Sabtu, 7 Februari 2015

DATUK

Sumber : Google



Datuk,
Dulu gelaran itu tinggi nilainya,
Dulu gelaran itu tinggi darjatnya,
Dulu gelaran itu tinggi martabatnya,
Kini gelaran itu,
Kian pelik kita mendengarnya.

Datuk,
Dulu gelaran itu,
Diberi kepada,
Orang yang benar benar berjasa,
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada yang telah berjasa,
Menaikkan nama negara,
Di mata dunia.

Datuk,
Sudah ramai orang yang terima,
Entah manusia dari ceruk mana,
Entah apa jasanya kepada negara,
Juga kepada manusia,
Yang tiada kena mengena,
Dengan negara Malaysia.

Datuk,
Gelaran itu kian pudar martabatnya,
Umpama gelaran yang sudah biasa,
Didengar menjadi halwa telinga,
Bukan gelaran untuk manusia yang berjasa sahaja,
Tetapi juga untuk manusia,
Yang tiada nilainya,
Di mata bangsa mahupun nusa.

Datuk,
Dirimu sudah ternoda,
Kerana berada di tangan yang bukan ahlinya,
Kerana berada di tangan manusia yang entah apa apa,
Aku malu Datuk,
Melihat dirimu,
Yang kini umpama seekor kutu. 

Related Posts:

  • SAJAK : KEINGINAN Mereka merentas jalan raya, Melancong bersama sama, Sedangkan aku pula, Hanya memerhati sahaja, Kerana aku jauh dari mereka, Aku tidak hampir de… Read More
  • SAJAK : POLITIK BAHAYA Politik, Sungguh dahsyat penangan kuasa mu, Sungguh hebat peranan mu, Dalam melaga lagakan pemimpin, Sehingga mampu mencemar agama, bangsa dan ne… Read More
  • SAJAK : PENTADBIR KUMPULAN SUNYI Setelah ditinggalkan, Kini aku adalah pentadbir, Sebuah kumpulan sunyi, Yang keseorangan, Tanpa teman, Tanpa ahli kumpulan. Aku adalah pentadbi… Read More
  • SAJAK : DILEMA SEORANG PENULIS Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, Apatah lagi untuk menjadi penulis yang berjaya, Pelbagai rintangan dan cabaran perlu dihadapi, Untuk me… Read More
  • SAJAK : SALAM PERJUANGAN BUAT TEMAN Duhai temanku di luar sana, Masih butakah mata hatimu? Masih butakah mata kepalamu? Melihat dunia ini Yang serba serbi dilanda gelora Sebuah ge… Read More

3 ulasan:

  1. Kalau dulu gelarang Datuk / Dato' ni boleh buat kita kagum, sekarang mcm dah tak bermakna...
    Saya rasa gelaran Datuk (grandfather) lebih bermakna... hehehe

    BalasPadam
  2. Dari negara lain pun boleh dapat gelaran Datuk.
    Tu yang pelik dengan Malaysia ni.

    BalasPadam
  3. skg bila sebut datuk org dah tak rasa apa yg spesel...kecuali bg yg timang cucu...hehehehe

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.