Khamis, 12 Februari 2015

JIKA DAP MASUK BN…

Sumber : Google

Cakap cakap politik mengatakan, ada pihak pihak tertentu yang mahukan DAP meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan bersama dengan keluarga besar Barisan Nasional (BN). Setakat mana dakwaan itu benar tidak dapat saya pastikan. Dakwa cakap cakap politik itu, ini berikutan kegagalan UMNO mengajak PAS masuk ke dalam BN.

Menurut Tokoh Pendidikan, Tan Sri Nordin Kardi di dalam kolumnya di Utusan Malaysia, perjuangan DAP yang mahu mewujudkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ jika berjaya memerintah Malaysia kelak adalah sama dengan konsep 1Malaysia yang diuarkan-uarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Saya tidak tahu setakat mana bagusnya cadangan itu namun pada saya cadangan itu agak dangkal bunyinya. Ini kerana pasti akan berlaku pertelingkahan dalam keluarga besar BN terutama dalam kalangan MCA dan GERAKAN dengan DAP dari segi jawatan dalam kabinet dan dalam pembahagian kerusi pilihan raya.


Jujur saya katakan bahawa cadangan itu bukan cadangan yang baik. Jangan ingat DAP boleh dijinakkan jika mereka menyertai BN. Mungkin sifat chauvinis mereka akan bertambah hebat jika mereka bersama BN. Kalau MCA sendiri pun sudah tinggi semangat chauvinisnya di dalam BN, adakah apabila DAP masuk BN, semangat chauvinisnya boleh pudar?   

Pada saya, perjuangan DAP langsung tidak sama dengan BN. Seteruk teruk BN, mereka masih menjunjung Perlembagaan negara namun DAP tidak begitu. Jika mereka menjunjung Perlembagaan negara, masakan mereka boleh menolak Hukum Hudud dilaksanakan. Hukum Hudud itu satu hukum dalam agama Islam dan kebetulan Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. Jadi, wajarlah Hukum Hudud mahu dilaksanakan di Kelantan.

Jelas, perjuangan DAP bercanggah dengan Perlembagaan negara. DAP juga tidak suka akan kuota Bumiputera terutama Melayu yang diberi untuk masuk ke dalam UiTM. Pada mereka, kuota untuk orang Melayu masuk ke dalam UiTM perlu dihapuskan seperti mana disuarakan oleh Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofea sewaktu PRK Parlimen Teluk Intan dahulu.

Perlu diingatkan bahawa kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dijamin oleh Perlembagaan. Oleh itu, wajarlah orang Melayu diberi kuota lebih untuk masuk ke universiti awam memandangkan orang Melayu bukan semuanya mampu untuk bersaing dengan pelajar pelajar Cina yang pandai pandai itu!  Jika kuota itu pun mereka mahu hapuskan, tidak mustahil hak istimewa orang Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan itu boleh mereka hapuskan jika mereka memerintah nanti. 

Tambahan pula, orang Melayu sekalipun tidak pernah meminta atau mempertikaikan kewujudan SJKC dan SJKT di Malaysia walaupun perkara itu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, ura ura untuk mengajak DAP masuk ke dalam BN perlu dilupakan dengan segera. Apa yang perlu BN lakukan terutama UMNO adalah menyatu-padukan semua orang Islam agar umat Islam dan agama Islam kekal terpeliharan sampai bila bila.  

Akhir kata, marilah sama sama kita berdoa akan umat Islam dan agama Islam itu sendiri akan kekal terjaga hingga ke akhir waktu.


4 ulasan:

  1. UMNO bukannya terlalu lemah sehingga perlu bergabung dengan DAP. Apa yg perlu hanya muhasabah dlm pasukan dan menyingkir pemimpin yg lemah dan malas membuat kerja.

    BalasPadam
  2. Bagi zumal DAP tak diperlukan dalam BN...

    BalasPadam
  3. kalau dah tidak sehaluan...biar laa belayar ikut layar masing2...dalam 1 kapal xleh ada 2 kapten....takut kapal tenggelam

    BalasPadam
  4. jangan lupa kisah lama apabila PAP nak memasuki pilihanraya malaysia semasa singapore berada dalam malaysia lagi... dan jangan lupa akan agenda lee kuan yew utnuk menjadikan Malaysian Malay...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.