Sumber : Google |
Melayu itu satu bangsa yang hebat.
Jika tidak hebat, bagaimana Melayu boleh bina Empayar Kesultanan Melayu Melaka
yang masyhur suatu ketika dahulu. Jika Melayu tidak hebat, masakan ramai
penjajah mahu datang menjajah di negara ini. Jika Melayu tidak hebat, masakan
nama Tanah Melayu dan Bangsa Melayu itu sendiri tercatat dalam banyak catatan
sejarah dunia.
Pendek kata, Melayu itu bangsa yang
hebat. Tetapi sayangnya, ramai orang Melayu malu untuk mengaku dia Melayu. Dia
berasa jijik untuk mengaku dia berbangsa Melayu. Tidak hairanlah, ramai Melayu
pada hari ini menjadi pengkhianat bangsa. Ramai Melayu pada hari ini sudah
tidak cinta lagi akan bangsanya.
Walaubagaimanapun, satu kelemahan
Melayu adalah bangsa ini mudah terpengaruh sama ada terpengaruh dengan perkara
yang baik atau terpengaruh dengan perkara yang tidak baik. Saya beri contoh.
Apabila Parameswara memeluk agama Islam, tiada seorang pun yang menentang
pengIslaman Parameswara malah mereka sama sama memeluk agama suci itu.
Itu satu petanda bahawa orang Melayu
ini mudah terpengaruh. Jika ada pemimpin (Sultan) mereka yang memeluk agama
Islam, maka mereka beramai ramai memeluk agama Islam tanpa banyak soal. Diri
mereka mudah dipengaruhi oleh tindak tanduk pemimpin mereka.
Itu adalah satu contoh kebaikkan yang
timbul dari sifat orang Melayu itu. Sifat itu bolehlah kita kelaskan sebagai
sifat yang baik dan terpuji. Namun, atas sifat itu jugalah orang Melayu mudah
menjadi rosak dan porak peranda pada hari ini. Sifat mudah terpengaruh itu
telah memakan diri orang Melayu sendiri.
Orang Melayu bukan sahaja mudah
terpengaruh dengan perkara perkara yang baik, perkara perkara tidak baik pun
orang Melayu boleh juga terpengaruh. Tidak hairanlah budaya kuning dari Barat
seperti seks songsang (gay, lesbian, trasgender, biseksual), percampuran lelaki
dan perempuan tanpa batasan, seks bebas dan sebagainya mudah diikuti oleh orang
Melayu.
Bukan itu sahaja, aliran pemikiran
yang sesat campur songsang seperti Syiah, Liberalism, Sekularism, Komunisme,
Sosialisme, Pluralisme dan sebagainya mudah melekat ke dalam pemikiran orang
Melayu tanpa mereka sedari. Itu belum lagi bercampur dengan aliran aliran lain
yang songsang dan jahanam seperti Black Metal, Skinhead, Punk, ajaran sesat dan
sebagainya.
Lebih menakutkan, aliran pemikiran
dan budaya yang tidak ada dalam Islam dan budaya Melayu digunapakai dan didakwa
ada dalam budaya dan aliran pemikiran Melayu/Islam. Sebagai contoh, satu
perkahwinan yang berlangsung di Melaka baru baru ini di mana pengantin
perempuannya mendedahkan payudaranya kepada orang ramai tanpa rasa segan dan
malu. Mereka mendakwa itu adalah adat yang dipakai dalam majlis perkahwinan
orang Melayu di Melaka.
Saya tidak tahu apakah dakwaan mereka
itu benar namun pada saya, jika benar pun adat itu adalah adat Melayu namun
jika sudah bertentangan dengan ajaran Islam, mengapa mesti dipakai lagi? Inilah
masalah masyarakat kita. Budaya Islam yang baik itu tidak mahu dipakai tetapi
budaya yang tidak baik itulah yang mahu diikutinya.
Sebab itulah saya mengatakan bahawa
orang Melayu ini mudah terpengaruh dengan budaya budaya dan aliran pemikiran
yang sesat campur songsang. Mereka suka mengikut budaya dan aliran pemikiran
yang jelas bertentang dengan ajaran agama. Apabila kita menegur, mereka naik
berang dan menyanggah teguran kita dengan hujah hujah yang dangkal.
Sebagai blogger yang berbangsa
Melayu, inginlah saya mengajak pembaca semua akan merenung kembali diri kita,
adakah diri kita ini sudah terpengaruh ke dalam aliran pemikiran dan budaya
songsang itu? Jika ya, cepat cepatlah bertaubat dan berubah sebelum terlambat.
Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Kesimpulannya, marilah sama sama kita
menolak aliran pemikiran dan budaya yang jelas bertentangan dengan ajaran agama
kita. Jangan sampai kita mudah terpengaruh dengan itu semua. Moga hidup kita
diberkati oleh Allah hendaknya.
Perkongsian yang menarik.. :)
BalasPadamSememangnya benar belaka. Malah sekarang ni anak-anak gadis kita mudah terpengaruh dengan ajakan gagak-gagk afrika dan mat bangla untuk buat benda-benda tak senonoh..
BalasPadamnice sharing!!
BalasPadam#blogwalkinghere
#nuffnangclick #follow me on shukranzahari.blogspot.com #Happy blogging
sentiasa berpegang kepada Islam..spya kita tidak mudah terpengaruh dengan anasir2 yg tidak baik
BalasPadamjati diri...............beraasal dari didikan dalam keluarga,masyarakat itu sendiri.......lihat sendiri...cara didikan org kite........kebanyakkan gagal mengawal anak2 dari rumah lagi..
BalasPadam