Sumber : Google |
Seorang bapa yang kaya raya,
Membeli kereta mewah untuk anaknya,
Menabur kemewahan kepada mereka,
Mereka menunjuk kekayaan yang ada,
Di laman bernama Instagram sana.
Mereka berlawan sesama sendiri,
Bukan untuk mempertahankan ibu
pertiwi,
Tetapi menunjuk apa yang diberi,
Oleh ayah mereka yang kaya tidak
terperi,
Sebuah kereta bernama Ferrari.
Ramai orang mati kelaparan,
Namun mereka tidak mengendahkan,
Mereka terus menunjukkan kekayaan,
Kepada rakan mereka yang budiman,
Yang kita tidak tahu apa tujuan.
Ingatlah wahai anak hartawan,
Harta itu harta tuhan,
Tuhan beri sebagai pinjaman,
Untuk menambah taqwa dan iman,
Untuk kau bagi buat bantuan,
Kepada manusia yang memerlukan,
Bukan untuk menunjuk pada kawan,
Juga bukan kepada murbawan,
Kelak Tuhan buat rampasan,
Harta yang kau selalu tayang
tayangkan.
Harta didunia tak akan membawa manfaat kalau kita tak gunakannya di jalan kebenaran dan jalan diridhoi Allah, lebih baik ade banyak wang tetapi juga boleh sedekah banyak wang. Betul tak..?
BalasPadamKak Yani Kurus Dan Cantik Bergaya Semula Dengan Set Kurus Awesome
harta adalah ujian..dah ramai juga yang tersungkur dengan ujian kekayaan ini..
BalasPadamHarta di dunia ni cuma sementara sahaja. Tiada yang kekal abadi di dunia yang fana ini.
BalasPadamSebab tu asbab ayat quran yang bermaksud "Janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan" ditujukan kepada golongan yang kaya..
BalasPadamlebihan harta yg kita ada adalah utk membantu org lain ... lagi banyak kita membantu , lagi mudah hidup kita ... selalunya org mcm tu mmg tertutup hatinya utk memberi . bagi mrk , mrk cari kemewahan itudgn titik peluh mrk sendiri ... konsep mrk , nak duit , cari sendiri ...
BalasPadamNak compete tunjuk sapa lebih kaya..tunjuk harta tu buatpe. Wasting time je.
BalasPadamKelak semua pun akan ditelan bumi dengan tuannya sekali.
sekarang ramai yang suka menunjuk harta yang ada even tak kaya mana pun.. zaman laman sosial..
BalasPadambegitulah kehidupan didunia.
BalasPadamtak banyak yang berubah. hoho
Alangkah baik jika harta yang banyak itu membantu yang susah...
BalasPadamBegitulah apabila dikurniakan kekayaan. Moga mereka tidak lupa diluar sana ada yg sangat memerlukan..
BalasPadamsesungguhnye harta di dunia ni tak leh d bawa ke akhirat...sptutnya...makin kaya..makin banyak bersedekah....barulah barakah..
BalasPadam