Sumber : Google |
Saya bukanlah orang PAS dan saya juga tidak mengaku yang saya orang UMNO. Saya lebih suka mengambil pendekatan non partisan atau dalam konteks pilihan raya dipanggil pengundi atas pagar.
Saya yakin tulisan saya ini mungkin tidak disukai oleh sesetengah orang dan mungkin juga saya akan dikecam kerana menyiarkan tulisan ini. Tetapi, sebagai orang yang sentiasa berpihak kepada kejujuran, saya menulis entri ini dengan penuh jujur untuk memberi kesedaran kepada kita semua. Bacalah entri ini dengan pandangan positif, Insha Allah...anda akan lihat kebaikkannya.
Saya menyanjungi Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan politikus Islam yang tulin. Di saat kematiannya, semua orang berasa sedih. Bukan hanya orang PAS dan orang tidak minat politik sahaja malah orang UMNO pun begitu juga. Walaupun Tok Guru pernah mendoakan agar UMNO di 'K.O' kan oleh Allah suatu ketika dahulu, walaupun Haji Hadi pernah mengkafirkan UMNO ketika dahulu, walaupun TGNA pernah kata sembahyang orang UMNO tak dapat pahala suatu ketika dahulu, orang orang UMNO tetap sedih dan menyanjung beliau.
Orang orang UMNO yang banyak makan rasuah, kaki betina, suka rompak harta rakyat, zalim, kejam dan kafir itu tetap mendoakan yang terbaik untuk TGNA. Khutbah Jumaat pun menyebut tentang Nik Aziz walaupun A. Samad Said pernah kata khutbah Jumaat pada waktu ini banyak mengampu kerajaan sehingga beliau terpaksa bersolat Jumaat di Masjid India supaya dia tidak perlu memahami khutbah itu.
Tidak pernah orang UMNO mengatakan undi PAS masuk neraka atau mendoakan orang orang PAS dicela dan dicelakakan oleh Allah. Media media utama negara yang dikatakan tidak sensitif, menjadi alat propaganda kerajaan, suka buat fitnah, dan sebagainya tetap menyiarkan tentang keunggulan Nik Aziz sebagai pemimpin Islam yang ulung walaupun dahulu Allahyarham meminta ahli PAS semua boikot semua media utama kerajaan. Najib pun sanggup menanggalkan 'serban' politiknya menziarahi jenazah Tok Guru walaupun tidak mampu dikira betapa banyaknya Najib dicerca dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Orang UMNO kalau mengutuk pun sekadar mengutuk dari segi politik sahaja tetapi tidak menyentuh soal agama, syurga neraka dan iman orang orang PAS. Itulah bezanya orang UMNO dan orang PAS.
Ingatlah, dalam dunia ini tiada siapa pun yang maksum kecuali Rasulullah. Rasulullah yang maksum itu pun melakukan kesilapan. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa. Rasulullah yang maksum itu pun tidak pernah memohon kepada Allah supaya menjahanamkan penduduk Thaif dan orang orang kafir yang bukan sahaja menghina Rasullullah tetapi juga mencederakan Baginda. Tingginya akhlak Baginda.
Kesimpulannya, marilah kitas semua bermuhasabah diri. Adakah kerana politik kita sanggup berpecah belah walaupun kita sebangsa dan seagama? Bukankah Islam mengajak kepada perpaduan dan bukannya perpecahan? Jangan kerana berpolitik kita berpecah belah. Jangan kerana politik juga kita sanggup gadai agama Islam yang suci ini.
Al Fatihah kepada Tok Guru Nik Aziz. Semoga Tuan Guru tenang di alam barzah sana.
Tajuknya pun hmenarik minat saya nak membaca... tapi saya sedih masih ada yg "meraikan" pemergian ulamak Tuan Guru... masih ada yg buta hatinya dan keras jiwanya utk mengakui Tok Guru sememngnya ulamak yg harus kita sajunngi.. Tanpa dia lawannya sendiri pun tak akan berjaya.. Berdirinya Pas dan lawannya UMNO ketika ini adalah hasil perjuangan beliau...
BalasPadamBukam buta hati, kungkin tersinggung seorang berdoa untuk memecahkan perut sesaorang, walhak kita sepatutnya mendoakan kesahteraaan.
Padamkita kena amik pendekatan utk mencontohi Tuan Guru dalam beribadat...dia tiada gantinya..suka dgn sifatnya yg syumul...semoga beliau ditempatkan di kalangan org beriman....aminnn
BalasPadamEh silap..syumul lak peginya..nk taip zuhud sbrnya
Padamsaya menyanjungi Tok Guru Nik Aziz kerana taraf ulama..manakala Datuk Najib sebagai pemimpin berkarisma..
BalasPadamal-fatihah buat tok guru
BalasPadamAl-Fatihah untuk Allahyarham TG Nik Aziz, saya minat politik tapi takkan menyentuhnya
BalasPadamMalah, kubur TGNA mula menjadi lokasi pemujaan bagi mereka yang terlalu taksub dan mengamalkan ilmu yang menyimpang dari ajaran agama. Ketika disembahyangkan dan dikubur juga terjadi fitnah yang mampu merosakkan pemikiran pengikut2 PAS. Moga dijauhkan..
BalasPadamMoga rohnya dicucuri rahmat... Al Fatihah...
BalasPadam