Sabtu, 14 Februari 2015

MELAYU, DADAH, DAN ISLAM

Sumber : Google

Baru baru ini saya ada menonton rancangan 999 yang disiarkan di TV3. Saya jarang menonton rancangan tersebut tetapi apabila bapa saya sudah membukanya, suka atau tidak perlu juga saya menonton. Menarik juga kupasan kupasan isu jenayah yang diketengahkan dalam rancangan itu. Antara yang menarik perhatian saya adalah tentang isu dadah yang melanda anak Melayu pada masa kini.

Sedih saya melihat anak Melayu yang berusia belasan tahun sudah mula terjebak dalam najis dadah. Ini semua gara gara pengaruh rakan sebaya. Sebab itulah penting kita memilih kawan yang betul supaya kita tidak terlibat dalam perkara perkara yang karut marut seperti itu. Didikan ibu bapa dan guru juga penting supaya anak anak muda Melayu kita ini boleh terhindar dari najis dadah tersebut.

Di Malaysia, 99.99% orang Melayu adalah beragama Islam. Maka, pengaruh dadah yang ‘menyerang’ anak Melayu ini juga boleh memberi kesan buruk kepada agama Islam itu sendiri. Tanggapan negatif masyarakat bukan Islam terhadap najis dadah yang membelengu anak Melayu kini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Islam itu sendiri.


Tambahan pula, siapa yang mahu melebarkan dakwah Islam kalau bukan orang Islam sendiri? Siapa yang mahu mempertahankan Islam sekiranya Islam diserang suatu hari nanti kalau bukan orang muda? Tetapi bagaimana pula dakwah Islamiah dan mempertahankan Islam itu boleh berlaku sekiranya anak anak muda Islam sendiri sudah terjejas dengan najis dadah?   

Inilah yang membimbangkan saya melihat anak muda Melayu sudah rosak teruk akibat najis dadah ini. Ingatlah, umat Islam pada masa kini diserang kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah oleh orang orang kafir yang benci akan agama Islam. Sebagai orang Islam, kita jangan terlalu leka dengan kesenangan hidup pada masa kini dengan melakukan perkara yang karut marut kelak kita akan binasa nanti.

Kerajaan sebagai penguasa tertinggi di sesebuah negara perlu mempergiatkan usaha untuk membanteras penyalahguaan dadah supaya anak anak muda kita tidak terus hanyut dan rosak. Anggota masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dengan melaporkan kegiatan penyalahgunaan dadah di tempat anda kepada pihak berkuasa agar masalah ini dapat di atasi dengan kadar segera.

Ini baru kes penyalahgunaan dadah. Bagaimana pula dengan kes seks bebas, seks songsang, penganut aliran pemikiran sesat dan songsang, gelaja buang anak, merempit, mencuri, merompak dan lain lain lagi? Tidakkah anak anak muda Melayu/Islam antara yang terlibat di dalam masalah ini?  

Perlu diingatkan bahawa orang orang kafir akan sentiasa mencari cara untuk menghancurkan Islam. Mereka tidak akan pernah berhenti walaupun sekali. Namun begitu, jika anak anak muda Islam sudah tidak berupaya lagi mempertahankan Islam kerana najis dadah, alamat hancurlah agama Allah ini. Sanggupkah kita melihatnya?  Tepuk dada dan tanya iman kita.

Ini bukanlah masalah yang baru. Masalah ini sudah lama dan semakin membarah dalam masyarakat kita. Tindakan tindakan ada diambil cuma belum mencukupi untuk membanteras masalah ini secara holistiknya. Oleh itu, sudah sampai masanya kita perlu menukar strategi kita secepat mungkin untuk mengatasi masalah yang semakin teruk dan semakin banyak itu.  

Pendek kata, semua pihak perlu bekerjasama dan memikul tanggungjawab di pundak masing masing untuk membasmi masalah ini. Kita tidak boleh sekadar berpeluk tubuh, membutakan mata dan memekakkan telinga dengan membiarkan sahaja masalah ini berlarutan. Satu tindakan yang berkesan dan menyeluruh perlu diambil dengan kadar segera.

Kesimpulannya, marilah sama sama kita berganding bahu untuk membasmi masalah ketagihan dadah dalam kalangan remaja Islam ini secepat mungkin. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. Marilah sama sama kita menyumbang idea dan usaha bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin.


8 ulasan:

  1. salam. memang ramai yg terjebak dikalangan org melayu..

    BalasPadam
  2. tidak kurang jgk dgn kes mabuk.,org melayu jgk yg lebih ramai terjebak

    BalasPadam
  3. Apalah bgus sgt ngan benda nih
    .. Ish3

    Anda ditag di sini http://shukranzahari.blogspot.com/2015/02/terma-dan-syarat-utk-join-liebster.html?m=1

    BalasPadam
  4. semua pihak kena main peranan . yang paling penting cara ibu bapa mendidik anak2 merek

    BalasPadam
  5. kalau kita pancung pengedar dan penagih dadah... takkan ada orang yg berani nak sentuh pun... radikal tak pandangan saya?

    BalasPadam
  6. Segalan-galanya bermula dengan ibu bapa yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Meninggalkan solat 5 waktu adalah punca bencana menimpa masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar agama main peranan. Tapi penagih tidak bermakna tidak berakhlak dan kurang beragama. Kalaulah anda faham sains sosial, buruk mereka yg anda nampak adalah reaksi dari stigma yg melekat pada mereka. Media yg menokok tambah, sekatan dari segi pekerjaan, penahanan penagih yg tidak melakukan jenayah hanya memburukkan lagi keadaan. Cuba lihat dadah ketum, ada tak orang panggil ia dadah, kat kedah orang anggap ketum benda biasa, penagih ketum jarang bermasaalah kerana tiada stigma bagi penagih ketum kat sana, sedangkan ketagihan ketum ni sngt kuat, lebih kuat daripada syabu, dan boleh jadi gantian heroin. Cara kita tangani masalah dadah sekarang sebenarnya salah, kita seolah2 mendapat kepuasan menghukum mereka yg kita pandang hina seperti sampah. Kenapakah arak tidak diharamkan dlm sistem perundangan kita, sedangkan arak sama ketagihannya seperti dadah haram lain, kesan mudaratnya terhadap individu dan orang sekelilingnya sangat besar. Ini kerana mereka sudah lihat kesannya sewaktu amerika mengharamkannya lebih seratus tahun lalu. Kesannya adalah sama seperti yg kita nampak pada kesan pengharaman dadah sekarang.

      Padam
  7. betul tu,kena berganding bahu untuk banteras benda ni.tapi tu la,kadang masyarakat sekeliling kebanyakan tak ambil peduli.lepas tu,pandang serong sangat pada bekas penjenayah.padahal tak semestinya tak ada peluang berubah ke arah kebaikan kan.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.