Sumber : Google |
Anugerah Meletop Era baru sahaja
melabuhkan tirainya pada minggu lepas. Tiada apa yang saya mahu tegur tentang
anugerah tersebut kecuali pemenang anugerah tidak boleh bercakap lebih daripada
lima patah perkataan. Saya tahu semua program mahu mengejar masa namun pada
saya lima patah perkataan untuk membuat ucapan bukanlah satu tindakan yang
bagus sebenarnya. Banyak pihak yang mahu dihargai oleh pemenang tidak dapat
disebut ketika menyampaikan ucapan.
Pada saya, Anugerah Meletop Era pada
tahun ini lebih bagus daripada tahun lepas. Ini mungkin kerana adanya kehadiran
Johan sebagai pengacara bersama Datuk AC Mizal, Nabil, Neelofa dan Zizan yang
mampu menggamatkan suasana dengan lawak jenakanya. Itulah kelebihan Johan yang
tidak ada pada pelawak dan pengacara lain yang ada di Malaysia ini.
Di sebalik ramai orang memperkatakan
tentang kehebatan Johan sebagai ‘teraju utama’ dalam anugerah tersebut,
kehadiran Neelofa sebagai pengacara bersama tidak lepas daripada diperkatakan
dan mendapat ulasan orang ramai. Apa yang menyedihkan, kata kata dan ulasan
yang dilemparkan kepada Neelofa hanyalah kritikan dan bersifat negatif semata
mata seolah olah Neelofa itu melakukan dosa yang sangat besar! Pelbagai perkara
yang dilakukan oleh gadis kelahiran Kelantan itu mendapat kritikan dan kecaman
daripada masyarakat terutama di media media sosial.
Pada tahun lepas, Neelofa dikecam dan
dicemuh kerana memakai baju ketat berwarna merah jambu sehingga dia disamakan
seperti watak adiwira Power Rangers. Kini, baju beliau sekali lagi
dikecam dan dikatakan seperti sotong kurita dan juga toto (tilam)! Neelofa juga
dikatakan hanya sebagai perhiasan sahaja dan dilihat tenggelam di dalam
kehebatan empat lagi pengacara yang lain.
Saya menulis entri ini bukan kerana
saya adalah peminat nombor wahid atau ingin membela Neelofa tetapi saya tidak
suka akan sikap negatif masyarakat kita yang dilemparkan kepada Neelofa. Saya
tidak tahu dosa apakah yang telah Neelofa lakukan sehingga masyarakat sanggup
mencemuhnya sebegitu rupa. Masyarakat juga seakan akan terlupa bahawa Neelofa
itu adalah seorang manusia biasa yang sudah pasti tidak akan terlepas daripada
membuat khilaf dan dosa.
Masyarakat yang mencemuh dan mengutuk
pengacara ini seolah olah mereka itu bersifat terlalu baik dan tidak pernah
melakukan kesilapan. Pada saya, apa pun kesalahan yang pernah Neelofa lakukan
wajarlah ditegur secara berhemah dan jangan terlalu melampau. Ingatlah, kita
juga manusia biasa dan kita juga sering melakukan kesalahan. Tiada manusia yang
sempurna.
Saya melihat kecaman dan cemuhan
masyarakat terhadap Neelofa terlalu kejam dan melampu. Cuba kita letakkan diri
kita atau ahli keluarga kita di tempat Neelofa, adakah kita suka mendengar
cemuhan, kritikan, dan kecaman hampir setiap masa? Tepuk dada dan tanya iman
kita.
Tidak salah untuk kita menegur
kesilapan artis tetapi haruslah berpada pada dan tidak terlalu melampau. Cuba
bersederhana dalam membuat kritikan. Jangan sampai teguran itu bersifat
menghina atau mengutuk sehingga boleh mencemarkan maruah artis terbabit. Jangan
terlalu ghairah atau emosional membuat kritikan semata mata kita berdendam atau
tidak suka dengan artis tersebut.
Kesimpulannya, marilah kita
bersederhana dalam membuat kritikan ke atas Neelofa. Jangan sampai kritikan
kita itu menjaruhkan maruah beliau sebagai seorang manusia. Janganlah kita
asyik mencari kesalahan orang dan mencemuhnya hampir setiap masa kerana diri
kita sendiri pun banyak melakukan khilaf dan dosa.
Mentaliti masyarakat kita yang perlu banyak diubah.. huhu
BalasPadamSaya x sempat tengok rancangan ni.
BalasPadamTapi, kalau tengok kat gambar ni nampak okey je.
Alahhh...jeleslah tu.
Neelofa kan cantik. Adalah yang busuk hati..
erm..gitula perangai kebanyakan orang sekarang.kadang benda kecil je pun..
BalasPadamBiasalah di Malaysia, cuma tahu komplen saja..
BalasPadamBetul kan Haziq, kritikan biar berpada dan seharusnya membina ^-^
BalasPadamKesian Neelofa... Saya pun peminat dia.
BalasPadamAlo....
BalasPadamBesa la tu...
Name pun manusia....
takpelah... tu satu pengalaman untuk neelofa... lama-lama dia faham dan tahulah macam mana nak handle benda-benda macam ni... no pain no gain kan?
BalasPadammasyarakat kita ni mmg cenggitu la kan...asal salah jer...maki..kutuk tetap ada...cukup laa kita doakan terbaik utk org tu...sekurang2 nya dapat pahala mndoakan kebaikan org lain
BalasPadam