Sumber : Google |
Menjadi seorang blogger memang
menyeronokkan. Bermacam kelebihan yang boleh kita perolehi apabila bergelar
seorang penulis blog atau pun blogger. Antara keseronokkan menjadi seorang
blogger adalah kita boleh ‘memuaskan’ tuntutan minat yang terlalu mendalam di
dalam dunia penulisan, boleh melontarkan idealisme, boleh melontarkan pendapat,
mencurahkan perasaan, membongkar kebenaran, mendapat kawan baru, dan paling
menyeronokkan dalam diri seorang blogger adalah boleh menjana pendapatan dari
blog yang dikendalikannya.
Itulah kelebihan kelebihan yang
sempat saya perhatikan sepanjang saya menjadi seorang blogger separuh masa ini.
Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada keseronokkan dalam hidup seorang
blogger kecuali boleh menjana pendapatan dari blog yang mereka kendalikan itu.
Macapada ini, pelbagai cara dan kaedah yang boleh kita gunakan untuk menjana
pendapatan daripada blog.
Kebiasaannya, ramai blogger
menggunakan iklan Nuffnang bagi mencapai tujuan itu. Ada juga yang menyertai
program Affiliate, Shaklee, advertorial dan dropship bagi meraih
pendapatan lumayan hasil daripada menulis blog. Tidak kurang juga seseorang
blogger itu meraih pendapatan daripada banner banner iklan yang dipasang
di blog mereka. Memandangkan bilangan unique visitor dan total
pageview blog mereka sangat tinggi, maka mudahlah bagi mereka untuk menarik
orang yang mahu memasang iklan produk dan perkhidmatan di blog mereka.
Pada saya, tidak salah untuk
seseorang blogger itu mahu memasang iklan sekaligus meraih pendapatan hasil
daripada penulisan di blog mereka. Saya sendiri pun mendapat hasil daripada
berniaga Shaklee dan Nuffnang daripada blog saya ini tetapi apa pun yang kita
lakukan, mestilah bersederhana. Jangan terlalu melampau dan ghairah memasang
iklan sekaligus meraih pendapatan daripada blog itu!
Saya seorang blogger yang suka
membaca. Oleh itu, saya perlu melakukan blogwalking bagi memenuhi
tuntutan minat saya itu. Saya pasti akan
singgah ke mana mana blog yang memaparkan tajuk tajuk entri yang menarik yang
dipingkan di Facebook, Blogr.my, pingje.org dan sebagainya. Di samping membaca
entri entri yang menarik itu, dapat juga saya menambah pengetahuan apabila
singgah ke blog tersebut.
Malangnya apabila beberapa saat saya
mula membaca, sudah keluar iklan berbentuk popads yang memenuhi sebahagian
daripada entri itu atau muncul di tengah tengah entri menyebabkan pembacaan
saya tergendala. Entri yang mempunyai tajuk dan isi yang menarik itu sudah
tidak boleh dibaca kerana ditutup oleh iklan iklan yang bukan satu tetapi lebih
dari sepuluh di dalam blog tersebut!
Soalnya sekarang bagaimana saya boleh
membaca entri tersebut jika sudah ditutup dengan iklan? Lebih parah lagi iklan
itu tidak mempunyai butang pangkah! Apabila saya menekan mana mana butang
dengan harapan iklan itu hilang, iklan itu bukan sahaja tidak hilang tetapi
saya telah dibawa masuk ke dalam iklan itu. Jadi, pembacaan saya sudah
tergendala lalu saya mengambil keputusan untuk keluar dari blog tersebut. Saya
mula mengecam blog tersebut dan berazam untuk tidak lagi kembali ke blog itu
pada masa akan datang.
Jika saya melakukan blogwalking
menggunakan komputer riba, mungkin saya boleh menghilangkan iklan yang muncul
tanpa diundang itu dengan mudah. Bagaimana jika saya melakukan blogwalking
dengan menggunakan telefon pintar saya yang tidak berapa canggih itu? Sesak
nafas saya apabila masuk ke blog yang dipenuhi iklan seperti itu.
Saya tegaskan sekali lagi bahawa
tidak salah untuk mencari wang daripada blog dengan memasang banner banner
iklan seperti itu tetapi berpada padalah sedikit. Jangan terlalu melampau dan
terlalu rakus untuk mengejar keuntungan dari blog kita sehingga kita melupakan
tujuan asal kita menulis blog.
Sudah tiba masanya kita perlu
memperbetulkan semula niat kita dalam menulis blog. Adakah kita mahu berkongsi
sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat atau sekadar mahu mencari keuntungan
yang tidak seberapa? Saya lihat ramai juga blogger yang memasang iklan di blog
mereka seperti Hasrul Hassan contohnya tetapi iklan iklan itu langsung tidak
mengganggu saya untuk membaca entrinya yang menarik itu.
Ingatlah, kita menulis blog untuk
berkongsi sesuatu yang menarik dengan orang ramai tetapi perkongsian itu sudah
tidak bermakna lagi apabila orang ramai sudah tidak boleh lagi membaca apa yang
kita mahu kongsikan itu kerana kemunculan iklan iklan yang ‘menyakitkan mata’
dan terlalu banyak di dalam blog kita.
Kesimpulannya, tidak salah untuk
mencari wang melalui blog dengan cara memasang banner banner iklan di dalam
blog kita tetapi berpada padalah. Pastikan iklan yang muncul itu tidak muncul
di tengah tengah entri ataupun boleh menutup sebahagian daripada entri itu
sehingga menyukarkan orang ramai untuk membaca. Kita perlu kembali kepada niat
kita yang asal dalam menulis blog. Mahu berkongsi ilmu atau mahu cari duit
semata mata? Tepuk dada dan tanya iman kita.
walapun aku ad iklan tapi x tutup entri postingan ku. . :)
BalasPadambetul ! stakat nie wanie baru pandai pakai nuffnang je ^^
BalasPadamTak suka jugak kalau online pakai phone, iklan tutup habis semua artikel. Tak ada butang X. Even ade pun, still kite dibawa ke iklan tu. Iklan mengarut2 pulak tu
BalasPadammmg stres bila blogwalk ke blog yg terlalu bnyk iklan, terutamanya yg smpai menutup entri blog..kembali kpd niat asal menulis blog. setuju! :)
BalasPadamblogwalk ke blog2 yg terlalu sarat dgn iklan mmg stressful. 'kembali kpd niat asal menulis blog...' setuju! :)
BalasPadamBetul tu tuan. Saya pun sentap bila blog-blog ni dilitupi iklan sampaikan kita nak baca pun tak boleh. Kalau macam tu, baik tak payah tulis apa-apa, terus letak gambar je senang.
BalasPadambetul ssgt...sy pon naik rimas nak baca entry yg dtutup dgn iklan....kdg kita nk bc thru hp jer...mula laaa iklan tu kuar sehingga mengganggu mood utk baca entry berkenaan...terus exit dr blog tuuu....huhuhuhuh
BalasPadamBetul. Saya memang terbantut kalau masuk je sesebuah blog pastu kluar pop-up repeatedly. Dah pangkah pun masuk balik sampai tak boleh nak baca entri...
BalasPadamLagi pulak guna hp lagilah susah nak baca entri tu..
Lastly memang saya chow cin cau je.
Am sorry ye memang x dapat nak tolong.