Isnin, 1 Jun 2015

HAK UMAT ISLAM SERING DINAFIKAN

Sumber : Google

Isu Rohingnya kembali ‘meletup’ baru baru ini setelah sepi seketika apabila ramai rakyatnya datang ke negara ini kerana tidak tahan dengan segala siksaan yang diterima oleh mereka di negara mereka sendiri. Kedatangan mereka ke Malaysia bukanlah untuk tujuan lain sebaliknya untuk mencari perlindungan dan keperluan asas.

Nasib yang menimpa orang Rohingnya seakan akan sama dengan nasib yang menimpa orang Palestin dan ramai lagi orang Islam di dunia lain. Majoriti orang Islam di dunia ini tidak berasa bahagia kerana hak mereka sering dinafikan. Mereka ditindas dan disiksa dengan sewenang – wenangnya oleh musuh Islam tanpa ada sifat perikemanusiaan. Mereka dianggap sebagai musuh kerana menganut agama Islam.

Orang bukan Islam yang tinggal di sebuah negara Islam sentiasa dilindungi oleh kerajaan di negara Islam. Mereka boleh hidup bahagia dan boleh menjadi kaya apabila tinggal di dalam negara Islam. Hak mereka sebagai rakyat sentiasa dipelihara dan terpelihara oleh pemimpin dan rakyat di negara Islam tersebut. Kerajaan dan rakyat di negara Islam tidak pernah sekalipun menindas rakyat yang bukan Islam yang tinggal di negara Islam.


Tetapi perkara yang sama tidak berlaku kepada rakyat yang beragama Islam tetapi tinggal di negara bukan Islam. Mereka ditindas, dibunuh dan disiksa tanpa belas kasihan. Hak mereka dinafikan dan dirampas oleh kerajaan dan rakyat bukan Islam yang tinggal di negara bukan Islam dengan sengaja atas alasan mereka beragama Islam.

Itulah yang terjadi kepada orang orang Rohingnya, Palestin, Gaza, selatan Thailand dan puak Uighur di China. Penduduk Bosnia Herzegovina turut menerima nasib yang sama.

Bukan itu sahaja, umat Islam di negara Islam pun sering dinafikan haknya seperti di Malaysia, Iraq, Afghanistan, dan sebagainya. Seperti di Malaysia, umat Islam tidak boleh terlalu keras bercakap tentang Islam kelak akan dipanggil sebagai rasis, ultra, pelampau, ekstreamis, dan sebagainya walaupun Islam itu adalah hak mereka dan terjamin pula dalam Perlembagaan Persekutuan. Agama Islam dihina dengan sewenang wenangnya tanpa sebarang tindakan diambil. Cuba umat Islam bercakap tentang sensitiviti agama lain, sudah pasti sehari dua polis akan tiba di pintu rumah untuk dibawa ke balai.

Begitu juga yang terjadi kepada umat Islam di negara Islam lain seperti Iraq, Somalia dan Afghanistan misalnya. Kebahagiaan yang mereka kehendaki tidak dapat mereka kecapi sejak Amerika Syarikat dan sekutunya mula menceroboh negara mereka. Keamanan yang mereka harap harapkan musnah begitu sahaja apabila bom bila bila masa sahaja boleh meletup walau di mana sahaja mereka berada.

Jelas hak umat Islam di seluruh dunia sering dinafikan tidak kira walau di mana mereka berada. Umat Islam bukan sahaja tidak bebas mengamalkan agama mereka, tetapi juga sering ditindas dan dibunuh. Kebahagiaan yang mereka sering harap harapkan tidak pernah muncul walaupun mereka tinggal di negara Islam (negara mereka sendiri).

Bukan itu sahaja. agama Islam dihina dan diperlekehkan dengan sesuka hati tanpa ada sebarang pembelaan yang mampu untuk dilakukan. Mereka terhalang dengan diskriminasi dan undang undang untuk mempertahankan agama mereka. Mereka menjadi mangsa permainan politik rakus pihak pihak tertentu.

Jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada orang bukan Islam, sudah pasti ramai pemimpin dan NGO asing akan melaung-laungkan tentang hak asasi manusia untuk membela mereka tetapi di dalam isu Rohingnya itu, di mana suara hak asasi manusia itu yang acapkali dilaung laungkan oleh pemimpin dan NGO hak asasi manusia? Mengapa mereka tidak mengecam kerajaan dan penduduk Myanmar yang jelas dan terang telah melakukan ethnic cleansing terhadap penduduk Islam Rohingnya?

Jika negara Islam melakukan sesuatu perkara yang tidak betul pada pandangan negara Barat, sudah pasti pelbagai sekatan seperti sekatan ekonomi dilakukan kepada negara tersebut. Amerika Syarikat yang terkenal sebagai ‘Polis Dunia’ pasti akan mengenakan pelbagai tekanan kepada negara Islam tersebut. Ironinya, tindakan yang sama tidak pula diambil terhadap kerajaan Myanmar yang jelas berlaku kejam terhadap rakyat Rohingnya yang merupakan rakyat mereka sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh, ketidakadilan dan diskriminasi agama berlaku dalam hal sebegini. Barat khususnya Amerika Syarikat dan PBB hanya mengambil tindakan jika berlaku sesuatu yang tidak elok kepada penduduk yang bukan Islam tetapi membutakan mata dan memekakkan telinga apabila berlaku sesuatu yang tidak elok kepada penduduk yang beragama Islam.

Ini memberi gambaran yang sangat jelas bahawa hak umat Islam di mana mana pun hatta di Malaysia sering kali dinafikan, diketepikan dan sudah pasti dirampas tanpa mendapat sebarang pembelaan. Umat Islam ramai tetapi umpama buih buih di lautan sahaja bak sabda Nabi Muhammad s.a.w. kerana tidak mampu untuk mempertahankan agama mereka sendiri.

Apakah yang akan terjadi kepada umat Islam selepas ini jika haknya terus dinafikan? Apakah yang akan terjadi kepada penduduk Rohingnya jika hak mereka terus dirampas dan mereka pula terus disiksa dan dibunuh dengan kejam di negara mereka sendiri? Itulah persoalan yang wajar ditanya dalam diri kita semua sebagai saudara sesama Islam.

Ya Allah, selamatkanlah penduduk Islam Rohingnya dari terus dibunuh dan ditindas. Jauhkan mereka dari sebarang bahaya dan malapetaka. Lindungilah mereka dari kekejaman musuh musuh Islam. Perkukuhkan iman mereka agar terus bersama agamaMu. Berilah mereka syahid tatkala mereka dibunuh kerana mempertahankan agamaMu. Amin…
 


2 ulasan:

  1. Beginilah hebatnya tekanan dan penindasan terhadap umat Islam. Malangnya umat Islam sendiri berpecah belah sesama sendiri sehingga tidak menakutkan musuh..

    BalasPadam
  2. Bila umat islam dibunuh...lgsg tiada suara yg mmpertahankan tp bila bukan islam dizalimi terus menuduh org islam yg menzalimi...sungguh tidak adil...

    Psstt....haziq...kalau xsilap...haziq de join GA sy hrtu kan...tp gn blog 1 lg....rasanye ada menang something...nti emelkan maklumat yee...hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.