Kemenangan kumpulan pro ulamak dalam
menewaskan golongan professional di dalam pimpinan tertinggi PAS yang
berlangsung baru baru ini telah mengejutkan ramai orang dan pemerhati politik.
Saya juga turut terkejut dengan kemenangan tersebut. Ramai berpendapat ada
‘udang di sebalik batu’ telah berlaku di dalam pemilihan PAS kali ini sehingga
hanya satu kumpulan sahaja yang mendominasi pimpinan tertinggi PAS – dari
Presiden hinggalah ke Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.
Saya tidak mahu mengulas berkenaan
‘udang di sebalik batu’ yang dikatakan telah mencacatkan pemilihan kali ini.
Saya juga tidak mahu mengulas akan kemenangan besar yang diperolehi kumpulan
pro ulamak. Namun saya suka untuk mengulas akan kekalahan yang berlaku kepada
kumpulan professional atau kumpulan pro liberal.
Pada hemat saya, kekalahan kumpulan
professional dalam pemilihan kali ini bukanlah kerana kumpulan pro ulamak
menolak kehadiran kumpulan professional itu. Bukan juga kerana kumpulan ulamak
mahu membolot kuasa dan rakus untuk menguasai PAS. Kumpulan ulamak pasti sedar
akan kepentingan kumpulan professional yang ada dalam PAS itu. Besar sekali
jasa kumpulan professional dalam PAS. PAS diterima oleh semua golongan pada
hari ini kerana wujudnya kumpulan professional itu di dalam PAS.
Sebagai sebuah gerakan politik, PAS
sudah pasti mahu menang pilihan raya sekaligus mentadbir Malaysia. Mentadbir
sebuah negara tidak boleh hanya menggunakan ilmu agama semata mata. Ilmu
ekonomi, ilmu pengurusan, ilmu kewangan dan segala macam ilmu juga mesti
dikuasai oleh pemimpin pemimpin PAS supaya pentadbiran dapat berjalan dengan
lancar dan teratur. Ilmu ilmu itu saya yakin tidak semua kumpulan pro ulamak
menguasainya. Oleh itu, kumpulan pro ulamak memerlukan kumpulan professional
dalam PAS untuk membantu mereka mentadbir negara ini.
Saya dapati kekalahan kumpulan
professional itu bukanlah kerana mereka professional. Mereka kalah kerana mereka
terlalu liberal, mengutamakan politik daripada agama, kerap membelakangkan
parti dalam membuat keputusan dan kenyataan serta terlalu menyokong DAP, PKR
dan Anwar Ibrahim. Mereka juga kadang
kala bertindak lebih Kristian daripada Kristian sendiri!
Penentangan DAP dalam isu Hudud tidak
pula dibantah keras oleh kumpulan professional yang ada dalam PAS. Mereka
memutuskan hubungan silaturrahim dengan UMNO tetapi bersetongkol dengan DAP
yang jelas bencikan Hudud. Mereka langsung tidak cuba mempertahankan parti dan
ahli parti yang diserang oleh DAP. Mereka terus mempertahankan tindakan DAP
yang menentang Hudud itu dengan mengeluarkan hujah hujah yang dangkal. Oleh
itu, mereka tidak mendapat kepercayaan daripada perwakilan untuk terus memimpin
PAS kerana roh mereka adalah roh DAP tetapi duduk dalam jasad PAS.
Golongan professional dilihat tidak
menghayati perjuangan PAS sepenuhnya. Mereka meletakkan politik di atas
sehingga membelakangkan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS selama ini.
Islam dan PAS terus rugi kerana masih mengekalkan golongan professional yang
berfikiran liberal ini di dalam pimpinan parti itu. Perwakilan terpaksa
mengambil mudarat yang lebih kecil dengan menyingkirkan golongan professional
dalam pimpinan parti itu daripada mengambil mudarat yang lebih besar seperti
Islam dihancurkan oleh musuh musuh Islam.
Jika kumpulan professional ini benar
benar menghayati Islam dan perjuangan PAS, serta meletakkan kepentingan Islam
melebihi kepentingan politik kepartian, saya yakin mereka akan mendominasi
kerusi dalam pimpinan tertinggi PAS. Tetapi sayang seribu kali sayang, perkara
ini tidak berlaku.
Pertembungan antara kumpulan ulamak
dan kumpulan professional bukanlah atas dasar politik semata mata tetapi atas
dasar menjaga kepentingan Islam sama. Saya kira tindakan perwakilan yang ‘menendang’
kumpulan professional dari pimpinan tertinggi PAS adalah satu tindakan yang
wajar untuk menjaga kedaulatan Islam itu sendiri.
Kesimpulannya, Islam perlu
didahulukan dalam apa juga percaturan politik yang dibuat. Kepentingan politik
tidak boleh mengatasi kepentingan Islam. Islam mesti kekal terpelihara kerana
itu adalah amanah Allah buat kita. Sebagai orang Islam, wajarlah kita membuang
mana mana pemimpin yang boleh merosakkan Islam supaya Islam akan kekal
terpelihara sampai bila bila.
jujur saya katakan.. pas akan jatuh lepas ni.. pas ni sebelum ni sebab golongan profesional. Misi dan objective nampak realistik. bukan saya tak sokong ulamak. tapi setiap apa yg kita buat perlu la seiring dan balance. kita perlukan ulamak untuk memastikan misi negara islam tercapai, at the same time kita perlu geng yg profesional untk memastikan misi negara islam dan maju tercapai.. kalau negara islam tp mundur pun tak boleh juga....
BalasPadamkdg golongan professional ni terlalu liberal...byk cth yg ktia boleh lihat....tak selari dengan perjuangan sebenar...tp xsemua gol professional ni mcm tu...
BalasPadam