Sebagai seorang yang telah
berkecimpung dalam dunia penulisan blog selama tiga tahun, saya telah
menimba pelbagai pengalaman dalam dunia blog itu sendiri. Namun, pengalaman
yang saya perolehi itu tidaklah dapat dibandingkan dengan pengalaman pengalaman
yang berjaya dikutip oleh blogger blogger yang sudah sepuluh tahun menulis
blog.
Saya ini boleh jadi blogger separuh
politik, blogger yang membicarakan isu isu semasa, blogger hiburan, blogger
sastera, blogger perniagaan online, blogger pengedar Shaklee, dan blogger sosial. Pendek kata,
saya tidak punya niche khusus dalam penulisan blog. Apa sahaja yang saya
mahu tulis, saya akan tulis di dalam blog ini untuk dikongsikan dengan blogger
blogger lain dan anggota masyarakat di luar sana.
Setelah tiga tahun menulis blog, saya
telah meletakkan diri saya sebagai seorang blogger pengedar Shaklee sebagai
cara untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada menulis blog. Sebelum itu,
saya pernah menjadi blogger yang bukan dalam kalangan blogger pengedar Shaklee
seperti hari ini.
Sejujurnya dalam dunia ini bukan
hanya ada dua golongan blogger sahaja – blogger pengedar Shaklee dan blogger
bukan pengedar Shaklee. Ada banyak sebenarnya golongan golongan yang diwakili
oleh blogger blogger di Malaysia dan blogger blogger di peringkat antarabangsa.
Tetapi, untuk memberi kefahaman kepada anda berkenaan entri ini, maka saya
kelaskan seluruh blogger di Malaysia ini dalam dua kumpulan iaitu blogger
pengedar Shaklee dan blogger bukan pengedar Shaklee.
Di dalam entri ini, blogger pengedar
Shaklee merujuk kepada blogger blogger yang menjual produk Shaklee melalui
medium blog. Mereka ini kebanyakannya terdiri dalam kalangan wanita. Di dalam
entri mereka akan memaparkan tentang kebaikkan produk produk Shaklee, tips tips
kesihatan, resepi, pelancongan dan sebagainya.
Berbeza dengan blogger bukan pengedar
Shaklee, skop mereka ini lebih luas lagi berbanding dengan blogger pengedar
Shaklee. Kebanyakkan daripada mereka ini terdiri daripada blogger blogger
terkenal yang ada di Malaysia. Boleh dikatakan semua blogger terkenal Malaysia
berada dalam kumpulan ini. Mereka ini merupakan blogger yang menulis pelbagai
perkara dalam setiap entri di blog mereka. Pendek kata, semua blogger yang
tidak menjual produk Shaklee berada dalam kumpulan ini.
Sebagai seorang blogger yang berada
dalam kumpulan blogger pengedar Shaklee dan pernah juga menjadi blogger dalam
kumpulan yang bukan pengedar Shaklee, saya melihat perbezaan yang agak ketara
dalam kedua dua kumpulan blogger ini terutama dari segi interaksi dengan
blogger lain walaupun blogger pengedar Shaklee ini tidaklah popular seperti
mana blogger blogger bukan pengedar Shaklee.
Walaupun blogger pengedar Shaklee ini
tidak popular seperti mana blogger bukan pengedar Shaklee, namun jangan
sesekali memandang rendah pada kemampuan mereka dalam dunia blog. Kemampuan
mereka dalam menghasilkan entri juga tidak kalah dengan blogger popular yang
wujud di luar sana. Tambah menarik, mereka ini mampu meraih pendapatan lima
angka sebulan hasil daripada berniaga Shaklee melalui medium blog sahaja! Tidak ramai
blogger yang bukan pengedar Shaklee mampu untuk menjadi seperti mereka.
Berbalik kepada tajuk entri,
perbezaan besar antara blogger pengedar Shaklee dengan blogger yang bukan
pengedar Shaklee adalah interaksi mereka dengan blogger lain. Sebagai contoh,
jika saya singgah di mana mana blog pengedar Shaklee, dan tinggalkan satu dua
komen, esok mereka pasti tidak akan teragak agak untuk singgah di blog saya
semula, baca kandungan entri saya dan sudah pasti akan tinggalkan komen juga di
akhir entri saya. Perbuatan semacam itu memang jarang dilakukan oleh blogger
blogger yang bukan dalam kalangan pengedar Shaklee terutama blogger popular!
Hampir setiap hari saya blogwalking
dari satu blog ke satu blog. Paling kurang sepuluh blog sehari saya akan
singgah, baca dan komen di entri mereka. Jika saya singgah itu di blog pengedar
Shaklee, sudah pasti mereka akan datang semula ke blog saya untuk melakukan
perkara yang sama. Tetapi, jika saya singgah, baca, dan komen di blog yang
bukan pengedar Shaklee, hanya satu peratus sahaja mereka akan melakukan perkara
yang sama.
Itulah perbezaan ketara yang saya
perhatikan sepanjang saya menjadi blogger lebih kurang tiga tahun ini. Blogger
blogger yang bukan pengedar Shaklee ini seakan akan takut atau mungkin malas
untuk membalas semula kunjungan yang dilakukan oleh blogger lain di blog
mereka. Mereka seakan akan takut follower mereka lari atau pageview
mereka menurun jika mereka membalas semula kunjungan blogger lain ke blog
mereka. Ingatlah, tidak hilang bisa ular yang menyusur akar…
Tujuan saya menulis entri ini
bukanlah untuk mencetuskan kontroversi atau memprovokasi mana mana blogger yang
ada di Malaysia ini. Saya cuma meluahkan pendapat dan pandangan saya sebagai
seorang blogger yang kecil yang wujud dalam sisipan jutaan blogger yang ada di negara ini.
Walaubagaimanapun, bukan semua
blogger yang bukan pengedar Shaklee seperti yang saya gambarkan dalam entri
ini. Ada juga dalam kalangan mereka yang sikapnya sama seperti blogger pengedar
Shaklee itu tadi. Tidak juga dilupakan ada juga blogger pengedar Shaklee itu
yang sikapnya lebih kurang sama dengan blogger yang bukan pengedar Shaklee seperti
yang digambarkan dalam entri ini.
Walau apa pun, yang penting dalam
dunia ini ialah kita menjaga hubungan kita sesama manusia selepas kita menjaga
hubungan kita dengan Allah. Dunia penulisan blog ini sangat besar dan wajarlah
kita membina hubungan yang baik sesama blogger. Apa salahnya kita mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama blogger dengan menggunakan medium blog sahaja.
Dengan cara itu, kita bukan sahaja akan dapat pelbagai ilmu baru, malah dapat
ramai kawan sama. Wassalam…
normal bab komen-komen nih.
BalasPadambukan semua orang rajin komen walaupun diorang rajin membaca. :)
Hehehehe..sy pun pernah gak rasa mcm haziq bgtau tu...kdg kita tgk dia komen yg blog lain...tp xpernah pon singgah kt blog kita...nak buat mcm mn...kita ni sedar sape kita kan...akhirnya sy dah xpergi dah pun kt situ..ramai lagi kengkawan lain yg ikhlas kwn ngn kita...nk crik yg ikhlas tu bkn senang kan...salah 1 rencah hidup...hehehehe
BalasPadamSegmen blogwalking memang perlu untuk semua blogger. Tapi segelintir blogger ade yang tak rasa pentingnya buat blogwalking. Bagaimana pun blog satu medium untuk kita lebih bersilaturahmi dengan sesama. Banyak ilmu yang boleh kita dpt dengan singgah ke mana mana blog. Mereka akan balas kita atau tidak itu terpulang mereka.
BalasPadamOrang yang tak balas komen atau bw, myb dorg sibuk kot :)..xpa..yg pnting kita wujudkn suasana bw ni sbb best.dpt kenal blogger2 lain :)
BalasPadamHihi... bagi mek ila ini berkaitan dengan sikap. Kalau blogger terkenal tu ok, dia pun akan berkunjung balik ke blog kita atau memberi komen.
BalasPadamApa pun saling menyokong dan menghargai amalan yang memang baik dalam persahabatan.
Haziq sememangnya seorang yang rajin... Semoga berjaya dalam berblogging dan bisnes yer ^-^
BalasPadamwahh jual shaklee pulak . semoga dipermudahkan . .
BalasPadamp/s : lama x singgah sini . hehee
kena rajin blogwalking n komen, baru orang tahu kewujudan blog kita. hehe...
BalasPadam