Isnin, 22 Jun 2015

PERBEZAAN TERBESAR BLOGGER PENGEDAR SHAKLEE DENGAN BLOGGER BUKAN PENGEDAR SHAKLEE



Sebagai seorang yang telah berkecimpung dalam dunia penulisan blog selama tiga tahun, saya telah menimba pelbagai pengalaman dalam dunia blog itu sendiri. Namun, pengalaman yang saya perolehi itu tidaklah dapat dibandingkan dengan pengalaman pengalaman yang berjaya dikutip oleh blogger blogger yang sudah sepuluh tahun menulis blog.

Saya ini boleh jadi blogger separuh politik, blogger yang membicarakan isu isu semasa, blogger hiburan, blogger sastera, blogger perniagaan online, blogger pengedar Shaklee, dan blogger sosial. Pendek kata, saya tidak punya niche khusus dalam penulisan blog. Apa sahaja yang saya mahu tulis, saya akan tulis di dalam blog ini untuk dikongsikan dengan blogger blogger lain dan anggota masyarakat di luar sana.

Setelah tiga tahun menulis blog, saya telah meletakkan diri saya sebagai seorang blogger pengedar Shaklee sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada menulis blog. Sebelum itu, saya pernah menjadi blogger yang bukan dalam kalangan blogger pengedar Shaklee seperti hari ini.


Sejujurnya dalam dunia ini bukan hanya ada dua golongan blogger sahaja – blogger pengedar Shaklee dan blogger bukan pengedar Shaklee. Ada banyak sebenarnya golongan golongan yang diwakili oleh blogger blogger di Malaysia dan blogger blogger di peringkat antarabangsa. Tetapi, untuk memberi kefahaman kepada anda berkenaan entri ini, maka saya kelaskan seluruh blogger di Malaysia ini dalam dua kumpulan iaitu blogger pengedar Shaklee dan blogger bukan pengedar Shaklee.

Di dalam entri ini, blogger pengedar Shaklee merujuk kepada blogger blogger yang menjual produk Shaklee melalui medium blog. Mereka ini kebanyakannya terdiri dalam kalangan wanita. Di dalam entri mereka akan memaparkan tentang kebaikkan produk produk Shaklee, tips tips kesihatan, resepi, pelancongan dan sebagainya.

Berbeza dengan blogger bukan pengedar Shaklee, skop mereka ini lebih luas lagi berbanding dengan blogger pengedar Shaklee. Kebanyakkan daripada mereka ini terdiri daripada blogger blogger terkenal yang ada di Malaysia. Boleh dikatakan semua blogger terkenal Malaysia berada dalam kumpulan ini. Mereka ini merupakan blogger yang menulis pelbagai perkara dalam setiap entri di blog mereka. Pendek kata, semua blogger yang tidak menjual produk Shaklee berada dalam kumpulan ini.

Sebagai seorang blogger yang berada dalam kumpulan blogger pengedar Shaklee dan pernah juga menjadi blogger dalam kumpulan yang bukan pengedar Shaklee, saya melihat perbezaan yang agak ketara dalam kedua dua kumpulan blogger ini terutama dari segi interaksi dengan blogger lain walaupun blogger pengedar Shaklee ini tidaklah popular seperti mana blogger blogger bukan pengedar Shaklee.

Walaupun blogger pengedar Shaklee ini tidak popular seperti mana blogger bukan pengedar Shaklee, namun jangan sesekali memandang rendah pada kemampuan mereka dalam dunia blog. Kemampuan mereka dalam menghasilkan entri juga tidak kalah dengan blogger popular yang wujud di luar sana. Tambah menarik, mereka ini mampu meraih pendapatan lima angka sebulan hasil daripada berniaga Shaklee melalui medium blog sahaja! Tidak ramai blogger yang bukan pengedar Shaklee mampu untuk menjadi seperti mereka.

Berbalik kepada tajuk entri, perbezaan besar antara blogger pengedar Shaklee dengan blogger yang bukan pengedar Shaklee adalah interaksi mereka dengan blogger lain. Sebagai contoh, jika saya singgah di mana mana blog pengedar Shaklee, dan tinggalkan satu dua komen, esok mereka pasti tidak akan teragak agak untuk singgah di blog saya semula, baca kandungan entri saya dan sudah pasti akan tinggalkan komen juga di akhir entri saya. Perbuatan semacam itu memang jarang dilakukan oleh blogger blogger yang bukan dalam kalangan pengedar Shaklee terutama blogger popular!

Hampir setiap hari saya blogwalking dari satu blog ke satu blog. Paling kurang sepuluh blog sehari saya akan singgah, baca dan komen di entri mereka. Jika saya singgah itu di blog pengedar Shaklee, sudah pasti mereka akan datang semula ke blog saya untuk melakukan perkara yang sama. Tetapi, jika saya singgah, baca, dan komen di blog yang bukan pengedar Shaklee, hanya satu peratus sahaja mereka akan melakukan perkara yang sama.

Itulah perbezaan ketara yang saya perhatikan sepanjang saya menjadi blogger lebih kurang tiga tahun ini. Blogger blogger yang bukan pengedar Shaklee ini seakan akan takut atau mungkin malas untuk membalas semula kunjungan yang dilakukan oleh blogger lain di blog mereka. Mereka seakan akan takut follower mereka lari atau pageview mereka menurun jika mereka membalas semula kunjungan blogger lain ke blog mereka. Ingatlah, tidak hilang bisa ular yang menyusur akar…

Tujuan saya menulis entri ini bukanlah untuk mencetuskan kontroversi atau memprovokasi mana mana blogger yang ada di Malaysia ini. Saya cuma meluahkan pendapat dan pandangan saya sebagai seorang blogger yang kecil yang wujud dalam sisipan jutaan blogger yang ada di negara ini.

Walaubagaimanapun, bukan semua blogger yang bukan pengedar Shaklee seperti yang saya gambarkan dalam entri ini. Ada juga dalam kalangan mereka yang sikapnya sama seperti blogger pengedar Shaklee itu tadi. Tidak juga dilupakan ada juga blogger pengedar Shaklee itu yang sikapnya lebih kurang sama dengan blogger yang bukan pengedar Shaklee seperti yang digambarkan dalam entri ini.

Walau apa pun, yang penting dalam dunia ini ialah kita menjaga hubungan kita sesama manusia selepas kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Dunia penulisan blog ini sangat besar dan wajarlah kita membina hubungan yang baik sesama blogger. Apa salahnya kita mengeratkan hubungan silaturrahim sesama blogger dengan menggunakan medium blog sahaja. Dengan cara itu, kita bukan sahaja akan dapat pelbagai ilmu baru, malah dapat ramai kawan sama. Wassalam…






8 ulasan:

  1. normal bab komen-komen nih.

    bukan semua orang rajin komen walaupun diorang rajin membaca. :)

    BalasPadam
  2. Hehehehe..sy pun pernah gak rasa mcm haziq bgtau tu...kdg kita tgk dia komen yg blog lain...tp xpernah pon singgah kt blog kita...nak buat mcm mn...kita ni sedar sape kita kan...akhirnya sy dah xpergi dah pun kt situ..ramai lagi kengkawan lain yg ikhlas kwn ngn kita...nk crik yg ikhlas tu bkn senang kan...salah 1 rencah hidup...hehehehe

    BalasPadam
  3. Segmen blogwalking memang perlu untuk semua blogger. Tapi segelintir blogger ade yang tak rasa pentingnya buat blogwalking. Bagaimana pun blog satu medium untuk kita lebih bersilaturahmi dengan sesama. Banyak ilmu yang boleh kita dpt dengan singgah ke mana mana blog. Mereka akan balas kita atau tidak itu terpulang mereka.

    BalasPadam
  4. Orang yang tak balas komen atau bw, myb dorg sibuk kot :)..xpa..yg pnting kita wujudkn suasana bw ni sbb best.dpt kenal blogger2 lain :)

    BalasPadam
  5. Hihi... bagi mek ila ini berkaitan dengan sikap. Kalau blogger terkenal tu ok, dia pun akan berkunjung balik ke blog kita atau memberi komen.
    Apa pun saling menyokong dan menghargai amalan yang memang baik dalam persahabatan.

    BalasPadam
  6. Haziq sememangnya seorang yang rajin... Semoga berjaya dalam berblogging dan bisnes yer ^-^

    BalasPadam
  7. wahh jual shaklee pulak . semoga dipermudahkan . .

    p/s : lama x singgah sini . hehee

    BalasPadam
  8. kena rajin blogwalking n komen, baru orang tahu kewujudan blog kita. hehe...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.