Rabu, 17 Jun 2015

TERIMA KASIH BLOGGER DEANNA MORNI



Baru baru ni saya ada join satu giveaway yang dianjurkan oleh kak Deanna Morni yang merupakan seorang blogger iaitu Giveaway by Kameq Deanna tapi bukan guna blog ni, guna blog yang satu lagi iaitu sasteradanmelayu.wordpress.com. Jujur la saya cakap yang saya dah tak aktif guna blog tu. Blog tu dalam wordpress bukan dalam blogspot macam blog ni. Susah tau sebenarnya nak guna blog wordpress daripada blog blogspot kalau kita tak ada ilmu dan kesungguhan nak guna blog versi wordpress tu.




Tujuan saya join giveaway tu selain nak sokong giveaway yang dianjurkan oleh Kak Deanna, saya juga nak mempopularkan blog tu macam blog ni. Tapi entahlah…bukan senang nak membesarkan sebuah blog setelah kita melahirkannya. Blog Sastera dan Melayu versi blogspot ni membesar pun dengan bermacam macam cara yang saya lakukan dan ia mengambil masa yang sangat panjang. Berkat kesabaran selama tiga tahun akhirnya blog yang anda tatap ni boleh la dikira berjaya. Dari pembaca seorang dua je sehari jadi dua ratus orang sehari. Sekarang dah cecah lima ratus orang sehari!




Dulu blog ni memang tak ada satu blogger pun nak komen. Sekarang dah dapat sedikit peningkatan bila ramai juga blogger dah komen. Cuma sekarang ni bilangan komen agak ‘lembab’ sikit. Tak tahulah kenapa boleh jadi macam tu. Blogger yang dulu selalu datang, singgah dan komen kat blog ni macam dah tak wujud dah. Saya pun tak tahu ke mana diaorang pergi. Sama ada diaorang memang sibuk dengan komitmen sampai tak boleh nak singgah dan komen atau pun memang diaorang tak suka kat blog saya. Yalah, blog saya ni suka sangat tulis pasal isu politik. Banyak pandangan pandangan saya bertentangan dengan pendapat orang ramai lebih lebih lagi kalau saya hentam ahli politik atau parti politik yang diaorang sokong. Sebab tu kot diaorang tak suka kat blog saya dan tak datang singgah pun.



Jadi, blog ni pun kembali semula menjadi blog yang ketandusan komen macam mula mula dulu saya tulis blog. Walaupun bilangan pembaca semakin bertambah dari semasa ke semasa, bilangan komen pula yang sudah berkurangan sejak belakangan ni. Tapi saya tak adalah sedih sangat cuma terkilan sikit je. Yalah, apalah hidup seorang blogger tanpa sebarang komen di blognya.



Bercakap pasal komen ni penting sebenarnya dalam hidup seorang blogger. Dengan komenlah kita boleh tahu pandangan yang berbeza dengan pandangan yang kita kemukakan dalam penulisan kita. Dengan komen juga kita boleh tahu segala kesilapan dan cacat cela dalam penulisan blog kita. Dan dengan komen jugalah kita boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama blogger. Maklum sajalah, jadi blogger ni bukannya kita boleh jumpa dengan mana mana blogger lain. Kenal pun tidak. Kita saling mengenali sesama blogger melalui pembacaan entri dan komen komen yang kita tulis di akhir entri. 



Saya sengaja bina blog Sastera dan Melayu versi wordpress tu sebab terpengaruh dengan blog yang ditulis oleh Helen Ang. Tapi susah sebenarnya saya nak kawal dua blog sekaligus. Tak tahu nak tumpu yang mana satu. Saya ni pula jenis manusia yang tak boleh buat dua tiga kerja dalam satu masa. Akhirnya saya ambil keputusan untuk biarkan blog Sastera dan Melayu versi wordpress tu tanpa dikemaskini sampai sekarang. Saya pun tak tahu nak tulis apa kat situ. Mungkin saya akan tutup terus tak lama lagi atau bagi je kat siapa siapa yang nak blog tu. Kalau nasib baik, boleh la jual blog tu dengan harga RM10 kat siapa siapa yang berminat!



Berbalik kepada tajuk entri ni, lepas saya join giveaway tu saya dah tak ambil kisah dah pasal blog tu. Yalah, masa tu saya tengah sibuk dengan final exam. Final exam untuk last semester pula tu. Jadi, blog tu pun terbengkalai la. Bukan blog tu je, blog ni pun terbengkalai sama! Saya biar je tanpa tulis apa apa entri. Maklumlah, sibuk…



Tup tup beberapa hari yang lalu Kak Deanna ada beri komen kat blog saya dan dia beritahu yang saya jadi pemenang giveaway yang saya join tu. Memang tak sangka gila yang saya boleh terpilih jadi salah seorang pemenang sebab sebelum ni memang tak pernah terpilih pun. Kalau pernah pun sekali la. Masa tu ada join peraduan yang dianjurkan oleh blogger 'berani mati', Suria Lekat Lekit kat blog dia. Menang top up RM10 masa tu. Tu la sekali menang hadiah setelah beratus giveaway yang saya join. Saya pun jarang nak join giveaway. Biasa join segmen je yang dianjurkan oleh blogger blogger lain macam Segmen Bloglist Jun – Julai Blog si polan dan si polan.



Bila Kak Deanna beritahu yang saya terpilih sebagai pemenang dan minta maklumat diri saya, saya terus bagi melalui emel dia. Dan semalam Pos Laju hantar hadiah yang saya menang tu kat rumah. Nak tahu saya menang apa? Jeng jeng jeng…



Inilah dua hadiah yang saya menang dari Kak Deanna Morni. Yang shawl tu daripada Giveaway, dan yang satu lagi tu hasil beri komen kat blog dia. Sumpah baik gila Kak Deanna. Saya tak pernah bagi dia pape hadiah tapi dia dengan baik hati bagi saya dua hadiah ni. Yang shawl tu saya bagi kat mak saya. Yalah…takkan saya nak pakai shawl kot. Saya lelaki. Nak kena bunuh dengan bapak aku ke pakai shawl tiba tiba pula. Kahkahkah. Untuk pengetahuan semua, melompat sakan mak saya bila saya bagi shawl tu. Teruja gila dia macam tak pernah ada shawl padahal dah berlambak dalam almari tu. Dapat je terus mak saya cuba shawl tu dan hari ni pakai pergi tempat kerja. Haha.



Hadiah yang Kak Deanna bagi tu sangat besar ertinya bagi saya. Saya tak ukur pada nilai, kualiti, kuantiti dan saiz hadiah tu tapi saya ukur dari segi keikhlasan orang nak beri hadiah tu. Paling tersentuh bila tengok hadiah kecil tu. Macam ada perasaan halus masuk dalam hati saya bila tengok hadiah tu. Sob sob…



Bukan nak ampu atau nak puji Kak Deanna ea, tapi Kak Deanna ni la yang selalu singgah, baca dan komen kat blog saya ni tanpa jemu. Blogger lain dah banyak pergi entah ke mana tapi dia tetap juga datang dan singgah selain dari blogger Sentiasa Panas. Inilah dua blogger yang acapkali singgah dan komen kat blog saya. Komen bukan satu entri pula tu tapi sampai dua tiga entri sekali diaorang komen.



Sebenarnya banyak lagi saya nak tulis tapi dah panjang sangat dah entri ni. Jadi kena stop sampai sini la. Di kesempatan ini nak ucapkan ribuan terima kasih kat Kak Deanna sebab sudi bagi hadiah tu kat saya. Tak ada apa yang dapat saya balas kecuali berdoa kepada Allah supaya memberi kak Deanna syurga dan semoga Kak Deanna dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal dan semoga sihat sihat selalu. Terima kasih Kak Deanna…   :) 


4 ulasan:

  1. waaa...alhamdulillah...dh sampai hadiahnye....hehehehe....terharu bila mak haziq suka shawl tuhh....sy pon xpernah mgharapkan apa2 bila sy singgah dan komen di blog ini...sy suka lepak di sini kerana sy suka baca apa yg haziq tulis....hihihih....kdg hanya sempat baca..tp xsempat nk drop komen...bila dh free skit bru leh kunjung lg sekali utk drop komen...heheheh

    papepun..terima kasih kerana sudi mnjadi sahabat maya sy...dan up entry ini....dan sangat terharu atas keihklasan entri ini...sy sentiasa berdoa smga haziq diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.... (^_^)

    BalasPadam
  2. Tahniah!.. Nnti anjurkan lab give away pula, boleh Saya join pula 😊

    BalasPadam
  3. Tahniah ya.. SP sejak 3 bulan terakhir ni sangat sibuk rasanya. Begitu berbeza sebelum ini. Skrg, macam hampir langsung tiada masa nak blogwalking..:(

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.