Sumber : Google |
Tentu entri saya ini akan dituduh
sebagai sengaja ingin memecahkan perpaduan di antara parti parti politik dalam
Pakatan Rakyat. Terpulanglah kepada pandangan masing masing. Saya lebih suka
umat Islam dan umat Melayu bersatu padu daripada parti politik yang belum tentu
arah tujunya itu bersatu padu. Sejujurnya lebih banyak kebaikkan yang akan kita
semua terima jika umat Islam bersatu padu berbanding parti politik bersatu
padu.
Parti politik boleh musnah pada bila
bila masa. Apabila satu satu parti politik itu musnah, kita boleh
menggantikannya dengan parti politik yang lain. Tetapi bagaimana pula jika
Islam dan negara yang musnah? Adakah begitu mudah untuk kita menggantikannya?
Adakah kita boleh menggantikan dua perkara itu dengan mudah? Tepuk dada dan
tanya iman kita.
Sebagai blogger, saya menggerakkan
pena adalah untuk satu perkara – melihat Islam, Melayu dan Malaysia kekal
sejahtera dan terpelihara sampai bila bila. Terpulanglah apa pandangan anda
kepada saya. Saya tidak mampu berjuang untuk mengangkat senjata bagi kesejahteraan
ketiga tiga perkara itu. Apa yang saya ada hanyalah minat dalam bidang
penulisan dan saya menggunakannya bagi memastikan ketiga tiga entiti itu tidak
diganggu gugat oleh sesiapa pun.
Sebagai blogger yang cenderung
menulis isu politik, saya melihat penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat tidaklah
membawa kebaikkan secara keseluruhannya. PAS sering kali dianaktirikan dalam
Pakatan. Contoh jelas adalah dalam pembahagian kerusi exco dalam kerajaan
negeri Selangor. Walaupun bilangan kerusi DUN yang dimenangi PAS lebih banyak
daripada PKR dan sama dengan DAP iaitu sebanyak 15 kerusi namun kerusi exco yang diperuntukkan untuk PAS sedikit berbanding PKR. Malah jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor pun mahu direbut daripada
PAS oleh parti DAP.
Bukan itu sahaja, agenda Hudud PAS
yang mahu dilaksanakan sejak sekian lama juga ditentang oleh PKR dan DAP. Mereka
mengeluarkan hujah hujah dangkal bagi menghalang pelaksanaan Hudud PAS walaupun
jelas dalam Islam Hudud yang mahu dilaksanakan itu membawa seribu kebaikkan
dalam kehidupan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Ini bukanlah cerita
dongeng Awang Sulung Merah Muda yang mempunyai banyak panau kesaktian itu.
Zaman Rasulullah di Madinah telah membuktikannya.
Selain itu, kemasukkan PAS ke dalam
Pakatan juga menyebabkan parti itu semakin berpecah belah dengan wujudnya
PASMA. Puak puak Liberalisme semakin berkuasa dalam PAS. Kedudukan Haji Hadi
pun boleh terancam pada bila bila masa. Kepimpinan ulamak juga tidak mustahil
akan hilang jika PAS terus bersama Pakatan.
Sejak PAS bersama Pakatan, PAS
seperti ‘orang kurang upaya’ kerana tidak mampu lagi untuk mempertahankan Islam
dan Melayu seperti dahulu. Penghinaan terhadap Islam dan Melayu tidak mampu
dibalas dan dipertahankan oleh PAS kerana ingin menjaga hati rakan sepakatan. Oleh
itu, Islam dan Melayu terus diperlecehkan oleh chauvinis tanpa PAS mampu melakukan
apa apa. Contoh terbesar yang boleh dilihat di sini adalah dalam isu pengunaan
kalimah Allah dalam kitab Bible.
Sebagai blogger, inginlah saya
menyarankan PAS untuk keluar dari Pakatan rakyat. Saya tidak meminta PAS untuk
bergabung dengan UMNO sekiranya PAS jijik untuk bergabung dengan parti Melayu
itu tetapi saya meminta PAS untuk berdiri sendiri secara bebas dan berdikari
dalam menghadapi suasana politik yang mencabar ini.
PAS tidak perlu takut untuk kalah
dalam pilihanraya. Ingatlah, yang memenangkan PAS, UMNO, PKR dan DAP bukan
rakyat tetapi Allah! Tidak ada gerak selain daripada gerak Allah. Jika Allah
menghendaki semua hati pengundi mengundi PAS dalam pilihanraya, Insha Allah…PAS
pasti mampu memerintah Malaysia secara bersendirian tanpa perlu campurtangan
UMNO, PKR dan DAP.
Saya yakin dan percaya, jika PAS
keluar dari Pakatan Rakyat dan bergerak secara bersendirian sebagai parti
politik tunggal, PAS pasti mampu untuk menawan Putrajaya. Haji Hadi pasti boleh
menjadi Perdana Menteri dan pemimpin pemimpin PAS yang lain pasti boleh menjadi
Menteri Kabinet. Di ketika itu, sudah tiada apa lagi yang boleh menghalang PAS
untuk melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia.
Adakah PAS takut kehilangan undi dari
pengundi Cina dan India? PAS tidak perlu takut atau risau dalam hal itu. PAS
perlu belajar dari UMNO dalam soal ini. Tanpa sokongan kaum Cina dan India pun,
UMNO masih boleh mempertahankan kuasanya dalam piliharaya umum yang lalu.
Mengapa? Kerana yang menentukan kemenangan UMNO bukan pengundi tetapi Allah
s.w.t jua.
Adakah PAS tidak percaya kepada kuasa
Allah? Adakah PAS tidak percaya bahawa Allah adalah pentadbir di langit dan di
bumi? Tepuk dada dan tanya iman. PAS perlu ingat bahawa kemenangan UMNO pada
PRU yang lalu bukan kerana UMNO itu sebuah parti yang bagus. UMNO menang kerana
Islam dan Melayu ingin dipertahankan dari terus diganggu gugat oleh sesiapa pun.
Kesimpulannya, PAS tidak perlu takut
untuk keluar Pakatan dan untuk menjadi parti politik tunggal kerana yang
menentukan kemenangan PAS bukan pengundi tetapi Allah juga. Diharapkan pemimpin
pemimpin PAS memperbetulkan semula niat mereka untuk menyertai politik. Jika
niat mereka ingin memelihara agama, bangsa dan tanah air, Insha Allah…PAS mampu
untuk menawan Putrajaya secara bersendirian. Jika niat pemimpin PAS ingin
mengejar pangkat, harta dan kuasa, sampai bila bila pun PAS akan menjadi
pembangkang di Malaysia.
Inilah agaknya balasan Allah bila PAS mengkafirkan UMNO lalu bersatu dengan DAP malah sanggup bersahabat dengan 'syaitan' semata-mata mahu menjatuhkan musuh politik..
BalasPadamHukuman Hudud kalau dilaksanakan sebaiknya memang akan membawa seribu rahmat, kerana ia akan mendidik jiwa2 kita yang kotor ni supaya lebih mendekatkan diri kepada Pencipta kita, Allah SWT.
BalasPadam