Tulisan blogger berpengaruh, Denaihati ini juga boleh kita renungi bersama untuk memahami kemelut yang berlaku.

Teringat pengalaman sendiri kena tipu beribu dollar beli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Kepada yang pernah menjejaki Sim Lim Square pasti setuju kalau aku katakan tiada bezanya dengan Low Yat Plaza yang menjadi pusat produk teknologi dan gajet terkenal. Semua gajet dan produk teknologi dari sekecik anak hingga sebesar emak semua produk dan jenama ada dijual.

Ramai kawan-kawan kata mereka pernah tertipu membeli produk tiruan di Sim Lim Square seperti kes terbaru penipuan produk Oppo tiruan di Low Yat Plaza. Berbagai sungutan telah disuarakan pelanggan yang tertipu di sosial media tetapi tidak mendapat respond daripada pihak berkuasa. Pelanggan yang sering menjadi mangsa penipuan adalah mereka yang zero ilmu teknologi.
Di Sim Lim Square lebih teruk buka sekadar menipu dengan produk tiruan malah pelanggan ditipu dengan berbagai cara yang mengelirukan. Paling banyan penipuan adalah mengenakan kos tambahan untuk mengaktifkan sesuatu jenanama smartphone yang dibeli. Low Yat Plaza kalau dibiarkan pasti akan menjadi lebih teruk dari Lim Sim Square. Pasti lebih ramai pelanggan tempatan dan pelancong yang akan diperdaya. Penipuan ini pasti akan mencemarkan imej Malaysia.
Jelas, bangsa Cina memang tidak akan pernah berhenti menipu walau di mana mereka berada. Bapa saya sendiri pun pernah ditipu ketika membeli beg tangan untuk ibu saya ketika berurusniaga di Jalan Petaling. Saya sendiri pun pernah ditipu apabila membeli peralatan telefon pintar di sebuah kedai membaiki telefon di KL Sentral. Itu belum lagi dengan penipuan penipuan peniaga Cina terhadap ramai lagi orang Melayu dan bangsa bangsa lain.

Di negara China sendiri pun sudah banyak penipuan yang berlaku terutama dalam pembuatan makanan. Tidak hairanlah adanya sarang burung tiruan dan kubis tiruan yang diperbuat daripada plastik! Hasil hasil tiruan ini kemudiannya masuk ke dalam perut orang orang yang memakannya!

Walaubagaimanapun, saya tetap berpegang dengan pepatah, dalam setandan kelapa, bukan semuanya busuk. Ada juga peniaga peniaga Cina yang jujur dalam perniagaan mereka cuma mungkin jumlah mereka tidak banyak. Pengalaman saya sendiri pun ketika membeli pengecas bateri komputer riba di sebuah kedai Cina di Plaza Low Yat, tidak pula mengalami sebarang masalah sehingga kini. Maka, untuk menghukum semua peniaga Cina itu penipu adalah tidak adil bagi saya.  

Jadi, pada pendapat saya, sekiranya peniaga Cina itu benar benar telah membuat penipuan, maka peniaga Cina itu wajarlah dikenakan tindakan undang undang. Kita tidak boleh sesekali memberi muka kepada orang semacam ini kerana mungkin akan ramai lagi ditipu oleh mereka.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan seperti yang dipetik oleh Buletin Utama pada malam tadi mengatakan bahawa kes penipuan seperti ini sudah acapkali dilaporkan namun tindakan undang undang masih tidak dilakukan. Orang orang yang kerap menipu pengguna di luar sana masih terus lagi bermaharajalela hingga ke hari ini. Pihak yang bertanggungjawab masih tidak punya telur untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan.  

Perkara semacam inilah yang menyebabkan orang ramai menjadi marah lalu terpaksa membuat onar untuk menegakkan hak mereka. Sekiranya pihak berkuasa telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebetulnya, saya yakin masalah semacam ini tidak akan berlaku. Tetapi oleh kerana pihak berkuasa lembab, kuat tidur, malas dan penakut, jangan hairan bin terkejut jika masalah seperti ini berlaku dan akan terus berlaku.

Pada hemat saya, seandainya pemuda Melayu itu bersalah, maka wajarlah dia dihukum dengan undang undang sekiranya benar dia telah mencuri telefon bimbit ini. Jika itu berlaku, maka malu besarlah orang Melayu kerana mempunyai anak bangsa yang suka mencuri kemudian mahu menegakkan benang yang basah di atas perbuatan salahnya itu.

Tetapi sekiranya peniaga Cina itu bersalah, dia juga wajar dikenakan tindakan. Pihak berkuasa tidak boleh mengambil sikap memilih bulu dalam hal ini seperti yang telah berlaku sebelum sebelum ini kerana pasti akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat. Saya khuatir hanya kerana sebuah telefon bimbit, perang antara kaum meletus di negara ini.   

Apa pun, kita wajar membiarkan pihak berkuasa melakukan siasatan terlebih dahulu. Hentikanlah spekulasi dan provokasi yang boleh mengeruhkan keadaan yang berlaku. Marilah kita menentang kemungkaran dan menabalkan keadilan kepada pihak pihak yang layak untuk mendapatkannya.  



5 ulasan:

  1. yang salah tetap salah....kita selalunya dialih pandangan kepada isu yang lain sedangkan isu asal belum selesai....

    BalasPadam
  2. Orang kristian walaupun non muslim mereka ada bible. Sedikit sebanyak ada rujukan. Begitu juga yahudi.
    Tapi non muslim cina buddhist mereka mensyirikkan Allah dan mereka tiada apa apa sandaran. Sebebas-bebasnya mereka boleh lakukan apa sahaja.
    Bab permusuhan juga memang jelas orang musyrik lebih membenci orang islam berbanding ahli kitab kristian. Lihat sahaja kekejaman terhadap muslim di seluruh dunia datang dari golongan musyrikin samada mereka buddhist , hinduis atau atheis. Lumrah nya memang begitu. Sebab Islam itu sendiri pada mereka akan merintangi jalan kebebasan yang mereka cintai sekian lama.

    Dalam Quran surah al maidah ada disebut : Kamu akan dapati seburuk-buruk permusuhan terhadap orang beriman akan datang dari orang yahudi serta orang musyrikin. Dan kamu akan dapati golongan ahli kitab kristian nasrani itu lebih mesra dengan kamu berbanding yang lain.
    Sekian ulasan haji.
    .
    .
    Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye Cik. Tq

    BalasPadam
  3. Zumal pun setuju dengan Dr. Ridzuan Tee

    BalasPadam
  4. Dan malangnya kaum cina begitu bijak menggunakan undang-undang untuk menghentam balik orang melayu. Manakala orang melayu lebih gemar menggunakan jalan kekerasan untuk menegakkan keadilan. Adakah kerana putus harap terhadap peraturan atau rasuah sudah begitu berleluasa? Bukankah undang2 kini boleh dibeli asalkan punya banyak wang!?

    BalasPadam
  5. Mek ila pun baca laporan polis berkaitan berkara ini. Ternyata kisah sebenar melibatkan kecurian handphone. Apa pun moga ini jadi pengajaran kepada kita semua. Tiada faedahnya penipuan dan moga Malaysia tetap aman. Satu lagi bab kejujuran ni bukan hanya melibatkan sesuatu kaum ia lebih kepada sifat individu itu sendiri

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.