Isnin, 1 Jun 2015

PERANG AGAMA MUNGKIN BERLAKU DI MALAYSIA

Sumber : Google

Entri yang mahu saya tulis ini bukanlah entri yang bersifat hasutan atau menghasut mana mana pihak supaya terlibat di dalam kancah peperangan tetapi sebaliknya sebuah entri yang memberi amaran dan peringatan kepada semua pihak supaya menjaga sensitiviti agama dalam kalangan rakyat Malaysia agar peperangan agama tidak berlaku seperti mana peristiwa 13 Mei 1969 yang telah berlaku dahulu sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku kerana masalah ketegangan kaum. Peristiwa itu terjadi kerana sensitiviti kaum tidak dipelihara dengan baik sehingga menimbulkan rasa marah lalu berlakulah pertumpahan darah sehingga meragut banyak nyawa. Sudah pastilah kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa tersebut berulang lagi.

Jika sensitiviti agama tidak dipelihara atau dijaga dengan baik oleh kerajaan dan rakyat Malaysia, tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969 itu boleh berulang lagi cuma dalam situasi yang berbeza. Kalau dahulu peristiwa tersebut berlaku kerana berpaksikan kepada perkauman tetapi jika peristiwa itu berlaku sekali lagi ia berpaksikan pula kepada keagamaan.


Jika kita melihat pada hari ini, penghinaan terhadap Islam, Allah, Nabi Muhammad s.a.w, dan apa sahaja yang bersangkut paut dengan orang Islam dan agama Islam, begitu banyak sekali dilakukan di media media sosial. Kerajaan sendiri pun dilihat seolah olah tidak mampu mengawal perkara tersebut. Tidak banyak individu individu yang sengaja menyentuh sensitiviti agama itu ditangkap seperti Alvin Tan misalnya yang telah menghina azan tidak lama dahulu.        

Jika perkara semacam itu masih berterusan tanpa ada sebarang kekangan yang ketat dari kerajaan, nescaya tidak mustahil perang agama akan berlaku di negara ini. Umat Islam terus bersabar dengan segala tindak tanduk orang bukan Islam yang terus mencabar dan menghina agama Islam. Umat Islam sekadar mengecam dan tidak membuat apa apa tindakan pun terhadap penghina penghina Islam ini. Namun, kita harus ingat. Kesabaran umat Islam juga ada batasnya. Saya khuatir jika kesabaran itu sudah habis, senjata dan darah pula yang menjadi galang gantinya.

Umat Islam di Malaysia terus bersabar dengan segala penghinaan yang dilemparkan oleh orang bukan Islam terhadap agama mereka. Mereka langsung tidak membalasnya dengan melakukan perkara yang sama terhadap orang bukan Islam. Kerajaan pula mengambil sikap pilih kasih dalam hal ini. Jika umat Islam menyentuh sensitiviti agama lain, tindakan segera pasti akan diambil terhadap mereka tetapi jika orang bukan Islam menyentuh sensitiviti agama Islam, satu minggu pun belum tentu mampu untuk menangkap mereka.

Sebagai orang Islam, saya memberi peringatan kepada orang bukan Islam supaya tidak menghina Islam sesuka hati anda. Kami sentiasa menjaga sensitiviti agama anda bermakna anda juga perlu menjaga sensitiviti agama kami. Jangan sesekali menghina agama kami dengan sewenang-wenangnya di dalam media sosial seperti mana yang berlaku sekarang.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan yang tegas dan segera kepada mana mana pihak yang sengaja menghina agama lain sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan tidak boleh memilih bulu dalam hal ini. Sesiapa sahaja yang bersalah perlu dihukum tidak kira ia dalam kalangan orang Islam atau dalam kalangan orang bukan Islam.     

Sebagai penutup, marilah kita menjaga sensitiviti agama orang lain supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan berbilang agama di Malaysia.
      





3 ulasan:

  1. Kerajaan perlu adil dan tegas dalam mengambil tindakan. Kita mungkin faham ada tekanan dari luar yang membataskan tindakan pihak berkuasa namun agama perlu dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir..

    BalasPadam
  2. bibit-bibit tu dah ada. harap tak la terjadi.

    BalasPadam
  3. Kalau semua org saling memahami antara 1 sama lain mgkin perkara begini dapat dielakkan

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.