Sumber : Google |
Melihat kepada gaya penulisan novel
pada hari ini, di samping melihat kepada gaya pembacaan rakyat Malaysia,
kesimpulan yang dapat dibuat adalah rakyat Malaysia memang suka membaca novel
novel cinta. Penulis penulis novel pun kebanyakkannya gemar menulis cerita
cinta dalam novel novel mereka. Jika dilihat kepada senarai novel novel
popular, semuanya didominasi oleh novel novel cinta. Jika dilihat kepada novel
novel yang dipaparkan di rak rak buku hampir di kesemua kedai buku yang ada di
Malaysia ini, novel novel cinta memang banyak dipamerkan. Jelas novel cinta
mendapat permintaan tertinggi daripada khalayak pembaca.
Walaupun ada juga novel novel
thriller terbitan Amir Muhammad melalui syarikat penerbitan Fixi-nya, dan novel
novel thriller yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid melalui Alaf 21 Sdn Bhd,
yang juga mendapat tempat di hati pembaca novel tempatan, namun novel novel
thriller masih tidak dapat menandingi kehangatan dan kehebatan novel novel
cinta. Walaubagaimanapun, saya masih boleh angkat topi dengan keadaan itu.
Sekurang kurangnya, ada juga orang yang berminat menerbitkan novel novel thriller
secara konsisten, ada juga penulis yang keluar dari kepompong cerita cerita
cinta dan selera pembacaan rakyat Malaysia turut berubah sama. Dari suka
membaca novel novel cinta menukar selera membaca novel novel thriller.
Pasaran novel novel cinta sangat
luas. Tidak hairanlah ramai penulis novel novel cinta popular boleh hidup
senang dengan hasil menulis novel sahaja. Novel novel mereka bukan sahaja laris
bak pisang goreng panas malah jika bernasib baik, diadaptasi menjadi drama atau
filem pula. Untung sungguh menjadi penulis novel novel cinta. Maka ramailah
penulis novel novel cinta popular menjadi terkemuka seperti Suri Ryana, Ahadiat
Akashah, Damya Hana, Anis Ayuni, Norhayati Berahim dan ramai lagi.
Sejak saya menuntut di kolej,
setepatnya apabila saya mula membaca buku buku politik, minat membaca saya
terhadap novel novel cinta sedikit demi sedikit beransur hilang. Saya mula
menumpukan kepada novel novel yang membawa tema yang lebih berat, novel novel
thriller, buku buku sejarah, buku buku biografi, himpunan artikel dan buku buku
yang bersifat ilmiah. Novel cinta saya baca juga cuma yang terpilih sahaja.
Novel novel cinta bukanlah tidak
bagus untuk dihasilkan cuma kita perlu mengurangkannya. Sampai bila kita perlu membaca
bahan bacaan yang bersifat fantasi, imaginasi dan tidak berpijak pada realiti
sebegitu? Para pembaca perlu menukar ‘kiblat’ pembacaan mereka dengan membaca
novel novel yang boleh memberi manfaat kepada nilai nilai intelektual
seseorang. Juga novel novel yang boleh membuat kita berfikir dan novel novel
yang boleh memberi kita maklumat tambahan seperti novel Imam karya SN Abdullah
Hussein .
Saya tidak menolak bahawa ada juga
diantara novel novel cinta yang berlambak di pasaran itu ada juga nilai nilai
intelektual, ilmu, maklumat tambahan dan pemikiran tetapi jumlahnya terlalu
sedikit. Kebanyakkan novel novel cinta yang dihasilkan oleh penulis penulis
tempatan telah menyebabkan pembaca berada dalam khayalan dunia cinta yang tidak
berpijak di bumi yang nyata. Pembaca tidak berfikir apabila membaca novel novel
sebegitu tetapi lebih banyak berkhayal dan berfantasi.
Itu tidak termasuk lagi penulis
penulis novel cinta yang memasukkan unsur unsur lucah, mencarut, dan seks dalam
penulisan novel novel mereka. Novel novel sebegini bukan sahaja tidak memberi
nilai nilai intelektual kepada pembaca malah merosakkan pemikiran pembaca pula.
Penulis penulis novel perlu berani
untuk keluar dari kepompong cerita cerita cinta yang tidak berpijak di bumi
yang nyata. Penulis penulis novel juga perlu keluar dari tema cerita cinta yang
cliché seperti kahwin paksa, kahwin kontrak, mengandung sebelum nikah,
ditangkap basah dan sebagainya. Penulis penulis novel tempatan perlu
menghasilkan novel novel yang membuatkan pembaca berfikir seperti novel Imam
karya SN Abdullah Hussein atau setidak-tidaknya menghasilkan novel novel yang
mengangkat kehidupan masyarakat lainnya seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan
karya SN Shahnon Ahmad dan Salina karya SN A. Samad Said.
Oleh kerana terlalu banyak novel
novel cinta yang dihasilkan dengan mengangkat tema kahwin paksa, saya sendiri
pun – sebagai penulis novel atas talian (online) terikut ikut tema tersebut
dalam dua novel awal saya iaitu Mencari Makna Cinta dan Aku, Dia, Blog dan
Madu. Jika saya didedahkan dengan novel novel yang bergenre thriller,
kemasyarakatan, keislaman dan sebagainya sejak dari awal lagi, mungkin saya
tidak menghasilkan dua buah novel online yang entah bila mahu tamat itu.
Pembaca novel tempatan perlu menukar
selera pembacaan mereka dengan membaca karya karya yang boleh memberi nilai
nilai intelektual dan mencabar daya keilmuan masing masing. Penulis penulis
novel tempatan pun perlu keluar dari kepompong cerita cerita cinta dan cuba
untuk menghasilkan karya karya yang bagus sebegitu. Semoga sastera Melayu ini
akan didaulatkan dan ditempatkan di tempat yang tertinggi oleh anak bangsanya
sendiri.
Assalamualaikum Hai,Bonde blogwalking kat sini.
BalasPadamExchange Feed Group ada menganjurkan http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 ,
Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.
Banyak yang menulis kisah cinta mungkin kerana pengalaman dan ianya mudah untuk dikembangkan.
BalasPadamsy teringat dulu2 sy pernah baca novel yg berkisarkan kehidupan anak yatim piatu...masih kecil dan hidup sebagai gelandangan....mengutip lebihan daging yg dibuang di pasar untuk meneruskan kelangsungan hidup....sy suka novel yg mcm ni...mengajar erti hidup sebenar....
BalasPadamSebab kisah cinta paling mudah nak ditulis agaknya. Lagipun para suri rumah sangat suka cerita yang sedih2 ni..;)
BalasPadambetul betul, penulis novel kena keluar dr kepompong.. jgn buat novel syok sendiri je.. banyak novel yg cerita seakan akan sama.. pastu cerita x kuat mana.. dijadikan drama...
BalasPadam