Sumber : Google |
Setiap kali aku singgah di pejabat
itu,
Untuk melunaskan tugas tugasku,
Aku pasti akan bertemu,
Dengan pekerja pemarah itu.
Setiap kali aku mahu,
Melunaskan tugas harianku,
Memohon bantuan darinya,
Pekerja di pejabat itu,
Aku mendapat balasan,
Kemarahan dan wajah kemasaman.
Aku tidak tahu apa salahku,
Sehingga dia bisa jadi begitu,
Bukan dengan aku sahaja,
Dengan orang lain juga,
Sehingga dirinya,
Dicap pemalas dan pemarah,
Oleh pengunjung lain,
Yang singgah di pejabat kecil itu.
Adakah begitu sukar,
Untuk kau berkata baik,
Adakah begitu perit,
Untuk kau senyum sedikit.
Kau belum menjadi ketua,
Hanya seorang pekerja cabuk sahaja,
Tapi lagakmu mengalahkan seorang
ketua,
Adakah begitu sikapmu,
Pabila dirimu menjadi ketua nanti,
Jika jawapan adalah iya,
Dirimu pasti akan terus dibenci.
Apabila seorang bos berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia seorang yang konsisten dan proaktif. Dan apabila seorang pekerja berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia keras kepala!
BalasPadamApabila seorang bos suka berubah pendapat, itu bermakna dia seorang yang fleksibel dan cuba menyesuaikan sesuatu dengan keadaan. Dan apabila seorang pekerja suka berubah pendapat, itu bermakna dia tidak mempunyai pendirian yang tetap!
Apabila seorang bos lambat melakukan kerja, itu bermakna dia seorang yang teliti. Dan apabila pekerja lambat melakukan kerja, itu bermakna dia tidak perform!
saya masih blum menempuh alam pekerjaan. hopefully rkn2 skerjanya baik2 and saya tak kekok nak kerja :P
BalasPadamKecewa bila kita kena hadap karenah pekerja pemarah tu...buat rosak mood je :)
BalasPadamHuh..belum jumpa Dr. Shikin. Jumpa orang macam ni tahan telinga je lah kena sembur balik.
BalasPadamSapa suruh buat perangai biadab.
Kerja biar ikhlas baru hidup berkat.
Memanglah kita manusia ni sering penat kalau kerja bertimbun.
Tapi, sedar x kalau buat baik tu balasannya baik juga..kalau tak di sini...tentunya di sana.
sabar je la.. tp kalau kena kt saya maunya stress juga mengadap selama 8 jam :3
BalasPadampekerja yg pemarah eh?? sy selalu gak jupe yg cenggitu...tp sy selalu aggap dia datang bulan...hahahahah
BalasPadam