Sumber : Google |
Melihat kepada situasi politik yang
dimainkan oleh orang Melayu/Islam bersama pemimpin mereka, saya lantas menjadi
takut. Ini kerana cara orang Melayu berpolitik amat bahaya. Kita berpolitik
bukan untuk membina sebaliknya menghancurkan apa yang ada. Cara kita berpolitik
yang meletakkan kepentingan politik di atas dan bukannya kepentingan agama,
bangsa dan negara di atas, akan memusnahkan apa yang menjadi milik kita selama
ini.
Umat Melayu/Islam perlu sedar dari
sekarang, jika mereka masih khayal dengan keseronokkan kuasa, masih khayal dengan
keseronokkan duniawi, masih alpa dan leka, tidak mustahil kuasa politik yang
menjadi harta dan dahan untuk orang Melayu terus berpaut dan bertahan akan hilang
diambil oleh orang kafir. Tidak mustahil perkara itu akan berlaku jika Allah
murka kepada orang Melayu yang gagal menjaga kesucian agamanya sendiri.
Jangan lupa apa yang terjadi kepada
bangsa Arab Palestin. Kedaulatan tanah mereka akhirnya dirampas oleh puak
Yahudi Israel hingga menyebabkan negara mereka yang besar suatu ketika dahulu
menjadi semakin kecil kerana kerakusan Yahudi Israel yang merampas tanah
mereka. Dahulu, bangsa Arab menjadi pemerintah mutlak di Palestin tetapi oleh
kerana kesilapan dan kealpaan umat Islam sedunia sendiri yang membenarkan
bangsa Yahudi bertapak di Palestin, akhirnya kedaulatan wilayah Palestin telah
tercemar dan dirampas. Hak hak rakyat Palestin ditindas dan mereka menderita
kerana negara mereka dihujani dengan bom dan peluru hampir setiap hari.
Tidak mustahil apa yang berlaku
kepada Palestin akan berlaku kepada orang melayu/Islam di Malaysia jika kita
terus alpa dan leka. Orang orang kafir yang kebanyakkannya membenci orang
Melayu dan orang Islam yang ada di Malaysia ini sentiasa menunggu peluang untuk
memerintah negara ini. Di ketika itu, tidak mustahil nasib kita akan bertukar
menjadi seperti nasib bangsa Arab Palestin, penduduk Islam di selatan Thailand,
umat Islam Rohingya di Myanmar, umat Islam di selatan Filipina, umat Islam
Uighur di China dan banyak lagi bangsa bangsa beragama Islam yang ditindas oleh
pemerintah kafir. Tidak dilupakan juga nasib umat Islam di Amerika Syarikat
yang berada dalam tahanan Guatanamo Bay yang diseksa tanpa perikemanusiaan
kerana dituduh sebagai pengganas.
Mari kita renungi sejarah kekejaman
Pol Pot di Kemboja dan Mao Ze Tung di China. Jika dengan rakyat mereka yang
kafir itu pun mereka boleh bertindak kejam, tidak mustahil mereka akan lebih
kejam dengan umat Islam.
Jika orang kafir berjaya memerintah
Malaysia, mereka akan membuat agama Islam ini sebagai agama yang boleh dipijak
pijak, mereka akan meruntuhkan masjid seperti mana yang telah dilakukan oleh
pemerintah Anggola, akan membunuh dan
menyeksa orang Islam dan sudah pasti akan menghilangkan hak hak yang sepatutnya
diperolehi oleh orang Islam sebagai warganegara. Mahukah kita keadaan seperti
itu berlaku? Tepuk dada dan tanya iman kita.
Apa yang paling penting adalah orang
Melayu perlu kembali kepada Allah dalam apa juga keadaan dan bidang sekalipun.
Orang Melayu mesti meletakkan kepentingan Islam di atas mengatasi kepentingan
politik dan peribadi. Jika orang Melayu gagal menjaga agama Islam dengan baik, maka
agama Islam pasti akan hancur. Di saat itu, Allah sudah murka kepada kita maka
tidak mustahil Allah akan timpa bala kepada kita.
Umat Islam juga mesti bersatu padu
dan tidak boleh berpecah belah kerana berbeza pendapat, berbeza mazhab, berbeza
fahaman politik dan berbeza sempadan negara. Ingatlah, umat Islam itu
bersaudara dan penting untuk kita bersatu padu. Jika kita gagal mengekalkan
perpaduan kita, kita akan menjadi lemah maka mudahlah bagi orang kafir untuk
menguasai orang Islam seterusnya menjadi pemerintah di negara ini.
Jika kita melihat situasi sekarang,
oleh kerana berbeza fahaman politik, umat Melayu yang beragama Islam ini telah
berpecah belah. Kita bergaduh sesama kita kerana berebutkan kuasa untuk menjadi
Perdana Menteri seterusnya menguasai Putrajaya, Kita menggunakan pelbagai cara
termasuk bersetongkol dengan orang kafir untuk menjatuhkan umat Islam sendiri.
Kita menabur fitnah di sana sini semata mata mahu saudara seIslam kita yang
berbeza fahaman politik dengan kita menjadi lemah lalu kalah dalam pilihanraya.
Di saat orang Islam terus berkelahi
sesama sendiri kerana hal yang remeh temeh dan menjatuhkan saudara seagama
sendiri, orang kafir terus bersorak kegembiraan. Segala agenda mereka terhadap
negara ini, terhadap Melayu dan Islam akan mudah terlaksana selepas ini. Mereka
akan terus menyebarkan propaganda supaya umat Islam bergaduh sesama sendiri dan
mereka terus merancang untuk menguasai negara ini.
Di ketika ini, orang kafir belum lagi
mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negara ini. Namun, mereka sudah berani
hina azan, membaling babi ke dalam masjid, menghina bulan Ramadhan, menghina
Aidilfitri, mempertikai hak istimewa orang Melayu, menghina Rasulullah,
menghina Allah dan banyak lagi kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka,
tidak mustahil mereka akan melakukan lebih lagi jika mereka sudah menjadi kuasa
penuh sebagai pemerintah di Malaysia nanti.
Mahukah kita melihat agama Islam dan
bangsa Melayu dihina oleh orang kafir suatu hari nanti disebabkan oleh
kesilapan kita sendiri? Tepuk dada dan tanya iman kita. Oleh itu, kita perlu
mempersiapkan diri dari sekarang untuk menghalang perkara itu daripada berlaku.
Orang Melayu/Islam perlu menguasai pelbagai ilmu dan ekonomi untuk kekal
selamat sampai bila bila. Orang Melayu/Islam juga mesti sentiasa bersatu padu
sampai bila bila dan berusaha menghalang negara ini dari jatuh ke tangan orang
kafir walau dengan apa cara sekalipun. Jika tidak, tunggu sahalah nasib orang
Melayu Islam bertukar seperti nasib rakyat Rohingya!
Semoga dijauhkan daripada diperintah orang bukan Islam yang zalim.
BalasPadamAgar negara kita tak senasib mereka...
BalasPadam